Bagaimanakah cara beli rumah agar tidak tertipu dan hilang duit serta mengalami kerugian.
Banyak kita dengar berita tentang penipuan dalam pembelian rumah di dalam berita dan juga mahupun suratkhabar.
Ada yang mengambil kesempatan di atas pembeli yang ingin membeli rumah.
Ini berlaku lebih lebih bagi pembeli yang baru pertama kali hendak beli rumah.
Pelbagai jenis penipuan yang boleh berlaku berlaku dalam proses pembelian sesebuah rumah ataupun hartanah.
Antaranya yang kita sering dengar adalah penipuan seperti:
- Pemaju lari dan tidak buat projek
- Pemaju tidak wujud sama sekali
- Ejen hartanah menipu penjualan
- Beli tanah yang tidak wujud
Apakah perkara perkara yang anda perlu tahu supaya risiko anda kena tipu dapat dikurangkan dan seterusnya mengelak untuk anda kena tipu.
Apa yang anda perlu tahu adalah secara ringkas proses penjualan rumah dari mula hingga akhir.
Benda ini memang orang awam tidak ambil tahu jika mereka tidak terlibat dalam sebarang pembelian rumah.
Majoriti pula ramai orang yang hanya beli rumah hanya sekali sahaja dalam seumur hidup.
Antara langkah utama yang anda boleh lakukan sebelum nak beli rumah adalah
Semak Kelayakan Loan Perumahan anda
Sebelum nak beli apa jua hartanah perkara pertama yang anda kena lakukan adalah menyemak kelayakan loan untuk gaji anda.
Berapa gaji anda sekarang, berapa gaji kasar, berapa gaji bersih selepas ditolak potongan KWSP dan SOCSO,
berapa pula hutang bulanan anda dengan bank dan berapa komitmen bulanan anda.
Cara mudah untuk semak kelayakan loan adalah dengan terus bertanya dengan pihak bank.
Pihak bank akan tolong kirakan berapa gaji anda yang buat loan dan juga berapa harga rumah yang boleh anda beli dengan keadaan gaji anda sekarang.
Anda juga boleh bertanya tentang jenis jenis pinjaman yang ada seperti pakej loan 100%.
Begitu juga jika anda penjawat awam dan ingin buat loan kerajaan anda boleh kira kelayakan loan anda di website LPSSA melalui kalkulator yang di sediakan.
Mula Mencari Rumah
Lepas dah tahu berapa gaji yang boleh lepas dan berapa harga rumah yang layak anda beli maka langkah seterusnya anda boleh mula mencari rumah.
Anda boleh cari rumah mengikut lokasi dan jenis rumah yang anda kehendaki.
Anda kena pastikan juga anda nak beli rumah baru atau pun rumah second hand (subsale).
Untuk permulaan anda boleh cari di online sahaja kerana lebih mudah.
Anda boleh cari di website jualan rumah seperti mudah.my, iproperties, propertyguru ataupun di facebook marketplace.
Selain itu juga anda boleh ronda sendiri di kawasan perumahan yang ingin anda beli untuk lihat jika ada terdapat rumah yang ingin dijual.
Jika dah jumpa rumah yang berkenan anda boleh setkan masa untuk tengok rumah terlebih dahulu.
Lakukan inspection rumah sebelum anda buat keputusan untuk membeli.
Anda boleh beli rumah daripada
- Pemaju perumahan
- Perunding hartanah
- Tuan rumah (dia jual sendiri)
- Agensi kerajaan seperti anak syarikat kerajaan negeri.
Jika beli dengan pemaju pastikan anda semak track rekod mereka dan pergi ke pejabat mereka untuk berjumpa dan lihat lokasi projek.
Begitu juga jika anda beli daripada perunding hartanah, pastikan syarikat mereka berdaftar dan ada lesen yang sah.
Anda boleh semak juga jika mereka ada website rasmi, facebook page, jika ada anda boleh baca maklumat maklumat yang ada dalam website mereka.
Kalau anda berurusan dengan tuan rumah pastikan anda simpan semua dokumen pembayaran yang anda telah lakukan kepada tuan rumah seperti bukti bayaran booking rumah.
Ataupun anda boleh gunakan khidmat peguam yang dilantik untuk buat bayaran booking.
Apabila dah setuju untuk beli rumah pastikan anda bayar booking untuk tempah rumah tersebut.
Pastikan anda isi borang booking dan dapatkan resit pembayaran.
Pada masa ini anda dah boleh submit loan ke bank.
Dapatkan Khidmat Peguam Hartanah
Jika anda beli daripada pemaju perumahan mereka sudah ada peguam yang dilantik oleh mereka.
Begitu juga dengan perunding hartanah mereka juga sudah ada peguam yang dilantik oleh mereka.
Jadi kerja anda lebih mudah. Namun jika anda beli rumah terus daripada tuan rumah anda kena cari peguam sendiri.
Pastikan anda cari peguam hartanah yang betul. Tanya kawan kawan anda yang pernah beli rumah sebelum ini jika mereka ada kenal mana mana peguam.
Ataupun jika anda ada kenalan yang bekerja sebagai peguam atau kerja di syarikat peguam hartaah maka ianya akan lebih mudah.
Jika anda cari sendiri anda boleh cari di online dan boleh buat temujanji untuk jumpa mereka.
Semasa berjumpa peguam yang ingin dilantik anda boleh bertanya semua soalan yang berkaitan dengan proses pembelian rumah.
Apa yang penting yang perlu di tanya adalah berapa kos yang diperlukan untuk melantik mereka untuk menguruskan proses pembelian rumah.
Bilakah dan bagaimanakah pembayaran boleh dilakukan sehingga proses selesai hingga tukar hakmilik dan serahan rumah dilakukan.
Lepas loan dah lulus daripada bank, peguam akan sediakan perjanjian jual beli untuk pembeli dan penjual tandatangan.
Selepas semua sign, pihak peguam akan matikan setem di LHDN kemudian seterusnya berurusan dengan pejabat tanah untuk proses tukar nama hakmilik di dalam geran.
Selepas selesai anda pembeli akan diserahkan kunci untuk masuk rumah.
Semasa anda jumpa semua yang terlibat di atas pastikan anda kumpul semua maklumat yang penting supaya dapat elakkan penipuan daripada berlaku.
Simpan semua transaksi pembayaran yang dilakukan oleh anda kepada semua pihak yang terlibat.
Urusan proses pembelian rumah memang akan memakan masa yang agak lama, mungkin 4 ke 6 bulan.
Jadi pastikan anda sediakan satu fail khas untuk simpan semua bukti bayaran, borang dan apa jua surat menyurat yang anda telah dapat.
Dengan adanya fail khas untuk simpan semua dokumen akan memudahkan anda untuk berurusan jika berlaku apa apa masalah kehadapan.
Jadilah Pembeli Yang Bijak
Jadilah pembeli yang sentiasa berwaspada dan bijak sebelum berurusan dengan sesiapa sekalipun lebih lebih lagi melibatkan hal hal duit ini.
Membeli rumah bukannya selalu, mungkin hanya beli sekali sahaja dalam seumur hidup.
Kesian yang kena tipu duit mereka hilang begitu sahaja sedangkan mereka teruk bekerja untuk kumpul duit semata mata nak beli rumah.
Jadi sebolehnya kita tidak mahu terkena tipu dengan sesiapa pun dan begitu juga kita harap orang lain juga tidak mudah tertipu dalam urusan jual beli rumah ini.
Sekarang anda dah tahu serba sedikit tentang bagaimana cara beli rumah agar tidak tertipu, maka selepas ini anda lebih berwaspada.
Maka anda harus lebih berhati hati supaya anda yang baru nak membeli rumah ini, tidak juga menjadi mangsa penipuan orang yang tidak bertanggung jawab.
Anda boleh meminta bantuan peguam hartanah untuk memeriksa segala peraturan undang-undang berkaitan rumah yang ingin dibeli.
Ya, adalah penting untuk membuat pemeriksaan kelayakan kewangan untuk memastikan anda mampu membayar ansuran pinjaman perumahan.