Bagaimana cara nak daftar Maybank2u untuk membolehkan menggunakna transaksi secara online.
Bank Maybank juga ada menyediakan perkhidmatan secara online melalui platform yang dikenali dengan Maybank2u.
Pengguna akaun Maybank digalakkan untuk mendaftar dan menggunakan Maybank2u selepas membuka akaun di kaunter.
Dengan mendaftar Maybank2u akan memudahkan lebih banyak urusan berkaitan akaun bank boleh dilakukan didalam talian secara online.
Memang semua bank bank pada ketika ini mempunyai sebuah platform online bagi pengguna mereka untuk membuat sebarang trasaksi.
Jadi jika anda ingin mendaftar atau membuka akaun dengan Maybank jangan lupa untuk daftar sekali Maybank2u untuk digunakan secara online.
Selepas anda membuka akaun Maybank dikaunter pastikan anda update dan gunakan nombor telefon bimbit yang sama untuk daftar akaun Maybank2u.
Jika anda pengguna lama akaun maybank2u dan tak pasti nombor mana yang anda guna anda boleh update di ATM mesin Maybank berhampiran anda.
Daftar Maybank2u Secara Online
Penting untuk daftar dan kemaskini nombor telefon kerana semasa pendaftaran Maybank2u nombor TAC akan dihantar ke SMS handphone anda.
Jadi jika anda tak dapat nombor TAC melalui SMS maka anda tak boleh membuat pendaftaran Maybank2u secara online.
Jika semuanya dah ok boleh lihat langkah langkah di bawah bagaimana nak daftar Maybank2u secara online.
1. Layari website utama www.maybank2u.com.my untuk mendaftar
2. Klik pada bahagian Register Now pada bahagian sebelah kanan website maybank2u
3. Masukkan nombor kad bank anda 16 digit
4. Masukkan 6 angka nombor pin kad bank anda
5. Kemudian tandakan setuju pada bahagian Terms & Conditions dan klik Continue
6. Nombor TAC akan dihantar ke SMS handphone anda
7. Cipta Username dan Password Maybank2u anda serta masukkan email.
- Password hendaklah mempunyai minimum 8 aksara dan maksimum 12 aksara
- Mesti mengandungi sekurang kurangnya 1 upper case letter, 1 lower case letter dan 1 special character
- Tidak boleh mengandungi 3 consecutive characters seperti 123, abc
- Tidak mengandungi space
- dan tidak boleh sama dengan Username atau security phase
8. Masukkan nombor TAC yang dihantar ke handphone anda kemudian tekan confirm
9. Setup Security Image, Security Phrases dan juga setup Question And Answer kemudian klik Done
10. Selesai pendaftaran akaun maybank2u anda dan boleh login untuk digunakan.
Sekarang dah berjaya daftar Maybank2u dan anda boleh cuba login dengan menggunakan username dan password yang anda daftarkan tadi.
Pelbagai Kemudahan Menggunakan Maybank2u
Dalam maybank2u online anda boleh semak baki duit anda, transfer duit dan juga membuat pembayaran bil secara online.
Pengguna maybank juga boleh menggunakan aplikasi maybank2u yang boleh di download di Appstore atau di Google Store.
Penggunaan Maybank2u di apps dan website adalah hampir sama fungsinya.
Semoga perkongsian cara nak daftar maybank2u ini memberi manfaat kepada anda yang membacanya sampai di sini.
Semak Baki Duit Dalam Akaun Maybank
Boleh, anda boleh terus buat pendaftaran melalui online di Maybank2u
Nombor akaun Maybank mengandungi 12 digit nombor