
Apa maksud rebat yang anda selalu nampak dan dengar di dalam iklan ataupun tawaran dalam penjualan rumah di Malaysia ini.
Perkataan rebat dalam bahasa english adalah “rebate”.
Perkataan ini juga membawa maksud “potongan daripada sejumlah bayaran yg kena dibayar atau pemulangan sebahagian daripada jumlah yang telah dibuat bayaran.
Maksud Rebate Beli Rumah
Apakah maksud rebat dalam pembelian rumah?
Mungkin anda pernah dengar dan lihat pelbagai iklan daripada pemaju perumahan yang menawarkan pelbagai promosi untuk menarik pembeli.
Antara tawaran yang diberikan oleh mereka adalah pemberian “rebat” kepada pembeli yang mengambil tawaran tersebut daripada mereka.
Kali ini apa yang kita hendak bincangkan adalah mengenai dengan salah satu tawaran yang biasa ditawarkan oleh pemaju iaitu REBATE.
Kalau anda biasa lihat iklan iklan jual rumah antara rebate yang diberikan adalah seperti
Rebate 10%
Rebate rm 30,000
Kenapa Rebat Diperkenalkan?
Secara umumnya di Malaysia jika nak buat loan bank secara biasa tanpa ada apa apa pakej daripada bank pembeli kena sediakan wang deposit sebanyak 10% daripada harga rumah.
Tidak kira sama ada pembeli membeli rumah pertama atau kedua.
Jadi isu deposit ini menyebabkan ramai orang tak boleh nak beli rumah sebab tak ada simpanan yang cukup sama ada didalam bank ataupun didalam Kwsp akaun kedua.
Ramai orang dah juga dah gunakan duit dalam akaun kedua kwsp untuk kegunaan lain sebelum ini seperti ada yang membuat bayaran PTPTN dan juga sebagainya.
Rebate ini digunakan untuk selesaikan masalah deposit 10% ini.
Jadi dengan adanya rebate ini pembeli tak perlu keluarkan 10% deposit penuh ataupun membayar deposit dengan jumlah yang kecil sahaja untuk membeli rumah.
Bagaimana Rebat Ini Berlaku?
Cara Kiraan Pertama
Untuk mudahkan penerangan kita buat contoh pembelian rumah dengan harga rm 250,000.
Kalau rumah harga rm 250,000 nak buat rebate ini maka kena markup harga 10% daripada harga tersebut.
Pastikan harga markup tersebut masih boleh diterima oleh bank sebagai harga yang munasabah dan masih berada dalam lingkungan harga pasaran rumah tersebut.
Sebagai contohnya jika harga rumah RM 250,000 + RM 25,000 = RM 275,000
RM 250,000 | + | RM 25,000 | = | RM 275,000 |
Bila masuk loan ke bank kena masuk loan dengan harga RM 275,000.
Katakan loan lulus 90% sahaja:
RM 275,000 x 90% = RM 247,500
RM 275,000 | X | 90% | = | RM 247,500 |
Pengiraan deposit harga rumah RM 275,000 – RM 247,500 = RM 2500
RM 275,000 | – | RM 247,500 | = | RM 2500 |
Dengan menggunakan kaedah rebate ini pembeli hanya perlu bayar deposit RM 2500 sahaja berbanding RM 25,000.
Pembeli dah jimat rm 22,500 daripada kena bayar deposit 10%
Cara Pengiraan Kedua
Atau cara pengiraan yang lain yang boleh digunakan juga, naikkan 1.11% daripada harga jualan rumah.
RM 250,000 x 1.11% = RM 277,500
RM 250,000 | X | 1.11% | = | RM 277,500 |
Masuk loan bank RM 277,500 x 90% = RM 249,750
RM 277,500 | X | 90% | = | RM 249,750 |
Pengiraan Deposit RM 250,000 – RM 249,750 = RM 250
RM 250,000 | – | RM 249,750 | = | RM 250 |
Jadi pembeli dah jimat RM 24,750 untuk bayar deposit dan hanya perlu bayar RM 250 sahaja.
Cara Pengiraan Ketiga
Naikkan 1.12% daripada harga jualan rumah
RM 250,000 | X | 1.12% | = | RM 280,000 |
Masuk loan bank RM 280,000 x 90% = RM 252,2000
RM 280,000 | X | 90% | = | RM 252,200 |
Pengiraan Deposit
RM 250,000 – RM 252,200 = RM -2000
RM 250,000 | – | RM 252,000 | = | -RM 2000 |
Jadi pembeli dah jimat RM 25,000 untuk bayar deposit dan dapat lagi duit lebihan RM 2,000.
Tak Perlu Bayar Deposit 10% Namun Bulanan Bayar Lebih Sedikit
Tetapi penting perlu diingatkan bahawa jika anda sebagai pembeli gunakan kaedah ini anda dapat jimat daripada membayar deposit 10% pembelian rumah namun anda kena tanggung bayaran bulanan lebih sedikit.
Sebagai contoh kita boleh lihat perbandingan bayaran seperti di bawah:
Perbezaan anggaran bayaran bulanan mengikut harga rumah masuk loan bank.
Loan rumah 35 tahun, kadar interest 4%, 90% loan
Harga rumah RM 250,000
Harga Masuk Loan | Bayaran Bulan |
RM 250,000 (Tanpa Rebate) | RM 996 |
RM 280,000 (Dengan Rebate) | RM 1,115 |
Rujuk jadual pembayaran bulanan
Perbezaan ansuran bulanan Rm 1,115 – RM 996 = RM 119
Jadi anda terpaksa bayar lebih sebanyak RM 119 setiap bulan jika merujuk perkiraan di atas.

Terpulang kepada tahap kewangan masing masing, ada orang tiada duit deposit nak beli rumah dan ada orang tak kisah bayar lebih sikit bulan bulan janji dapat beli rumah.
Walau apa pun caranya terpulang kepada anda. Begitulah secara ringkas mengenai apa maksud rebat dalam pembelian rumah untuk anda fahami.
Tidak sama, rebate tidak kurangkan harga rumah manakala diskaun pula adalah harga rumah akan diturunkan daripada harga asal.
Boleh, tidak ada msalah jika anda boleh sediakan 10% dan tidak mahu bayar ansuran bulanan yang lebih jika beli dengan harga rebat.