Kiraan Loan Rumah LPPSA Untuk Penjawat Awam

kiraan loan rumah lppsa

Jika anda adalah seorang penjawat awam di Malaysia dan nak tahu bagaimana kiraan loan rumah LPPSA secara anggaran teruskan baca di sini.

Mungkin anda sedang mencari cari rumah untuk dibeli dan mahu menggunakan perkhidmatan yang di sediakan oleh kerajaan Malaysia melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam LPPSA sebagai mendapatkan pinjaman bagi loan rumah anda.

Apakah LPPSA?

LPPSA adalah satu badan yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi tujuan memberikan pembiayaan pinjaman kepada penjawat awam yang telah sah dan tetap jawatannya di dalam perkhidmatan awam.

LPPSA adalah pilihan selain daripada bank bagi mendapatkan loan rumah, namun orang bekerja swasta tidak boleh mengunakan perkhidmatan LPPSA ini.

Jadi itu secara ringkas mengenai LPPSA, dan kali ini kita nak kongsi bagaimana anda boleh buat kiraan loan rumah sendiri dan melihat kelayakan dengan menggunakan fungsi kalkulator yang di sediak di laman web LPPSA.

Cara Buat Kiraan Loan Rumah

Untuk masuk ke kalkulator anggaran bulanan LPPSA ada dua tempat yang anda boleh guna:

  1. Anda perlu daftar sebagai penguna free sahaja. Kalkulator ada di sebelah tepi setelah anda login masuk ke bahagian portal pengguna. Link di ni LPPSA Kalkulator.
  2. Tanpa perlu daftar penguna boleh ke sini Ebiz LPPSA

Untuk menggunakan kalkulator LPPSA ini anda kena isikan detail berikut sehingga akhir sehingga mendapat keputusan.

Apa yang anda perlukan adalah slip gaji dan juga harga rumah yang hendak di beli.

Isikan perkara berikut di bawah:

1Tarikh lahir
2Jantina
3Skim Perkhidmatan
4Umur PersaraanBerapa umur nak pencen
5Gaji Bulanan
6Elaun Bulanan Tetap1. Imbuhan tetap khidmat awam/Imbuhan tetap keraian
2. Imbuhan tetap perumahan/Elaun perumahan wilayah
3. Imbuhan tetap jawatan utama/khas
4. Bantuan sara hidup/Bantuan insentif wilayah
5. Elaun memangku
7Potongan WajibJenis Potongan Statutori:
(1) KWSP / EPF
(2) PERKESO / SOCSO
(3) Cukai, Income TaxM)
(4) Arahan Mahkamah / Court Order
(5) Arahan Mahkamah Syariah / Shariah Court Order
(6) Pulangan Gaji / Salary Refund
(7) Bayaran Pinjaman Perumahan Persekutuan /Kerajaan Negeri / Badan Berkanun
*Potongan Lain tidak termasuk potongan zakat, Khas ATM (Potongan Paksa) dan tabungan (Simpanan ASB, Tabung Haji dsb.)
8Potongan Lain LainContohnya: pinjaman peribadi angkasa/koperasi
9Kategori Pembiayaan1. Pembiayaan Pertama
2. Pembiayaan Kedua
10Skim Pembiayan1. Islamic
2. Konventional
(Pilih Islamic)
11Jenis HartaMasukkan jenis rumah yang anda ingin beli
12Status PembinaanSila pilih status pembinaan rumah anda
13Amaun Kontrak PembinaanMasukkan harga rumah yang ingin dibeli
14Amaun Pembiayaan HartaMasukkan harga rumah yang ingin dibeli
15Tempoh Pembayaran
(Dalam kiraan bulan)
Maksimum loan boleh buat adalah sehingga 35 tahun (420 bulan)
16Pemilihan Takaful/Insurans Gadai Janji dan Perlindungan Pemilikan Rumah KediamanPilih Islamic Takaful
17Keputusan PengiraanLayak @ Tidak Layak

Maklumat Keputusan Kiraan Loan

Di bahagian keputusan pengiraan anda akan ditunjukkan maklumat berikut:

  1. Amaun Kontrak Pembinaan / Borang Tempahan / Borang Pembelian / Tawaran Pembelian / Perjanjian Jual Beli (RM)
  2. Amaun Pembiayaan Harta (RM)
  3. Amaun Polisi Pemilikan Rumah (RM)
  4. Amaun Polisi Gadai Janji (RM)
  5. Jumlah Pembiayaan Keseluruhan (RM)
  6. Tempoh Pembiayaan Dimohon (Bulan)
  7. Anggaran Bayaran Bulanan (RM)
  8. Pembiayaan Maksimum (RM)
  9. Tempoh Pembayaran Maksimum (Bulan)
  10. Bayaran Bulanan Maksimum (RM)
  11. Keputusan
  12. Alasan (Jika Tidak Layak)
kiraan loan rumah lppsa

Cara Hubungi LPPSA

Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan whatsapp LPPSA di nombor 03 8880 2121 untuk pertanyaan

  • Cara memohon pinjaman
  • Cara kira kelayakan
  • Mohon semak baki hutang

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Talian Perkhidmatan Pelanggan : 03 – 8880 1600 (Setiap Hari Bekerja Persekutuan)

Sumber info adalah daripada LPPSA

Baca juga info Bagaimana Bayaran Lppsa Kepada Pemaju Di Buat?

Apakah kelebihan menggunakan loan rumah LPPSA?

Kelebihan menggunakan loan rumah melalui LPPSA adalah kiraan loan hanya melihat apa yang ada tertulis didalam slip gaji sahaja. Hutang hutang luar seperti hutang dengan bank tidak diambil kira jika tidak terdapat didalam slip gaji. Untung kan.

Apakah keburukan menggunakan loan LPPSA?

Antara satu kekurangannya adalah anda tidak dapat pilih kadar interest, kadar interest yang dikenakan adalah 4% peratus. Tapi benda ini adalah sangat subjektif bergantung kepada penilaian masing masing

Related Posts