skim rumah pertamaku

Bagaimana cara mendapatkan pinjaman melalui skim rumah pertamaku bagi membolehkan rakyat Malaysia memiliki sekurang kurangnya satu hartanah untuk mereka duduki.

Apakah tujuan skim ini diperkenalkan?

Skim ini telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu para pembeli rumah diluar sana yang mempunyai gaji kasar atau pendapatan kasar bulanan RM 10,000 ke bawah untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim rumah pertamaku ini adalah peluang kepada pembeli untuk mendapatkan loan sehingga 110% daripada senarai bank-bank yang terlibat tanpa perlu mengeluarkan wang pendahuluan seperti deposit 10%, lawyer fee dan sebagainya.

Kelebihan membeli rumah dengan skim ini adalah untuk membantu pembeli rumah yang tidak dapat sediakan sejumlah wang yang banyak seperti 10% untuk membayar deposit rumah.

Semak Syarat Kelayakan SRP

Langkah pertama yang paling penting untuk beli rumah dengan menggunakan skim ini adalah menyemak kelayakan anda terlebih dahulu. Adakah anda layak untuk sertainya.

Antara syarat syarat pemohon yang telah ditetapkan untuk layak mendapatkan skim ini adalah:

  • Warganegara Malaysia (bukan warganegara tidak layak untuk memohon)
  • Membeli rumah pertama sahaja (beli rumah kedua, ketiga dan keempat dan seterusnya adalah tidak boleh memohon)
  • Pekerja makan gaji ataupun Orang yang bekerja sendiri
  • Permohonan oleh individu atau permohonan bersama (lebih seorang)
  • Hartanah jenis perumahan sahaja (hartanah komersial adalah tidak dibenarkan)
  • Harga hartanah atau nilai semasa maksimum sehingga RM500,000 sahaja
  • Pendapatan gaji kasar semua isi rumah adalah RM10,000 untuk pemohon tunggal ataupun pemohon bersama
  • Loan boleh buat sehingga 110%. Untuk loan melebihi 100% ke atas hanya layak untuk pendapatan isi rumah bawah RM 5,000 sahaja dan harga rumah mestilah bawah RM 300,000.
  • Mestilah tidak mempunyai masalah CCRIS dan CTOS dalam tempoh 12 bulan yang terakhir
  • Membeli rumah baru dalam pembinaan ataupun rumah secondhand (subsale)
  • Tempoh loan rumah adalah tidak melebihi daripada 35 tahun (maksimum), bergantung kepada umur pemohon tidak melebihi 70 tahun diakhir tempoh buat loan

Setelah melihat senarai syarat syarat untuk memohon skim ini jika anda layak anda boleh teruskan langkah seterusnya.

Cari Rumah Yang Anda Inginkan

Lepas dah semak syarat syarat kelayakan untuk memohon skim ini, jika anda layak anda bolehlah mula mencari rumah.

Anda boleh mencari rumah yang ingin dibeli sama ada:

  • Rumah masih dalam pembinaan daripada pemaju
  • Rumah telah siap bina daripada pemaju
  • Rumah second (subsale) yang dijual oleh pemilik rumah

Dalam proses mencari rumah yang ingin dibeli ini pastikan anda cari rumah yang sesuai dengan gaji anda dan kemudian sesuai dengan lokasi yang anda inginkan.

Anda juga boleh juga lakukan semakan loan dengan bank terlebih dahulu dengan bank berapa loan rumah yang anda boleh buat dengan gaji yang anda perolehi.

Jadi terpulang pada anda, boleh cari rumah terlebih dahulu kemudian baru masuk loan, ataupun semak kelayakan loan terlebih dahulu barulah mencari rumah.

Baca nie Bagaimana Kira Anggaran Loan Rumah Mengikut Gaji?

Yang penting anda berusaha bersungguh sungguh untuk dapatkan rumah pertama anda.

Hantar Permohonan Loan Ke Bank Yang Berdaftar

Lepas dah dapat rumah yang sesuai anda boleh mula tanya kepada bank untuk buat loan rumah.

Untuk info anda hanya bank yang berdaftar dalam senarai skim ini sahaja yang boleh anda buat loan, jika nama bank tidak ada dalam senarai skim ini, maka anda tak boleh buat loan dengan bank tersebut.

cara mohon rumah pertamaku

Namun jangan risau hampir semua bank bank besar di Malaysia ini berdaftar dengan skim rumah pertama ini.

Antara bank bank yang ada adalah:

  • Affin Islamic Bank
  • Alliance Islamic Bank
  • AmBank Islamic
  • Bank Islam
  • Bank Muamalat
  • BSN
  • CIMB ISlamic
  • Hong Leong Islamic Bank
  • Maybank Islamic
  • MBSB
  • OCBC AL Amin Bank
  • Public Bank Islamic
  • RHB Bank Islamic
  • dan lain lain

Anda boleh walk in ke bank yang tersenarai dan mohon untuk membuat pinjaman perumahan dengan menggunakan inisiatif skim bantuan ini.

Info tambahan Kalau Ada CCRIS Ptptn Boleh Apply Loan Rumah Tak?

Submit dokumen yang diminta oleh bank dan tunggu kelulusan loan perumahan anda.

Baca Senarai dokumen untuk memohon loan bank

Saya doakan anda dapat membeli rumah pertama dengan menggunakan skim ini.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang bantuan skim ini anda kena layari SRP laman rasmi ini bagi mendapatkan lebih lagi maklumat secara details.

Maksud Booking Dalam Bahasa Melayu

Adakah boleh buat pengeluaran KWSP jika beli rumah melalui skim rumah pertamaku ini?

Anda masih boleh buat pengeluaran KWSP akaun kedua untuk beli rumah walaupun menggunakan kemudahan skim ini.

Adakah boleh membeli bangunan lain selain daripada rumah melalui skim ini?

Tidak boleh ya, hanya beli rumah sahaja dengan syarat syarat yang telah ditetapkan.

Related Posts