Cara Nak Jual Rumah Yang Belum Habis Bayar

cara nak jual rumah yang belum habis bayar

Anda bercadang nak beli rumah baru tapi sebelum tu nak tahu juga bagaimana cara nak jual rumah yang belum habis bayar.

Mungkin anda tiba tiba ada rezeki lebih mungkin anda baru naik gaji dan memang ada rancangan untuk cari rumah baru sebelum ini.

Mungkin anda nak cari rumah yang lebih luas dan selesa ataupun anda dah sampai masanya nak beli rumah idaman anda.

Sebelum ini mungkin anda duduk di rumah teres dan sekarang teringin upgrade ke rumah bekembar ataupun sesebuah.

Memang nak beli rumah baru tapi rumah yang tengah duduk sekarang ni hutang bank masih belum habis bayar.

Ok, untuk situasi begini anda sebenarnya tiada masalah untuk menjual rumah yang anda beli sekarang walaupun belum habis bayar lagi.

Langkah langkah yang anda perlu lakukan adalah:

Semak Nilai Pasaran Semasa Rumah

Sebelum anda buat keputusan untuk menjual pastikan anda semak dulu berapa nilai pasaran semasa rumah yang anda ingin jual.

nilai pasaran semasa rumah

Ini adalah penting bagi melihat sama ada terdapat perbezaan ataupun kenaikan harga pasaran sekarang berbanding dengan harga yang anda beli sebelum ini.

Anda boleh semak sendiri harga pasaran rumah anda dengan penilai hartanah berdaftar berdekatan dengan lokasi anda.

Untuk semak nilai pasaran rumah ia adalah percuma sahaja. Anda call pihak penilai hartanah dan tanya secara verbal berapa harga nilaian semasa.

Tidak perlu buat laporan penilaian hartanah sebab anda hanya nak tahu anggaran kasar sahaja terlebih dahulu.

Cek Baki Hutang Pinjaman Perumahan

Tindakan kedua yang anda perlu lakukan adalah semak berapa baki hutang yang masih ada dengan bank yang anda buat pinjaman perumahan sebelum ini.

Pastikan anda masih simpan salinan perjanjian jual beli yang disediakan oleh peguam hartanah anda.

Anda perlu bertanya kepada bank berapa baki hutang dan juga adakah anda akan dikenakan sebarang penalty jika ingin menjual rumah ini.

Penalti ini berlaku jika loan perumahan yang anda ambil ada “Lock in Period”. Contohnya anda tidak boleh menyelesaikan hutang rumah ini dalam tempoh 5 tahun pertama.

Maksud menyelesaikan hutang ini adalah anda jual rumah tersebut dan selesaikan semua hutang yang berbaki.

Dengan pihak bank juga anda boleh minta mereka tolong semakkan berapa nilai pasaran semasa harag rumah anda.

Bank ada senarai panel penilai hartanah yang mereka sering berikan kes untuk buat penilaian hartanah, ini juga boleh membantu anda.

Anda juga perlu semak sama ada harga rumah yang anda ingin jual tersebut boleh selesaikan semua hutang yang anda.

Jangan pula anda perlu topup cari duit pula untuk bayar baki hutang.

Sebolehnya harga pasaran semasa rumah anda boleh selesaikan semua baki hutang yang masih anda tanpa anda perlu topup lagi.

Sebagai contoh pengiraan mudah adalah nilai pasaran semasa tolak dengan baki hutang hutang bank.

Nilai pasaran semasa rumah anda RM 300,000

Baki hutang bank RM 250,000

RM 300,000 – RM 250,000 = RM 50,000

Jadi anda masih ada baki di tangan RM 50,000 jika anda menjual rumah yang ada sekarang.

cara jual rumah

Mula Menjual Rumah

Untuk jual rumah anda boleh pilih sama ada anda nak jual sendiri atau anda nak lantik ejen hartanah bagi pihak anda.

Jika anda nak mudah anda boleh lantik ejen hartanah mereka akan uruskan semua proses jual beli rumah hingga selesai.

 jual rumah

Anda tidak perlu buat apa apa hanya tunggu mereka dapatkan pembeli sahaja.

Cuma anda kena bayar komisen atau caj perkhidmatan kepada mereka sebanyak 3% daripada harga jualan.

Kalau rumah harga RM 300,000 komisen kena bayar adalah RM 9,000 tidak termasuk cukai.

Pilihan ditangan anda.

Bayar Baki Hutang Dengan Bank

Siapa yang akan bayar hutang rumah yang masih berbaki dengan bank.

Duit daripada pihak pembeli rumah anda yang bayarkan hutang bank anda.

Setelah anda dapat pembeli, dah lulus loan dan sign perjanjian jual beli dan dah proses tukar nama dalam geran.

bayar hutang rumah

Maka pihak bank pembeli akan buat setellment baki hutang anda dengan pihak bank anda yang terdahulu.

Untuk proses ini anda kena jual dahulu rumah anda yang masih ada hutang dengan bank, kalau belum jual memang tidak akan berlaku situasi ini.

Kalau anda nak beli rumah baru tanpa jual rumah sedia ada pun boleh namun pastikan kelayakan loan anda boleh lepas sebab bank akan masih kira hutang rumah yang sedia ada.

Kalau anda layak anda boleh teruskan dengan beli rumah baru tanpa perlu jual rumah yang sedia ada, namun jika tidak layak anda perlu jual terlebih dahulu sehingga selesai kemudian baru boleh apply loan untuk rumah baru.

Jadi sebenarnya tidak ada masalah untuk anda nak jual rumah belum habis bayar

Yang penting anda tahu langkah langkah yang perlu dilakukan supaya tidak tersilap.

Belajar bagaimana cara nak jual rumah yang belum habis bayar di marketplace Facebook

Kesimpulan

Apa yang kita boleh fahami daripada isu ini adalah jika kita ingin menjual rumah yang belum habis dibayar maka kita perlu teliti terlebih dahulu perkara perkara yang telah disenaraikan di atas ini.

Ini adalah supaya proses penjualan dapat berjalan lancar dan tidak akan berlaku kesalahan pada masa hadapan.

Apa jadi jika jual rumah sebelum 5 tahun?

Jika loan perumahan anda dengan bank ada “Lock in Period” anda akan dikenakan caj penalti sebab jual rumah sebelum lepas tempoh Lock In Period, jika tidak ada Lock In Period tidak ada masalah anda boleh jimat daripada kena bayar penalti.

Bagaimana cara cara jual rumah dengan cepat?

Cara nak jual rumah dengan cepat adalah pastikan anda tidak jual rumah melebihi harga pasaran semasa, kalau harga lagi rendah daripada pasaran semasa lagi bagus lagi ramai yang berminat. Pastikan rumah anda dalam keadaan yang baik, repair semua kerosakan dan lakukan marketing online dan offline. Jika anda nak cepat lagi boleh tambah satu lagi cara iaitu dengan melantik perunding hartanah.

Related Posts