
Bagaimanakah cara buat online banking BSN bagi pengguna yang baru membuka akaun.
BSN atau nama panjangnya adalah Bank Simpanan Nasional adalah antara bank yang paling terawal ditubuhkan di dalam Malaysia.
Mempunyai banyak cawangan daripada serata lokasi dari bandar bandar besar sehinggalah pekan pekan kecil.
Bank Simpanan Nasional adalah bank yang mana banyak duit bantuan daripada kerajaan di salurkan melalui bank ini.
Jadi memang ramailah pengguna akaun BSN termasuk daripada golongan warga emas.
Jika anda pengguna akaun Bank Simpanan Nasional ada juga boleh mendaftar untuk menggunakan perbankan online yang disediakan oleh pihak BSN.
Jadi kali ini kita lihat bagaimana cara nak daftar online banking BSN
Baca juga nanti cara Cara Nak Buat Online Banking Bank Islam dan Cara Nak Daftar Maybank2u
Follow my blog with BloglovinDaftar Online Banking BSN
Untuk mendaftar sebagai pengguna internet banking BSN anda boleh ikuti langkah langkah berikut.
1. Layari website rasmi internet banking BSN iaitu mybsn
2. Selepas masuk ke website tersebut klik pada Register
3. Pada bahagian First Time Registration akan ditunjukkan detail Terms and Conditions. Tandakan Accept dan klik Next.
4. Sebelum teruskan pastikan anda dah ada keperluan berikut untuk buat pendaftaran:
- Debit kad atau Kredit kad nombor
- Nombor pin kad bank
- Nombor telefon yang telah didaftarkan.

Jika tiada antara keperluan diatas maka anda tidak boleh teruskan mendaftar.
5. Seterusnya masukkan nombor kad bank anda 16 digit
6. Kemudian masukkan CVV2 number 3 angka. Nombor CVV2 terdapat pada bahagian belakang kad bank BSN anda.
7. Masukkan tarikh tamat/expired kad bank anda.
8. Masukkan nombor kad pengenalan @ nombor passport ataupun nombor military. Pilih salah satu seperti yang didaftarkan semasa pembukaan akaun bank.
9. Selepas dah selesai isi semua itu klik Next
10. Cipta Username dan Password anda.
11. Request OTP number, number ini akan dihantar melalui sms ke handphone anda.
12. Selepas dapat nombor OTP masukkan number tersebut diruang yang disediakan
13. Kemudian pilih Online Image tekan Submit
14. Selepas selesai pada peringkat ini anda boleh login menggunakan Username dan Password anda.
15. Sebelum boleh guna online banking BSN anda akan diminta untuk isi maklumat peribadi terlebih dahulu seperti:
- Nama
- Nombor handphone
- Alternative number
- Alamat
- Tarikh lahir
- Bangsa
- Agama
- Pekerjaan
apabila dah siap isi tekan Next
16. Seterusnya anda kena setkan secret question dan answer. Pilih soalan dan masukkan jawapan kemudian tekan submit.
17. Selesai daftar akaun online BSN anda, dan sistem akan paparkan bahagian akaun bsn anda dan boleh terus guna perkhidmatan ini.
Begitulah cara buat online banking BSN Bank Simpanan Nasional langkah demi langkah.
Walaupun stepnya agak panjang namun tidak mengapa ia hanya perlu buat sekali sahaja semasa pendaftaran.
Mesti berumur 18 untuk buka akaun BSN dan boleh menggunakan perkhidmatan online banking
Website rasmi online banking BSN adalah https://www.mybsn.com.my