
Banyak kes yang berlaku di mana ramai yang snp rumah hilang entah di mana mereka letak pun tak tahu.
Jika anda membeli rumah atau menjual rumah pasti anda dapat salinan SNP atau pun dikenali sebagai Sale And Purchase Agreement
Dalam Bahasa Melayu dikenali sebagai Dokumen Perjanjian Jual Beli Rumah.
Perjanjian jual beli rumah ini adalah wajib disediakan bagi pembelian rumah.
Ia disediakan oleh peguam hartanah yang dilantik sama ada anda membeli rumah daripada pemaju atau daripada pemilik rumah sedia ada.
Ada yang tersalah letak bila nak cari memang tak jumpa sebab tak pasti lokasi yang sebenar.
Tapi tak nak salahkan sesiapa juga dokumen jual beli rumah ni jarang jarang kita guna melainkan jika kita nak beli rumah dan selepas itu nak jual rumah semula.
Tak macam dokumen nak buat insuran kereta, setaip tahun mesti wajib renew insuran kereta sebab tu kita beringat untuk simpan di satu tempat yang mudah untuk di cari.
Faktor SNP boleh Hilang
Apa pun dokumen yang kita ada ia bergantung kepada sikap penyimpanan kita sendiri.
Jika kita main letak sahaja memang risiko untuk dokumen itu hilang memang tinggi.
Jika kita letakkan dokumen yang penting didalam satu tempat khas dan tersusun maka risiko untuk hilang dokumen tersebut dapat dikurangkan dan di elakkan.
Banyak sebab dokumen kita boleh hilang seperti:
- Salah letak tempat simpan bila nak cari balik dah tak jumpa juga. Puas juga cari memang kesudah tak jumpa jumpa
- Hilang masa perpindahan
- Ini mungkin banyak berlaku bila nak pindah rumah baru, tengah kemas kemas rumah mungkin ada terbuang dokumen sekali dengan bahan bahan yang tidak berguna.Jadi terus buang dan masuk tong sampah, bila nk cari balik memang tak akan berjumpa.
- Hilang dalam kebakaran
Jika perkara ini berlaku memang tidak dapat dielakkan disebabkan kebakaran adalah satu bencana.
Semuanya hangus terbakar dan tinggal sehelai sepinggang sahaja hanya nyawa yang sempat diselamatkan.
Apa perlu buat jika dokumen snp rumah hilang?
Untuk mendapatkan semula salinan dokumen perjanjian jual beli rumah yang hilang itu anda boleh dapatkan semula salinan photostat di pejabat lawyer hartanah anda.
Selain itu anda juga boleh dapat salinan daripada pemaju perumahan yang anda beli rumah.
Memang tak ada peluang nak dapat yang semacam dokumen yang hilang itu sebab masing masing pihak dah diberi salinan sorang satu.
Salinan photocopy cukup sebagai simpanan anda untuk rujukan pada masa hadapan.
Jadi untuk mengelakkan dokumen dokumen penting anda supaya tidak hilang eloklah anda simpan di suatu tempat khas supaya senang anda nak cari semula.
Tentukan satu tempat khusus untuk simpan semua dokumen yang penting dan semua hali keluarga sebolehnya tahu perkara ini.
Ini bukan sahaja baik untuk mengelakkan dokumen daripada hilang dan mudah di cari.
Tetapi juga ketika kecemasan seperti sakit, demam kematian maka senang untuk orang lain boleh cari dokumen dokumen penting walaupun anda sudah tiada.
Jadi mulakan hari ini dengan susun dan kumpulkan semua dokumen dokumen yang penting dan letakkan di dalam suatu tempat khas.
Supaya senang untuk di cari semasa ia diperlukan. Maksud SNP Rumah
SNP hanya perlu di sign hanya selepas loan rumah telah lulus dan anda telah sign dokumen loan dengan bank.
Boleh tidak ada masalah memang boleh dibuat dalam Bahasa Melayu berbanding Bahasa English.