Semakan cukai tanah Perak boleh dilakukan hanya secara online sahaja bagi pengguna yang ada hartanah di negeri Perak.

Pada masa sekarang untuk semak cukai tanah dan juga untuk membuat bayaran, anda yang mempunyai hartanah di Perak boleh melakukannya melalui sistem online yang disediakan oleh pihak pentadbir tanah negeri Perak.

Sangat mudah untuk digunakan hanya boleh buat semakan melalui smartphone sahaja.

Daftar Akaun Pengguna

Bagi tujuan untuk membuat semakan dan pembayaran cukai tanah di dalam sistem ini anda boleh daftar dahulu sebagai pengguna.

Untuk mendaftar sebagai pengguna boleh ikuit langkah langkah berikut.

1. Layari laman web Pejabat Tanah Negeri Perak di sini daftar akaun

2. Klik pada bahagian “Daftar Disini” dibawah kotak Log Masuk

3. Kemudian isikan semua maklumat yang diminta untuk mula mendaftar

  • Jenis akaun
  • Alamat email
  • Nama penuh
  • Warganegara
  • Jenis kad pengenalan
  • Nombor kad pengenalan
  • Alamat rumah
  • Alamat surat menyurat
  • Nombor telefon bimbit
  • Nombor telefon rumah jika ada
  • Muat naik salinan kad pengenalan ke dalam sistem
  • Lengkapkan soalan keselamatan dan jawapan
  • Pada bahagian pengesahan tandakan setuju kemudian klik pada butang Daftar

Selesai pendaftaran untuk menggunakan sistem online semakan dan pembayaran cukai tanah negeri Perak.

Buat Semakan Cukai Tanah

Selepas dah selesai daftar akaun dan sudah diaktifkan anda boleh mula semak cukai tanah untuk hartanah milik anda di negeri Perak.

semakan cukai tanah perak

Untuk buat semakan anda boleh ikuti langkah langkah dibawah ini.

1. Pada bahagian Log Masuk, isikan ID pengguna dan Kata Laluan kemudian klik pada Log Masuk.

2. Didalam dashboard akaun anda pilih pada bahagian Cukai Tanah

3. Paparan untuk carian cukai tanah akan muncul

4. Carian dan semakan cukai tanah boleh dibuat melalui carian:

  • ID Hakmilik tanah
  • Nombor Akaun
  • ID Hakmilik Strata

5. Isikan maklumat yang diminta untuk mula buat carian. Masukkan maklumat berikut:

  • Daerah hartanah terletak
  • Bandar/Pekan/Mukim
  • Jenis Hakmilik
  • Nombor Hakmilik

kemudian tekan butang cari setelah semua maklumat diisikan.

6. Selepas anda tekan butang Cari, hasil Maklumat Hakmilik Hartanah akan dipaparkan termasuk berapa bayaran cukai tanah yang masih belum dijelaskan jika ada.

Buat Bayaran Cukai Tanah Perak

Selepas maklumat hartanah dan jumlah cukai tanah ditunjukkan anda boleh terus buat bayaran di situ.

Untuk membuat bayaran:

1. Pada bahagian bawah paparan Maklumat Hakmilik Hartanah terdapat butang Bayar

2. Klik pada butang Bayar tersebut

3. Anda akan dibawa ke paparan seterusnya untuk membuat pembayaran secara online.

4. Kemudian pilih jenis bank yang anda ingin gunakan

5. Klik pada butang Proceed

6. Masukkan Username dan Password akaun bank online anda.

7. Selepas dah masuk ke akaun anda pilih akaun yang ingin digunakan jika anda ada lebih daripada 1 akaun bank, kemudian klik Confirm

8. Lengkapkan bayaran kemudian klik pada Continue With Transaction

9. Selesai dan transaksi berjaya dilakukan anda akan dibawa semula ke dalam akaun pengguna semakan cukai tanah sebelum ini.

10. Resit pembayaran cukai tanah akan dipaparkan dan anda boleh download atau print resit tersebut untuk simpanan dan rujukan anda.

11. Jika ada apa apa masalah tentang bayaran cukai tanah, anda boleh bawa resit tersebut ke kaunter pejabat tanah untuk membuat semakan dengan pejabat tanah.

Begitulah proses bagaimana anda boleh buat semakan cukai tanah di negeri Perak dan seterusnya membuat bayaran tanpa perlu ke kaunter.

Baca juga info tentang Cara Buat Affin Bank Online Transfer

Selain individu adakah syarikat juga boleh daftar untuk buka akaun sebagai pengguna?

Ya syarikat yang mempunyai hartanah di Perak juga boleh membuka akaun atas nama syarikat.

Adakah bayaran dikenakan bayaran tambahan jika membuat bayaran cukai tanah secara online?

Anda hanya perlu bayar jumlah cukai tanah yang dikenakan sahaja.

Related Posts