Cara Mengeluarkan Duit Kwsp Kalau Sudah Muflis

cara mengeluarkan duit kwsp kalau sudah muflis

Bagaimana cara mengeluarkan duit kwsp kalau sudah muflis dan langkah nak memohon.

Jika anda dijatuhkan hukuman dan di isytiharkan bankrupt oleh mahkamah anda sebenarnya masih lagi membuat pengeluaran duit kwsp.

Pengeluaran duit kwsp ini adalah bukan disebabkan atas sebab jatuh muflis semata mata.

Duit kwsp masih boleh dikeluarkan mengikut jenis jenis pengeluaran yang dibenarkan oleh pihak kwsp sahaja.

Antara pengeluaran yang dibenarkan sebelum umur 55 tahun untuk akaun kedua adalah:

  • Pembelian rumah
  • Pembinaan rumah
  • Pendidikan
  • Membayar baki pinjaman perumahan
  • Membayar installment bulanan rumah
  • Mengerjakan ibadah haji
  • Tujuan keperluan kesihatan
  • Simpanan melebihi 1 juta

Jadi bagaimana nak buat permohonan pengeluaran duit kwsp jika dah muflis.

Buat Permohonan Kebenaran Daripada Insolvensi

Pertama sekali anda perlu rujuk Jabatan Insolvensi untuk langkah dan prosedur bagaimana nak dapatkan surat kebenaran daripada pihak mereka.

Sila pastikan anda tahu kes muflis anda didaftarkan di cawangan insolvensi negeri mana hubungi cawangan tersebut.

Lepas dah tahu kes muflis anda di cawangan mana boleh mohon surat kebenaran daripada cawangan insolvensi tersebut.

Selepas mereka dah terima permohonan anda, pihak insolvensi akan buat penilaian terlebih dahulu berdasarkan kes anda sama ada boleh lulus atau tidak untuk bagi kebenaran.

Jika lulus mereka akan keluarkan surat kebenaran untuk anda serahkan kepada pihak kwsp bersama sama permohonan anda.

Pihak mereka akan melihat pengeluaran apa yang anda ingin lakukan daripada Kwsp.

Lulus atau tidak lulus untuk dapat surat kebenaran pengeluaran adalah bergantung sepenuhnya kepada penilaian jabatan insolvensi.

Hantar Permohonan Pengeluaran Ke KWSP

Langkah seterusnya jika dah dapat Surat Kebenaran Pengeluaran daripada Jabatan Insolvensi, anda boleh terus memohon pengeluaran dengan Kwsp.

Pergi ke Kwsp terdekat dan isikan borang permohonan jenis pengeluaran yang anda ingin buat.

Sediakan semua dokumen yang Kwsp minta dan lampirkan bersama surat kebenaran daripada Jabatan Insolvensi.

Surat Kebenaran Pengeluaran daripada insolvensi adalah sebagai dokumen sokongan yang diperlukan jika diminta oleh pihak Kwsp.

Terima Kelulusan Kwsp

Selepas anda dah hantar permohonan pihak Kwsp akan proses dokumen anda.

Bagi masa dan tempoh yang telah ditetapkan oleh Kwsp bagi mereka meluluskan permohonan pengeluaran.

Jika semua dokumen cukup lengkap semasa permohonan maka tiadak akan ada msaalah untuk lulus.

Semasa anda buat permohonan ke Kwsp pun, mereka dah semak samada anda layak atau tidak untuk buat pengeluaran berdasarkan kepada baki caruman yang ada dalam akaun.

Buat Pengeluaran Duit Di Bank

Selepas permohonan anda lulus seterusnya adalah proses untuk terima duit Kwsp anda.

Jika anda masih ada akaun bank yang masih aktif duit akan masuk ke akaun anda.

Namun jika anda muflis dan tidak dibenarkan ada akaun bank, pihak Kwsp akan keluarkan berupa “Arahan Bayaran” untuk anda terima duit.

Duit yang anda terima di bank nanti adalah secara cash dan anda perlu ada akaun simpanan seperti akaun isteri, anak, ibu bapa atau adik beradik untuk masukkan duit.

Takkan nak simpan duit cash banyak banyak di rumah bahaya balik kepada anda nanti.

Begitulah cara mengeluarkan duit kwsp kalau sudah muflis atau berstatus bankrap yang boleh anda lakukan.

Semoga urusan anda dipermudahkan dan boleh keluar segera nama anda daripada status bankrupt dalam sistem insolvensi.

Untuk maklumat lebih lanjut sila rujuk kepada Jabatan Insolvensi dan juga KWSP

Ambil tahu juga Cara Semak Kwsp

Berapakah jumlah hutang yang boleh diambil tindakan muflis?

Jumlah minimum adalah RM 100,000 keatas untuk failkan status muflis

Siapakah pihak berkuasa yang boleh jatuhkan status muflis dan bankrap pada seseorang individu?

Hanya mahkamah yang layak menjatuhkan hukuman muflis

Related Posts