Bagimanakah cara buat public bank online banking supaya senang nak semak baki atau transfer duit dengan handphone sahaja.
Bagi anda yang baru jadi pengguna kepada bank Public Bank atau dah lama ada akaun dengan bank ini, anda amat disyorkan untuk buat online akaun Pbe Bank.
Ini adalah bertujuan bagi memudahkan anda sebagai pengguna untuk membuat apa jua transaksi perbankan dengan lebih mudah dan pantas dihujung jari sahaja.
Jadi anda boleh membuat transaksi dalam akaun bank anda walauupun pada hari cuti umum sekalipun.
Jadi bagi yang baru bermula nak daftar akaun online boleh lihat langkah seterusnya dibawah ini.
Register Dengan Kad Bank Publik Bank
1. Layari website https://www.pbebank.com/
2. Pada bahagian atas sebelah kanan website klik Login kemudian klik PBe
3. Kemudian klik pada bahagian Register
4. Pilih register with your ATM Card
5. Masukkan nombor kad ATM anda 16 digit
6. Kemudian masukkan nombor pin kad ATM anda
7. Masukkan kad pengenalan anda.
8. Kemudian masukkan security code yang dipaparkan pada borang online.
9. Tekan butang accept kemudian klik Next
10. Cipta New User ID anda maksimum 12 aksara
11. Cipta password 8 hingga 12 akasara.
12. Confirm Password anda
13. Pilih Memorable Question dan Answer
14. Cipta Memorable Login Phrase anda minimum 13 hingga 20 aksara. Jangan guna user Id atau password anda.
15. Masukkan alamat email anda kemudian tekan confirm.
16. Masukkan nombor PAC yang telah dihantar ke SMS handphone anda tadi kemudian tekan Next.
17.Pendaftaran Berjaya dilakukan dan anda sudah boleh gunakan online banking public bank sekarang
Daftar Dengan Temporary ID Username Or Password
Bagi menggunakan pengaktifan melalui kaedah ini anda kena dapatkan terlebih dahulu Temporary Id dan Password di kaunter Publik Bank.
1. Masuk ke https://www.pbebank.com/
2. Klik Login kemudian klik Pbe
3. Kemudian klik pada bahagian Register
4. Pilih pada bahagian Register With Temporary ID and Password
5. Masukkan Temporary Id/Id Sementara dan Password sementara
6. Masukkan security code seperti yang tertera di skrin
7. Tandakan pada butang I hereby acknowledge that I have read and accepted the PBe Terms & Conditions. Klik next
8. Buat New User ID anda maksimum 12 aksara
9. Cipta password 8 hingga 12 akasara.
10. Confirmkan sekali lagi Password anda
11. Cipta dan Pilih Memorable Question dan Answer
12. Buat Memorable Login Phrase anda minimum 13 hingga 20 aksara. Jangan guna user Id atau password anda.
13. Masukkan email anda yang sah kemudian tekan confirm.
14. Masukkan nombor PAC yang telah dihantar ke SMS handphone anda tadi kemudian tekan Next.
15. Selesai membuat pendaftaran dan boleh terus login ke akaun anda.
Jadi begitulah 2 cara buat online banking public bank yang mana anda boleh pilih untuk lakukan mengikut kesesuaian dengan anda.
Adakah Ccris Ptptn Boleh Apply Loan Kereta
Pengguna boleh melalukannya di website rasmi mereka iaitu https://www.pbebank.com/
Sebagai pengguna baharu anda boleh terus daftar online banking hanya secara online sahaja di webste Public Bank.