Bagaimanakah cara beli rumah tanpa slip gaji, adakah terdapat peluang jika tidak mempunyai dokumen ini?
Walaupun semua orang yang bekerja dibayar gaji dan mempunyai slip gaji namun masih ramai yang bekerja dan tidak ada slip gaji.
Terutama sekali bagi mereka yang tidak ada pendapatan tetap dan tidak menentu setiap.
Contohnya banyak seperti mereka yang bekerja sendiri seperti pekerja gig, peniaga kecil, peniaga online, pekebun, pesawah dan lain lain lagi.
Golongan golongan tersebut tentu sukar untuk mendapat loan bank jika mahu membeli rumah.
Ini kerana mereka tidak mempunyai pendapatan tetap dan tidak ada slip gaji.
Beli Rumah Melalui Skim Syarikat Jaminan Kredit Perumahan SJKP
Namun bagi anda yang tidak mempunyai slip gaji, kerajaan telah mengumumkan satu skim bantuan bagi golongan seperti anda untuk membeli rumah dengan pinjaman bank.
Kerajaan telah memperkenalkan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan SJKP iaitu sebuah syarikat dibawah Kementerian Kewangan Malaysia.
Tujuan penubuhan SJKP ini adalah bagi membantu golongan ini mendapatkan kemudahan loan rumah.
Loan rumah akan diberikan oleh bank bank yang berdaftar dengan skim ini.
Tawaran yang diberikan dibawah Skim SJKP:
- Membolehkan orang yang tidak mempunyai slip gaji untuk membeli rumah
- Jumlah pinjaman maksimum sehingga RM 400,000 termasuk takaful, yurann guaman dan penilaian.
- Tempoh maksimum loan rumah adalah sehingga 35 tahun atau sehingga usia 65 tahun
- Deposit kena bayar (mandatori) sebanyak 3 bulan mengikut jumlah bayaran bulanan loan rumah.
- Kadar interest loan adalah mengikut kadar bank masing masing
Kelayakan Untuk Memohon Skim SJKP
Antara syarat syarat untuk memohon skim ini adalah:
- Mestilah warganegara Malaysia dan umur mestilah 18 tahun ke atas
- Membeli rumah pertama sahaja.
- Rumah yang dibenarkan untuk dibeli adalah rumah baru, rumah subsale dan rumah lelong
- Jumlah bayaran loan rumah setiap bulan mestilah tidak lebih 65% pendapatan kasar pemohon
- Tak sangkut CCRIS lebih 2 bulan dalam tempoh setahun terakhir
- Tidak blacklist
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen dokumen yang diperlukan antaranya ialah:
- Surat Perjanjian Jual Beli Rumah (SNP)
- Surat Booking
- Statement bank 6 bulan terkini
- Cukai Pendapatan
- Penyata KWSP
- Surat pengesahan pekerjaan
Tambahan dokumen yang lain:
- Salinan IC kad pengenalan
- Surat Pengesahan Majikan (Jika ada)
- Salinan daftar syarikat SSM atau permit
- Surat akuan bekerja sendiri atau penyata pendapatan (kena dapatkan pengesahan sama ada daripada):
- Penghulu
- Ketua Kampung
- Pengurus Bank
- JKKK atau
- Penjawat awam Gred A keatas.
*dokumen yang perlu disediakan adalah mengikut jenis pekerjaan anda.
Bank akan terangkan semasa anda memohon loan rumah di bawah skim SJKP ini.
Cara Memohon Skim SJKP
Untuk memohon skim ini apa yang anda perlu lakukan adalah:
- Cari rumah yang ingin dibeli mengikut kemampuan anda dan harga mestilah dibawah harga maksimum yang ditetapkan oleh SJKP. Baca dekat sini Cara Kiraan Loan Rumah
- Pergi ke bank dan mohon loan di bawah skim SJKP
- Sediakan dokumen untuk masuk loan seperti yang diarahkan oleh bank. Info di sini Apa Dokumen Yang Diperlukan Untuk Beli Rumah?
- Kalau loan rumah dah lulus, bank akan hantar permohonan anda ke SJKP untuk semak permohonan sama ada layak diberi jaminan kredit atau tidak.
- Jika permohonan memenuhi syarat syarat yang ditetapkan, SJKP akan luluskan permohonan.
- Bank akan keluarkan letter offer (surat tawaran loan) untuk pemohon sign setelah berjaya mendapat jaminan pembiayaan daripada SJKP
- Pemohon dapat loan dan dapat membeli rumah.
Senarai Bank Bank Yang Terlibat Dibawah SJKP
Antara senarai bank bank yang boleh memberikan loan rumah di bawah skim SJKP ini adalah:
- Bank Islam
- Bank Muamalat
- Bank Rakyat
- Bank Simpanan Nasional
- RHB Bank
- Agrobank
- Affin Islamic Bank
- Alliance Islamic Bank Malaysia
- AmBank Islamic
- Hong Leong Islamic Bank
- Maybank Islamic
Sekarang bagaimana, lega juga kan dengar ada skim macam ni yang boleh bantu orang yang bekerja yang tida pendapatn tetap dan tiada slip gaji.
Jadi bagi anda yang tergolongan dalam golongan ini boleh try sekarang mana tahu ada rezeki anda nanti boleh dapat rumah sendiri.
Saya doakan semoga anda dapat beli rumah dengan skim ini. Amin
Nanti kalau nak sewa rumah boleh baca tips ni Bagaimana Cara Sewakan Rumah?
Sumber dan maklumat dirujuk daripada SJKP. Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh layari website rasmi di sini SJKP
Yer ke Ada Ke Cara Beli Rumah Cash Tanpa LHDN Kacau?
Jumlah kelulusan loan bergantung kepada kelayakan pendapatan pemohon.
Loan lulus atau tidak adalah ditentukan oleh pihak bank, SJKP hanya menjamin kredit loan yang diluluskan mengikut syarat syarat yang telah ditetapkan.
Tidak boleh, hanya warga negara Malaysia sahaja yang layak memohon skim SJKP