Cara Nak Buat Online Banking Bank Islam

cara nak buat online banking bank islam

Bagaimana cara nak buat online banking bank Islam jika anda adalah pengguna baru kepada bank ini.

Untuk para pengguna bank Islam anda juga adalah disyorkan untuk mendaftar dan menggunakan perkhidmatan online banking yang disediakan oleh bank Islam.

Banyak kemudahan kemudahan yang boleh didapati dengan menggunakan internet banking ini pada masa sekarang.

Semua transaksi perbankan akan jadi lebih mudah dan senang setiap masa bila bila diperlukan tanpa perlu ke bank walaupun pada hari cuti.

Daftar Online Banking Melalui Bankislam.biz

Untuk daftar online banking bank Islam anda boleh ikuti step by step di bawah ini.

1.Layari portal rasmi bank Islam online iaitu bankislam.biz

2. Selepas masuk ke website tersebut cari dan klik pada First Time User

3. Kemudian tandakan setuju pada ruang Terms and Conditions dengan syarat syarat yang telah ditetapkan oleh bank, klik Continue

4. Seterusnya pilih jenis kad bank anda sama ada Kad Debit atau Kad Kredit, klik Continue

5. Seterusnya masukkan 16 digit nombor kad bank Islam anda.

6. Masukkan nombor pin kad kemudian tekan Continue

7. Kemudian anda akan diminta untuk isikan maklumat berikut:

  • Cipta User Id anda
  • Password
  • Confirmkan password
  • Masukkan Email
  • Masukkan nombor handphone
  • Cipta Private Word and Image
  • Buat Secret Questions and Answers

Selepas dah isikan semua maklumat di atas tekan Submit.

8. Anda akan diminta untuk review semua detail yang telah diisikan.

9. Kalau semua dah ok tekan Confirm

Selesai membuat pendaftaran untuk menggunakan akaun bank Islam secara online.

Seterusnya anda boleh login masuk ke akaunbank Islam anda.

Register Aplikasi Go Bank Islam

Setelah anda berjaya daftar akaun internet banking bank Islam seterusnya anda boleh daftar pula aplikasi go by Bank Islam .

Pada masa ini penggunaan aplikasi ini adalah pilihan kepada pengguna sebab anda masih boleh gunakan internet banking di website bankislam.biz walaupun tiada aplikasi ini.

Nak guna pun boleh tak nak guna pun boleh.

Untuk menggunakan aplikasi go by bank Islam ini anda boleh ikut langkah langkah seterusnya di bawah ini.

1.Download dan install aplikasi go by Bank Islam di App store atau Google Play

2. Buka aplikasi tersebut dan klik Get Started

3. Kemudian klik I Agree pada Terma Dan Syarat

4. Kemudian masukkan User Id anda dan klik Continue

5. Klik “Yes It Mine” jika betul User Id yang anda masukkan tadi.

6. Langkah seterusnya masukkan Password dan Nombor Kad Pengenalan untuk login masuk ke akaun bank Islam anda.

7. 6 digit I Access Code IAC akan di hantar melalui sms ke handphone anda.

8. Masukkan nombor 6 digit tersebut dan berjaya daftar dan masuk ke akaun anda melalui aplikasi go bank Islam.

Jadi begitulah untuk para pengguna untuk tahu cara nak buat online banking bank Islam untuk mulakan buat pendaftaran.

Baca juga cara Cara Register Cimb Click

Berapa nombor telefon bank Islam online banking customer service?

Bank Islam Contact Centre at 03-26 900 900 (24hours/7days)

Bagaimana nak semak penyata Bank Islam?

Untuk menyemak penyata Bank Islam anda boleh baca caranya di sini Semakan Penyata Bank Islam Online

Related Posts