Bagaimana cara buat loan rumah dengan bank jika baru pertama kali untuk memohon pinjaman.
Bagi anda yang baru bermula ingin mencari rumah pastinya anda ingin membeli rumah dengan membuat loan di bank yang ada di Malaysia ini.
Bila baru first time nak beli rumah tentunya tidak tahu macam mana langkah langkah untuk buat loan dengan bank.
Apa syarat syaratnya apakah pula keperluan keperluan yang perlu dipenuhi oleh pemohon bagi mendapatkan kemudahan loan perumahan dengan bank.
Anda jangan risau, anda bukan keseorangan, ramai lagi yang masih tidak tahu bagaimana cara nak buat loan rumah dengan bank.
Kali ini kita lihat apa yang perlu dilakukan jika seseorang itu nak mohon pinjaman bank.
Semak Kelayakan Loan
Untuk membuat loan dengan bank apa yang penting ialah melihat tahap kelayakan loan yang boleh dipohon oleh anda.
Kelayakan loan ini ditentukan dengan melihat kepada pendapatan bulanan yang anda perolehi.
Tidak kira apa kerja anda sama ada kerja makan gaji, kerja sendiri, pendapatan tetap atau bukan berpendapatan tetap.
Cek sendiri kelayakan loan
Sebenarnya anda boleh semak sendiri kelayakan loan namun ia adalah secara anggaran sahaja.
Ia bertujuan untuk lihat sama ada gaji anda lepas atau tak dengan harga rumah yang anda ingin beli.
Anda boleh kira Debt Service Ratio (DSR) anda secara kasar dan pastikan jumlah hutang sedia ada anda tidak lebih 60% termasuk bayaran bulanan rumah baru yang anda nak beli.
Baca artikel berikut :
- Cara Kira DSR Loan Rumah Secara Asas
- Bagaimana Kira Anggaran Loan Rumah Mengikut Gaji?
- Cara Kiraan Loan Rumah
- Kira Ansuran Bulanan Rumah
- Percuma Jadual Anggaran Bayaran Bulanan Rumah
Semak terus kelayakan loan dengan bank
Jika anda tidak mahu lakukan sendiri jalan yang paling mudah dan senag sekali adalah terus pergi ke bank.
Pergi ke mana mana bank yang ada sediakan kemudahan buat loan rumah, jumpa dengan pekerja bank bahagian loan rumah.
Tanya pada mereka beritahu anda nak buat loan dan nak semak kelayakan loan rumah lepas atau tak lepas dengan gaji anda.
Bank akan tolong kira berdasarkan gaji anda:
- Berapa harga rumah yang boleh lepas buat loan
- dan berapa bayaran bulanan yang anda kena bayar
Tanya juga skim skim yang bank boleh tawarkan kepada pembeli rumah seperti contoh:
Cari Rumah Untuk Dibeli
Bila dah tahu berapa kelayakan harga rumah dan berapa anda boleh lepas bayar bulan bulan baru lah pergi cari rumah yang nak dibeli.
Sekarang anda dah tak pening dah nak cari harga rumah lingkungan berapa sebab dah tahu harga rumah maksimum yang anda layak beli.
Terus cari rumah dengan harga yang anda layak sahaja, ini lebih memudahkan anda.
Kat mana nak cari rumah.?
Cari dengan pemaju
Jika anda ingin membeli rumah baru yang dah siap atau yang masih dalam pembinaan anda boleh cari rumah dengan pemaju perumahan.
Terlalu banyak rumah rumah yang dibina oleh developer pada masa sekarang untuk dibeli oleh orang ramai.
Cara buat Permohonan Rumah PRIMA
Jumpa dengan bahagian sale/jualan mereka dan tanya berkenaan rumah yang anda berminat.
Pihak pemaju juga boleh tolong submit loan bank untuk anda kalau anda tak nak buat sendiri.
Tanya juga dengan pemaju jika mereka ada pakej beli rumah seperti:
- Skim My Deposit
- Home Ownership Campaign (HOC)
- Tawaran Diskaun
- Rebate
- Hadiah percuma
- Cabutan bertuah
- Free yuran guaman
- Tak perlu bayar duti setem
- Booking free
- dan tawaran tawaran yang lain
Baca juga Bagaimana Proses Beli Rumah Baru Dari Pemaju?
Ejen hartanah berdaftar
Selain daripada pemaju, anda boleh cari rumah dengan ejen hartanah yang berdaftar.
Ejen ejen ini mempunyai banyak senarai listing rumah yang hendak dijual.
Mereka mempunyai rumah untuk dijual samada rumah baru daripada pemaju atau rumah subsale daripada pemilik rumah.
Hubungi mereka dan tanya kepada mereka ejen ejen hartanah ini.
Direct Owner
Selain dapatkan rumah daripada pemaju dan ejen hartanah anda juga boleh beli rumah terus dengan pemilik rumah.
Ada juga pemilik rumah yang menjual sendiri rumah mereka tanpa melibatkan pihak ketiga seperti ejen hartanah.
Jika anda berminat dengan rumah yang mereka jual boleh contact mereka.
Anda boleh cari rumah di sini :Website Jual Beli Rumah Di Malaysia
Sediakan Dokumen Untuk Submit Loan
Apabila dah tahu kelayakan loan dan dah jumpa rumah untuk dibeli proses seterusnya adalah untuk submit loan rumah ke bank.
Masa jumpa dengan bank sebelum ni kan, mereka akan beritahu apa dokumen yang perlu disediakan untuk buat loan bank.
Jadi sudah tentu anda sudah ada checklist dokumen yang perlu di sediakan.
Namun jika tidak ada boleh baca senarai dokumen yang perlu disediakan disini :Apa Dokumen Yang Diperlukan Untuk Beli Rumah?
Hantar Permohonan Loan Ke Bank
Selesai prepare dokumen semua dan lengkap sampai masanya anda buat permohonan ke bank.
Tips di sini apa yang saya nak kongsikan adalah supaya anda submit loan serentak lebih daripada 1 bank.
Sebab apa nak kena try lebih daripada stau bank.?
Masalahnya sekarang anda tak tahu lagi loan rumah lulus ataupun tidak.
Masa tanya dengan bank hari tu pun bukannya rasmi lagi ianya hanya anggaran kasar sahaja dan tak masuk submission dalam sistem.
Jadi kalau 1 bank tak lulus loan anda masih boleh harapkan bank yang lain lagi kalau submit loan lebih dari satu bank.
Antara Senarai Bank Untuk Buat Loan Rumah:
- Bank Islam
- Bank Muamalat
- Bank Rakyat
- Bank Simpanan Nasional
- RHB Bank
- Agrobank
- Affin Islamic Bank
- Alliance Islamic Bank Malaysia
- AmBank Islamic
- Hong Leong Islamic Bank
- Maybank Islamic
- Public Bank Islamic
Tunggu Bank Proses Permohonan
Lepas dah submit loan ke bank sekarang masa untuk bagi bank proses permohonan loan rumah anda.
Ada masa menunggu bukan submit dokumen hari ini esok boleh tahu keputusan terus.
Biasanya anda boleh tahu keputusan dalam tempoh 14 hari bekerja.
Tempoh setiap bank tak sama mungkin anda yang lebih cepat daripada 14 hari tu, namun 2 minggu adalah tempoh normal.
Baca kat sini : Berapa Lama Bank Proses Loan Rumah?
Dapat Keputusan Daripada Bank
Inilah masa yang ditunggu tunggu setelah anda submit permohonan loan rumah ke bank.
Keputusan yang dinantikan sama ada loan boleh lepas atau tidak dengan dokumen yang anda submit.
Bank akan call anda dan akan beritahu sama ada loan lulus ataupun tidak.
Kalau loan lulus boleh terus ke langkah seterusnya, kalau loan tak lulus bank akan beritahu sebab apa tak lulus.
Bank akan bagitau apa yang nak kena buat, dokumen apa nak kena sedia semua jika tak lulus dan nak submit semula loan.
Kalau tak boleh lulus 100% loan berapa margin yang bank boleh bagi, berapa deposit nak kena sedia.
Bank akan brief anda next step kalau tak lulus, tengok sebab sebab dan alasan yang tak lulus tu.
Pilih Tawaran Loan Terbaik
Kalau loan dah lulus sekarang masa untuk pilih tawaran pakej loan yang terbaik.
Jika anda submit loan lebih daripada 1 bank dan semuanya lulus anda berpeluang untuk pilih pakej loan mana yang menarik.
Apa yang anda boleh pertimbangkan semasa nak pilih pakej loan rumah adalah:
- Tengok kadar interest yang terendah sebolehnya
- Kadar bayaran bulanan berapa
- Ada lock in period atau tidak
- Flexi loan atau Term loan
- dan juga soalan soalan lain
Tanya dulu soalan jika anda tak tahu sebelum nak buat keputusan ya.
Untuk orang Islam pastikan pilih Islamic loan.
Kalau anda hanya ada 1 bank sahaja yang luluskan maka anda tidak ada pilihan, kena terima apa jua pakej yang ada.
Tetap bersyukur sebab lulus loan, bukan senang nak lulus loan rumah ni.
Sign Letter Offer
Jika dah selesai anda pilih bank mana yang anda nak terima pakej loan mereka maka bank akan keluarkan Letter Offer.
Letter Offer atau surat tawaran ini adalah untuk pemohon loan rumah sign tanda setuju untuk terima loan yang diberikan oleh bank dan terma terma yang bank tetapkan.
Kalau anda dah setuju boleh sign surat tawaran tersebut. Tahniah.
Boleh baca juga :
Begitulah langkah langkah atau step yang boleh anda lakukan jika anda baru nak beli rumah dan nak buat loan bank.
Semoga urusan anda dipermudahkan dan dapat membeli rumah pertama anda.
Kalau nak beli tanah macam mana pulak, baca sini Bolehkah Buat Loan Beli Tanah Dengan Bank?
Baca juga tentang Ccris Ptptn Boleh Apply Loan Kereta
Senang lulus atau susah lulus sebenarnya banyak bergantung kepada profile kewangan pemohon, kalau strong senang lulus. Sebab itu kena try banyak bank.
Kalau loan rumah dah lulus dan nak tahu bila kena mula bayar bulan bulan boleh baca kat sini Bila Kena Start Bayar Loan Rumah?