Jika anda seorang yang baru menjadi property ejen anda tentu ingin tahu bagaimana cara mendapatkan listing hartanah untuk anda mula menjual dan membuat duit daripadanya.
Seorang yang bergelar perunding hartanah mestilah mempunyai senarai listing supaya boleh mendapatkan komisen sebagai income setiap bulan.
Jika tiada listing rumah yang ingin di jual maka sukarlah sebagai seorang perunding hartanah ingin membuat pendapatan yang berterusan daripada kerjaya ini.
Apakah maksud listing hartanah?
Istilah atau perkataan listing dalam bidang kerjaya perunding hartanah ini adalah bermaksud senarai hartanah yang ada dalam simpanan mereka untuk dijual.
Hartanah ini adalah termasuklah semua jenis hartanah sama ada rumah, tanah, kilang, pejabat dan sebagainya.
Listing ini adalah diperolehi daripada tuan rumah yang ingin menjual rumah mereka dengan melantik perunding hartanah bagi pihak tuan rumah.
Bertujuan untuk menjalankan proses jual beli rumah sehingga selesai.
Siapa yang ada listing yang banyak maka dia mempunyai potensi untuk mendapatkan pendapatan yang banyak.
Berbanding ejen lain yang tidak mempunyai listing sendiri.
Jika anda masuk ke dalam bidang kerjaya jual beli rumah sebagai ejen atau perunding hartanah anda akan didedahkan mengenai apa itu listing.
Pertama sekali anda kena fahami sekarang ialah bahawa syarikat perunding hartanah pada masa sekarang sudah ada 2 jenis listing utuk dijual iaitu:
1.Dalam pasaran rumah subsale
2.Pasaran rumah baru dan urder consruction daripada pemaju perumahan.
Pasaran subsale
Untuk rumah dalam market sebegini perunding hartanah perlu mencari pemilik pemilik rumah yang ingin menjual rumah mereka.
Sama ada anda sebagai ejen yang menghubungi pemilik rumah ataupun pemilik rumah yang menghubungi anda untuk mendapatkan khidmat penjualan rumah.
Pemilik rumah boleh melantik perunding hartanah secara rasmi bagi pihak mereka untuk menguruskan proses jual beli rumah tersebut.
Pemilik rumah akan membayar komisen kepada and ajika berjaya mendapatkan pembeli untuk rumah mereka.
Pasaran rumah baru dan dalam pembinaan daripada pemaju
Bagi pasaran rumah baru yang sudah siap ataupun yang masih dalam pembinaan.
Pihak pemaju akan melantik syarikat perunding hartanah berdaftar untuk melakukan penjualan bagi pihak pemaju.
Komisen akan di bayar oleh pihak pemaju jika anda berjaya mendapatkan pembeli dan membuat jualan.
Banyak sekarang jika anda lihat pemaju pemaju perumahan yang lantik ejen hartanah untuk menjual rumah rumah mereka.
Dengan adanya lantikan syarikat perunding hartanah ini projek perumahan perumahan mereka akan lebih banyak dapat diiklankan berbanding jika pemaju menjual sendiri.
Bayangkan jika satu syarikat ejen hartanah ada 1000 ejen, maka tentu iklan projek perumahan mereka akan tersebar dengan meluas melalui ejen yang ramai tadi.
Bagaimana nak dapatkan listing hartanah?
Bagi menjawab persoalan bagaimana cara mendapatkan listing hartanah, sebenarnya ada banyak kaedah yang boleh dipraktiskan dan di guna pakai.
Disini mungkin boleh kita melihat serba sedikit secara ringkas cara cara nak dapatkan listing yang anda boleh ambil sebagai panduan.
Dapatkan listing daripada syarikat
Apabila anda mula mendaftar sebagai perunding hartanah dengan mana mana estate agency company yang berdaftar.
Kebiasaannya anda akan di letakkan di dalam sebuah kumpulan atau group yang diketuai oleh ejen senior.
Biasanya anda akan masuk ke group leader yang daftarkan anda masuk. Mungkin lain syarikat lain cara mengikut cara praktis masing masing.
Bila anda dah join company, anda sebenarnya akan diberikan secara automatic listing property tanpa anda perlu cari pada permulaan ini.
Jika syarikat anda join tersebut ada menjual mana mana projek perumahan daripada pemaju maka listing sudah tersedia untuk anda.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah pilih mana mana projek dan mula iklankan dan cari pembeli.
Ini adalah cara pertama untuk anda dapat listing dengan mudah.
Dapatkan daripada rakan ejen hartanah
Seterusnya anda boleh dapatkan listing rumah untuk dijual daripada rakan rakan ejen yang lain di dalam syarikat yang sama.
Biasanya akan ada group whatsapp ataupun telegram untuk semua rakan ejen bagi berkongsi listing yang mereka ada.
Jadi di sini anda boleh ambil listing yang ada daripada rakan rakan ejen ini untuk menjual.
Listing daripada rakan ejen adalah listing rumah subsale ataupun rumah second hand daripada pemilik rumah yang melantik mereka untuk menjual rumah.
Dapatkan daripada rakan ejen syarikat lain
Dapatkan daripada kenalan anda
Seterusnya anda mungkin dah mula kena cari listing sendiri juga supaya anda boleh dapat lebih banyak buat jualan.
Kaedah yang pailing mudah adalah dengan memberitahu kenalan kenalan anda yang anda sekarang sedang menjadi perunding hartanah.
Jadi jika sedara mara atau kenalan anda ingin menjual rumah atau mencari rumah bolehlah berhubung dengan anda.
Anda boleh whatsapp semua nombor telefon kenalan anda yang ada daam senarai telefon anda.
Anda juga boleh membuat posting di media social anda seperti facebook, Instagram, twitter dan sebagainya.
Jadi dengan kaedah ini anda sudah dapat mencari prospek anda dengan mudah melalui kenalan anda, sedara mara, sahabat handai untuk dapatkan listing.
Mana tahu jika nanti mereka ada nak cari rumah atau nak jual rumah tentu mereka akan hubungi anda sebab mereka dah kenal anda.
Dapatkan daripada website Mudah.my
Antara tempat jual belirumah yang terkenal di online adalah marketplace mudah.my.
Di sini anda boleh juga dapatkan listing rumah untuk dimasukkan kedalam senarai listing anda.
Di website mudah ini orang yang menjual rumah terdiri daripada ejen hartanah, pemaju hartanah da juga pemilik rumah itu sendiri.
Jadi di sini anda boleh lihat dahulu iklan iklan yang ada di dalam website ini dan pilih rumah yang dijual oleh owner rumah itu sendiri.
Ada perlu hubungi mereka dan berbincang supaya anda dapat membuat lantikan untuk anda menjual rumah mereka.
Cara untuk mencari senarai iklan rumah yang dijual sendiri oleh pemilik rumah adalah
Masuk ke dalam website mudah.my kemudian pilih kawasan yang anda ingin cari rumah.
Pada bahagian “Sort” anda klik kepada “Private”
Jadi sistem akan senaraikan semua iklan yang diiklan oleh owner.
Di sini ada dua jenis pengiklan iaitu:
Company: Ejen hartanah / pemaju perumahan
Private : Pemilik rumah
Jadi dengan kaedah ini anda akan dapat senarai iklan rumah daripada owner dan anda boleh mula hubungi mereka satu per satu.
Anda oleh call atau whatsapp mereka untuk melakukan rundingan.
Dapatkan melalui iklan berbayar di Facebook
Jika anda ada duit lebih ataupun dah dapat komisen daripada jualan rumah anda boleh mulakan mencari listing dengan lebih agresif dengan menggunakan kaedah berbayar pula.
Anda boleh mulakan dengan membuat iklan facebook ads khusus untuk mencari pemilik rumah.
Cari yang ingin menjual rumah supaya melantik anda untuk tolong jualkan rumah mereka.
Anda boleh mula beriklan dengan kos yang minimum iaitu sehari RM 5 sahaja anda dah boleh buat iklan.
Mulakan dengan kos yang kecil kemudian naikkan kos apabila anda anda dah ada budget khas untuk buat iklan.
Buka akaun listing di website jual beli rumah
Bagi anda yang menjadi perunding hartanah tak lengkap rasanya jika anda tidak ada akaun sekurang kurang nya satu akaun di dalam website jual beli rumah.
Didalam website jual beli rumah ini anda boleh capai ramai potensi khas untuk orang yang berminat dengan jual beli rumah sahaja.
Jadi dengan adanya akaun di website jual beli rumah untuk anda iklankan listing anda.
Secara tak langsung anda juga boleh mendapat listing terus daripada owner rumah melalui website website ini.
Anda boleh mulakan dengan modal yang kecil dengan membuka akaun proniaga di mudah.my.
Di website mudah.my anda tak perlu bayar langganan tahunan anda hanya perlu beli credict sahaja jika ingin beriklan.
Langgan Website Jualan Rumah
Seterusnya jika anda ada budget lebih anda boleh la mula melanggan website listing rumah secara tahunan pula seperti iproperty ataupun propertyguru.
Lebih banyak anda ada akaun di website berlainan untuk iklankan listing rumah anda maka lebih banyak peluaang anda untuk capai lebih ramai pelanggan.
Selain itu juga anda boleh dapatkan senarai rumah yang dijual oleh owner di tempat berikut seperti di website jual beli www.carousell.com.my
Anda juga boleh dapatkan melalui facebook marketplace di mana rumah juga boleh dijual didalam facebook.
Selain itu anda juga boleh join group komuniti facebook penduduk setempat di kawasan anda untuk anda dapatkan info tentang sebarang penjualan rumah.
Di sini juga anda boleh post iklan mencari owner rumah yang ingin mencari ejen bagi menjual rumah bagi pihak mereka.
Sebenarnya banyak cara mendapatkan listing hartanah yang boleh anda gunakan.
Namun yang paling penting adalah disiplin dan konsisten dalam nak apply kaedah mana yang sesuai dengan anda.
Menjadi perunding hartanah perlu kekuatan sebab gaji tidak ada dan income hanya berdasarkan jualan rumah, jika tiada jualan tiadalah income.
Banyak yang buat asyik tak jadi dan memang akan putus asa di tambah lagi apabila di reject oleh owner rumah yang tak melantik kita sebagai ejen.
Itulah lumrah biasa untuk jadi ejen mental juga kena sangat kuat keranan rejection akan ada di kedua dua belah pihak iaitu daripada pihak pembeli rumah dan juga pihak owner rumah.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.
Biasanya mereka mengambil masa 3 hingga 6 bulan untuk menjual rumah anda, jika gagal dalam tempoh tersebut anda boleh sambung atau boleh cari perundnig yang lain pula.
Sebenarnya tiada sebarang keburukan pun jika anda menggunakan khidmat ejen hartanah jika mereka membuat kerja yang betul, cuma anda anda kena bayar 3% daripada jumlah jualan rumah.