Mrtt vs Mltt Manakah Pilihan Terbaik Untuk Takaful Rumah

mrtt vs mltt

MRTT vs MLTT yang mana pembeli rumah nak pilih sebagai perlindungan takaful untuk pinjaman perumahan mereka.

Kedua-dua produk perlindungan ini menawarkan perlindungan takaful untuk pemegang pinjaman, namun terdapat perbezaan di antara kedua duanya.

Pasti ramai yang pening dan keliru serta kurang pasti produk perlindungan mana satukah yang sesuai dengan jenis loan yang dibuat.

Apa pula kelebihan dan manfaat yang akan diperolehi oleh pembeli rumah jika melanggan antara salah satu produk takaful ini.

Dalam artikel ini kita akan melihat perbezaan utama di antara MRTT dan MLTT ini untuk membantu anda membuat keputusan yang terbaik dalam pembelian rumah anda.

Kenapa Perlukan Perlindungan Takaful

Sebelum pergi ke topik utama kita lihat dahulu apa perlunya perlindungan takaful jika membeli rumah dengan membuat loan bank.

Berikut adalah beberapa sebab mengapa takaful adalah penting dalam pembelian rumah:

Perlindungan Kewangan Keluarga

Perlindungan Takaful hartanah akan memberikan perlindungan kewangan kepada keluarga atau pewaris anda jika sesuatu berlaku kepada anda sebagai pemilik rumah pada masa hadapan.

Antara musibah atau risiko yang boleh berlaku atas pembeli adalah seperti kematian atau kecacatan yang mungkin menyebabkan kesukaran dalam membayar hutang pinjaman rumah.

Melindungi Pembelian Hartanah

Rumah adalah pelaburan terbesar bagi kebanyakan orang dan mungkin hanya beli sekali sahaja dalam seumur hidup.

Rumah juga adalah satu bentuk pelaburan ‘bagi keluarga kita untuk sama sama berteduh siang dan malam.

Dengan memiliki perlindungan takaful hartanah ini, anda akan memastikan bahawa pelaburan ini tidak akan menjadi satu bebanan kepada keluarga anda jika sesuatu berlaku kepada anda di masa depan.

Jika sesuatu berlaku kepada anda, perlindungan ini akan membolehkan keluarga anda terus menikmati dan tinggal di rumah yang dibeli tanpa perlu menghadapi masalah untuk membayar loan bulan bulan.

Mengatasi Risiko Kejadian Tak Terduga

Apa apa perkara yang tidak dapat dielakkan mungkin boleh berlaku tanpa diduga seperti kebakaran, kecurian atau bencana semula jadi yang boleh berlaku bila bila masa.

Dengan adanya perlindungan takaful hartanah, ini boleh menyediakan perlindungan terhadap kerugian dan kerosakan harta benda yang disebabkan oleh kejadian-kejadian tersebut.

Syarat Keperluan Bank

Apabila kita membuat loan rumah, sebagai pemberi pinjaman perumahan mengenakan syarat supaya kalau nak buat loan kena ambil sekali perlindungan takaful untuk rumah.

Ianya dah menjadi sebahagian daripada syarat syarat untuk medapatkan loan dengan bank.

Namun ianya adalah untuk kebaikan pembeli rumah itu sendiri juga jika ada perlindungan takaful.

Maksud MRTT dan MLTT

Maksud dalam Bahasa English.

MRTT adalah Mortgage Reducing Term Takaful manakala MLTT adalah Mortgage Level Term Takaful.

Manakala maksud dalam Bahasa Melayu pula adalah:

MRTT (Takaful Bertempoh Gadai Janji Berkurang)

MLTT (Takaful Bertempoh Gadai Janji Mendatar)

Struktur Perlindungan

MRTT adalah produk takaful yang menawarkan perlindungan yang berkurang sejajar dengan pengurangan baki pinjaman anda.

Ini bermakna jumlah perlindungan akan berkurang seiring dengan pengurangan jumlah pinjaman anda.

Ia sesuai untuk mereka yang ingin menjimatkan kos perlindungan seiring berjalannya masa.

MRTT adalah lebih murah untuk anda dapatkan perlindungan takaful.

MLTT pula sebaliknya adalah produk takaful yang menawarkan perlindungan yang kekal sepanjang tempoh polisi.

Ini bermakna jumlah perlindungan tidak berkurang walaupun baki pinjaman anda berkurang seiring dengan pembayaran ansuran.

MLTT adalah lebih mahal berbanding dengan MRTT

Kaedah Caruman Takaful

MRTT pembeli boleh masukkan sekali jumlah perlindungan takaful didalam loan bank dan hanya perlu buat bayaran tiap tiap bulan seperti biasa.

MLTT pula pembeli tak boleh masukkan jumlah perlindungan takaful dalam loan bank.

Maknanya pembeli kena bayar takaful tiap tiap bulan di samping kena bayar loan rumah juga.

Jadi kena buat dua bayaran setiap bulan iaitu untuk takaful dan juga untuk loan rumah dengan bank.

Kaedah Bayaran Pampasan

Apabila berlakunya tuntutan akibat kes musibah yang berlaku seperti kes kematian atau lumpuh, polisi MRTT akan terus membayarkan baki hutang loan rumah terus kepada pihak bank.

Pihak takaful bayar baki hutang kepada bank dan pewaris akan terima rumah tersebut mengikut kaedah faraid.

Bagi polisi MLTT pula, pihak takaful akan membayar semua keseluruhan pampasan kepada penama atau waris simati.

Selepas itu adalah menjadi tanggungjawab penerima duit pampasan untuk selesaikan hutang perumahan si mati kepada pihak bank.

Terpulang kepada ahli waris untuk buat bayaran sekali gus baki hutang itu atau nak buat bayaran secara ansuran bulan bulan.

Jika ada lebih wang yang diterima selepas tolak baki hutang ia adalah menjadi hak waris dan kena buat faraid.

Sesuai Untuk Siapa

Apabila dilihat kepada perbezaan antara perlindungan takaful MRTT dengan MLTT boleh dikatakan ada dua jenis pembelian rumah yang boleh digunakan berasingan.

MRTT adalah sesuai untuk pembeli rumah yang nak duduk lama sahaja. Maksudnya dia membeli untuk duduk lama sama ada duduk sendiri atau disewakan.

Sesuai untuk pembelian jangka panjang.

Manakala MLTT adalah lebih sesuai bagi yang membuat pembelian rumah bagi tujuan pelaburan hartanah seperti membeli pada harga murah kemudian dalam tempoh beberapa tahun nak jual semula selepas harga rumah naik.

Sesuai untuk pembelian jangka pendek.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya selepas apa yang dinyatakan dalam perkongsian diatas, pembelian takaful hartanah adalah satu keputusan yang bijak dan bertanggungjawab bagi mereka yang memiliki atau merancang untuk membeli rumah.

Ianya adalah merupakan langkah yang membantu melindungi harta benda dan kebajikan keluarga dalam jangka panjang.

Keperluan pembelian perlindungan takaful bagi pembeli rumah pada masa sekarang adalah wajib kalau nak diikutkan kelebihan yang ada dalam perlindungan yang diberikan.

Jadi sekarang anda sudah dapat buat perbandinga beza mrtt dan mltt jika anda bercadang nak beli rumah nanti.

Apakah Kelebihan Jika Membuat Pelaburan Hartanah

Apakah yang dimaksudkan dengan takaful ketika membeli rumah?

Takaful merupakan satu bentuk perlindungan insurans Islam yang bertujuan untuk melindungi pemilik rumah daripada risiko tertentu seperti kebakaran, banjir, atau kerosakan harta yang lain.

Mengapa penting untuk memiliki takaful ketika membeli rumah?

Takaful adalah penting kerana ia memberikan perlindungan kewangan terhadap kemungkinan kerugian yang tidak dijangka ke atas rumah anda. Ini membantu melindungi pelaburan besar anda dalam hartanah dan memberikan ketenangan fikiran.

Related Posts