Macam mana nak buat bayaran cukai tanah online jika selama ini asyik bayar di kaunter pejabat sahaja.
Cukai tanah adalah memang akan kena bayar setiap tahun bagi pemilik yang mempunyai geran berdaftar.
Tidak kira anda mempunyai rumah atau tanah pertanian atau tanah kosong tetap akan dikenakan cukai tanah selagi mana ia ada geran.
Bayaran bil cukai tanah hendaklah dibayar setiap tahun pada 1 Januari hingga 31 Mei.
Kalau bayar lepas tarikh tersebut maka pemilik akan kena bayar denda.
Bil cukai tanah boleh dicetak di website Pejabat Tanah yang terlibat
Bayaran cukai tanah juga boleh dibuat secara :
- Tunai
- Cek
- Darf bank
- Kiriman wang
- Wang pos
- Kad Debit
- Kad Kredit
- Kaunter pandu lalu
- Bayaran online melalui perkhidmatan Jompay
Kali ini kita lihat bagaimana kaedah atau cara nak bayar cukai tanah secara online.
Saya akan tunjukkan contoh dengan menggunakan Maybank2u online banking.
Anda boleh gunakan mana mana perbankan online untuk buat bayaran.
Login Ke Online Banking
Layari website Maybank2u login macam biasa.
Masukkan username dan password untuk proses seterusnya.
Pilih Jompay Untuk Pay And Transfer
Klik pada bahagian Pay and Transfer pada bahagian Payee pilih JOMPAY.
Masukkan Biller Code Jompay Pejabat Tanah.
Biller Code Jompay boleh lihat pada bil cukai tanah anda seperti contoh didalam gambar.
Masukkan Nombor Akaun Bil Cukai Tanah
Selepas anda masukkan biller code jompay, satu borang akan muncul.
Isikan maklumat berikut:
- Ref 1 – Nombor akaun bil cukai tanah anda (Nombor akaun rujuk di bil anda)
- Ref -2 Nombor Telefon atau nama pemilik tanah/pembayar
- Jumlah bayaran
Tandakan setuju pada butang Term and Condition kemudian klik Pay.
Selesaikan Bayaran
Kemudian teruskan pembayaran seperti biasa:
- Request Tac nombor
- Dapat SMS Nombor Tac
- Masukkan nombor Tac
- Berjaya buat pembayaran
- Download dan simpan resit di handphone atau laptop anda
- Selesai membuat bayaran
Begitulah proses untuk bayaran cukai tanah online dengan menggunakan perkhidmatan Jompay mudah dan cepat.
Denda Bayaran Lewat
Untuk info tambahan anda, denda dan diskaun bagi setiap Pejabat Tanah Negeri adalah tidak sama tertakluk kepada pengurusan dan keperluan pejabat masing masing.
Pemilik tanah akan dikenakan denda jika lewat buat pembayaran cukai tanah selepas 31 Mei. Walaupun buat bayaran tetap dikenakan denda sebab lepas tarikh 31 Mei.
Malahan ada juga diskaun yang diberikan untuk siapa yang buat bayaran awal, bukan sahaja denda yang dikenakan.
Jika Notis 6A disampaikan, pemilik kena bayar untuk setiap kali penghantaran notis.
Jika tidak bayar juga bil cukai tanah selepas notis 6A dikeluarakan, tanah tersebut boleh dirampas di bawah Syeksen 100 Kanun Tanah Negara 1965.
Pastikan anda sentiasa semak jadual pembayaran cukai tanah anda supaya anda tidak lewat bayar dan akan kena denda nanti.
Rugi kalau kena denda sedangkan anda boleh berjimat bukan senang nak cari duit sekarang ni.
Jika ada apa apa masalah sila rujuk ke Pejabat Tanah yang mendaftarkan geran hakmilik anda.
Lihat juga Cara Bayar Bil Air Online dan Cara Bayar Bil Elektrik Online
Sebelum nak bayar kena tahu buat Semakan Cukai Tanah Online terlebih dahulu.
Tidak sama, cukai tanah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah untuk cukaikan tanah manakala cukai pintu dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan PBT untuk cukaikan setiap unit rumah dalam kawasan pentadbiran mereka.
Anda sebagai pemilik baru boleh ke kaunter Pejabat Tanah dan tukar nama anda di bil cukai tanah tersebut.