Bagaimana cara cari rumah sewa yang boleh kita lakukan pada masa sekarang ini.
Rumah sewa sekarang ini sangat sangat laku dan terdapat banyak permintaan daripada pengguna diluar sana.
Jika lokasi rumah sewa dekat atau berhampiran dengan pusat pendidikan atau pusat perkilangan pasti rumah sewa sentiasa penuh setiap bulan.
Pastinya jika penduduk di sesuatu kawasan itu tinggi maka permintaan pasaran kepada rumah sewa juga tentu tinggi.
Orang cari rumah sewa ini bermacam macam sebab antaranya ialah:
- Baru berpindah lokasi kerja
- Jenis pekerjaan yang tidak tetap lokasi dan sentiasa berpindah randah
- Sedang melanjutkan pelajaran
- Tidak mampu memiliki rumah sendiri
- Memang berhasrat tidak mahu membeli rumah walau mampu
Jadi bermacam macam sebab dan alasan tersendiri bagi mereka yang ingin cari dan duduk di rumah sewa.
Antara kaedah atau cara nak cari rumah sewa ini anda boleh baca perkongsian seterusnya.
Buat Carian Di Google
Ya google sahaja rumah sewa dan lokasi yang anda ingin cari.
Apa yang tidak ada di google sehinggakan setiap hari pasti kalau tak masuk ke google pasti tak sah.
Googe adalah enjin carian nombor satu dalam dunia ini maksudnya dia adalah yang paling besar pada masa sekarang.
Majoriti orang kalau ada masalah mesti akan buat carian di goole untuk dapat kan info.
Begitu juga jika ingin cari rumah sewa boleh cari di google taip sahaja “rumah sewa near me” atau rumah sewa mengikut lokasi yang anda ingin cari.
Google akan listkan senarai senarai website yang ada mengiklankan rumah sewa.
Cari di Mudah.my
Sekarang ini zaman online dan semuanya dihujung jari untuk mendapatkan apa apa maklumat dengan pantas.
Jika anda ingin mencari rumah sewa boleh gunakan website mudah.my ini.
Mudah.my adalah satu satu marketplace online terbesar di Malaysia yang boleh menjual pelbagai barang dan juga perkhidmatan.
Jadi di portal ini begitu banyak iklan rumah untuk dijual dan rumah untuk di sewa yang sentiasa diklankan untuk mendapatkan pelanggan.
Anda boleh cari rumah sewa di sini mengikut lokasi atau tempat di setiap negeri dengan hanya lakukan carian di sini.
Facebook Marketplace
Facebook adalah laman sosial yang popular di dunia dan juga di Malaysia.
Memiliki pengguna yang mencecah jutaan angka membuatkan laman sosial ini antara yag paling top di negera kita.
Dengan memperkenalkan marketplace sendiri, pengguna facebook boleh menggunakannya hanya dengan percuma sahaja buat masa ini.
Pelbagai produk diiklan dengan menggunakan platform ini termasuklah bagi mereka yang menjual rumah dan juga yang mencari penyewa bagi rumah mereka.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah dengan menaip perkataan rumah sewa mengikut lokasi yang anda cari.
Sistem marketplace facebook akan paparkan hasil carian anda dengan serta merta.
Facebook Group Sewa Rumah
Selain daripada mencari rumah sewa di marketplace facebook anda juga boleh melihat group group yang ditubuhkan khusus untuk mengiklankan rumah sewa.
Banyak group cari rumah sewa dibuat mengikut kawasan atau lokasi rumah sewa tersebut.
Cari sahaja di facebook dengan perkataan sewa rumah kawasan yang anda cari kemudian pilih pada bahagia group.
Facebook akan senaraikan group group yang anda untuk anda pilih.
Apa yang anda perlu lakukan adalah join untuk masuk group tersebut dan lihat iklan rumah sewa yang ada.
Anda juga boleh membuat posting untuk menyatakan yang anda sedang mencari rumah sewa di kawasan tersebut.
Ronda Di Kawasan Perumahan
Ini adalah teknik tradisional bagaimana nak cari rumah sewa yang kita biasa lakukan.
Biasanya jika ingin cari rumah sewa kita akan turun ronda di kawasan perumahan yang berdekatan tempat kerja atau tempat belajar.
Pusing pusing semua taman yang ada untuk cari kot kot ada iklan banner rumah sewa diletakkan di hadapan rumah untuk cari penyewa.
Cara ini memang boleh dilakukan jika ia berdekatan dengan rumah anda, tetapi jika anda baru nak pindah tempat dan jauh ia kurang sesuai kerana anda tak biasa dengan lokasi kawasan tersebut.
Kalau ada orang yang kenal boleh minta mereka carikan di situ.
Guna Khidmat Ejen Hartanah
Menggunakan perkhidmatan ejen hartanah untuk mencari rumah sewa adalah salah satu pilihan terbaik untuk anda lakukan.
Dengan menggunakan khidmat ejen hartanah anda hanya perlu beritahu rumah sewa yang anda ingin cari, lokasi di mana dan budget berapa.
Mereka akan tolong carikan bagi pihak anda.
Mengenai bayaran anda jangan risau sebab anda tak perlu bayar kepada ejen hartanah sebab tuan rumah yang lantik mereka yang kena bayar kepada mereka.
Jadi ianya adalah percuma bagi anda yang ingin cari rumah.
Ejen hartanah mempunyai listing dan rangkaian ahli ejen yang ramai, jadi sudah tentu mereka mempunyai networking ynag ramai.
Anda boleh cari ejen hartanah yang beroperasi di kawasan yang anda ingin menyewa lebih senang sedikit kerana mereka dah fimilar dengan kawasan yang anda nak duduk tu.
Ejen hartanah ini anda boleh cari seperti di mudah.my, facebook, instagram dan juga boleh search dekat google ejen hartanah diikuti dengan lokasi yang ingin anda cari rumah sewa.
Jadi begitulah antara bagaimana anda boleh cari rumah sewa dengan langkah langkah yang telah dikongsikan diatas.
Semoga anda dipermudahkan untuk mendapatkan rumah sewa anda.
Kerosakan Rumah Sewa Siapa Yang Tanggung [Suatu Pengalaman]
Tetap kena bayar walaupun tak duduk sebab dah sign agreement untuk sewa dalam tempoh tertentu
Kebiasaanya kena sediakan deposit 2+1 iaitu deposit 2 bulan sewa dan deposit 1 bulan utility.