Maksud Booking Dalam Bahasa Melayu

booking dalam bahasa melayu

Apakah maksud booking dalam bahasa melayu yang selalu digunakan dalam kalangan masyarakat kita.

Apabila melibatkan proses beli rumah perkataan atau terma booking memang akan wujud dalam transaksi tersebut.

Jadi bila seseorang ingin membeli rumah perkara awal dan duit yang dia kena keluarkan adalah untuk bayar booking.

Booking ini adalah perkataan bahasa english tapi dekat negara kita ni biasalah guna bahasa campur memang digunakan secara kebiasaan.

Maksud Booking

Booking dalam bahasa Melayu adalah bermaksud tempah atau tempahan.

maksud booking

Dalam bahasa Inggeris pula bermaksud reserved.

Bila ingin membeli sesuatu dan perlu kepada tempahan maka pembeli kena bayar sedikit wang untuk dapatkan unit atau lot.

Duit booking tersebut nanti akan dikira termasuk sekali dengan harga perkhidmatan ataupun boleh juga dipulangkan selepas perkhidmatan telah diberikan bergantung kepada jenis perniagaan.

Biasanya proses booking ini selalu digunakan dalam perkhidmatan perniagaaan seperti:

  • Penjualan Rumah
  • Penjualan Kereta
  • Perkhidmatan Perhotelan
  • Rumah sewa
  • Homestay
  • Dan banyak lagi

Tujuan Booking

Proses booking atau tempah adalah bertujuan untuk menjadi pembeli untuk dapatkan unit atau lot atau bilik.

Jadi bila dah bayar untuk tempah maksudnya orang lain tidak boleh ambil unit tersebut selagi mana anda tak cancel booking tersebut.

Tujuan Booking

Atau dalam ertikata yang lain adalah untuk “lock” unit tersebut daripada diambil oleh orang lain.

Dalam proses membeli rumah booking adalah satu keperluan dan syarat utama yang mana bakal pembeli rumah kena bayar untuk lock unit rumah tersebut.

Jika hanya berminat tetapi hanya sembang mulut ia adalah tidak dikira sebagai sah sebab tak ada bukti.

Jadi disinilah penggunaan booking perlu digunakan supaya orang yang betul betul berminat dia akan bayar duit booking untuk rumah tersebut.

Sebab apa perlu bayar booking adalah supaya pelanggan tidak dengan mudah untuk cancelkan jika tidak berminat selepas itu.

Jadi dengan adanya duit booking ini dapatlah menjaga kedua dua belah pihak iaitu pembeli dan penjual supaya transaksi pembelian dan penjual itu boleh berjaya.

Bayangkan kalau bercakap berminat dan janji mulut sahaja anytime mereka boleh cancel tanpa ada rasa bersalah kepada penjual.

Bila nak bayar booking kena isi borang tempahan dan juga akan diberikan resit bayaran sebagai bukti kepada pelanggan.

Pembatalan Booking

Bila kita bercakap dalam bidang pembelian rumah duit booking ini adakah boleh ambil semula atau burn macam tu sahaja.

Ianya bergantung kepada keadaan bagaimana duit booking  atau tempahan boleh burn atau boleh dapat semula.

Pembatalan Booking

Jika anda beli rumah dengan pemaju dan bayar booking jika loan tak lulus anda boleh dapat balik duit booking tersebut.

Namun jika loan lulus tiba tiba anda tak jadi teruskan pembelian, biasanya duit dooking akan burn.

Begitu juga selepas booking belum sempat masuk loan tak jadi nak beli rumah, macam ni pon boleh burn juga duit booking anda.

Namun anda kena faham satu benda ialah ia tertakluk atas budi bicara juga pada pihak pemaju atau penjual.

Ada yang tak kisah pun duit booking dan boleh pulangkan balik sama ada loan lulus atau tidak jika anda tak jadi beli rumah.

Malahan ada juga pemaju perumahan yang tak ambil duit booking pun untuk pilih lot atau unit rumah.

Jadi benda ini adalah subjektif bergantung pada polisi syarikat masing masing.

Untuk industri dan perkhidmatan yang lain mungkin ada persamaan dan mungkin juga ada perbezaan tentang duit booking ini.

Kesimpulan

Jadi apa yang penting adalah kita kena faham apabila berkaitan dengan duit booking ini ia adalah untuk jaga kedua dua belah pihak pembeli dan penjual.

Sebagai pembeli anda kena juga faham dan terima proses booking ini supaya kita dapat berurusan dengan lebih baik dengan pihak penjual.

Jadi sama sama lah kita tolak ansur. Benda boleh bincang buat apa nak gaduhkan.

Nak rumah pertama baca ni Cara Mohon Skim Rumah Pertamaku

Siapakah yang menetapkan jumlah bayaran booking?

Jumlah bayaran booking ditetapkan oleh pemilik perniagaan itu sendiri.

Bolehkah tidak mahu membuat bayaran booking?

Jika sesuatu urusniaga perniagaan itu memerlukan bayaran booking maka anda terpaksa ikut peraturan tersebut.

Related Posts