Bank Rakyat Online Banking Registration

bank rakyat online banking registration

Bank Rakyat online banking registration untuk panduan kepada pengguna jika ingin mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan ini.

Cara buat online banking bank rakyat ini adalah terbahagai kepada 2 yang mana anda boleh pilih cara yang sesuai dengan anda.

Sebagai pengguna akaun bank rakyat anda boleh daftarkan akaun online bank rakyat sama ada menggunakan kad bank anda ataupun menggunakan temporary ID.

Boleh ikut step seterusnya di bawah ini untuk maklumat lanjut.

Register Online Bank Rakyat Menggunakan Kad Debit

Untuk register menggunakan kad debit atau kad kredit bank rakyat, anda boleh ikut langkah langkah atau step dibawah ini untuk rujukan lanjut.

1. Layari website rasmi perbankan online bank rakyat di https://www.irakyat.com.my/

2. Kemudian pada sebelah kanan bahagian atas website klik Login

3. Pilih Personal Banking

4. Kemudian pilih pada bahagian Register

5. Pada Select Your Account Type pilih pada kotak ” I have a Bank Rakyat Kad Debit-i / Credit Card-i

6. Pilih jenis kad bank anda sama ada kad debit atau kad kredit bank rakyat

7. Kemudian masukkan Kad Debit-i Number 16 digit. Nombor kad ada pada bahagian depan kad bank.

8. Masukkan Mobile Phone Number anda

9. Kemudian masukkan nombor pin 6 angka kad bank rakyat anda.

10. Pilih cawangan bank rakyat mana yang anda buka akaun serta negeri kemudian klik Next

11. Nombor TAC akan dihantar melalui SMS ke handphone anda. Masukkan nombor TAC tersebut kemudian klik Submit

12. Seterusnya cipta Username anda ( Minimum 6 -12 alphanumeric) Gabungan nombor, huruf besar dan huruf kecil.

13. Cipta password dan confirmkan password akaun anda.

14. Masukkan email address anda.

15. Pada bahagian Preferred Name boleh masukkan nama anda

16. Cipta Secure Phrase anda (20 aksara)

17. Pilih Secure Color ikut kegemaran anda

18. Tandakan pada butang Accept di atas Terma dan Syarat yang ditetapkan oleh Bank Rakyat

19. Kemudian klik Submit

20. Selesai bank rakyat online banking registration anda sehingga last step ini.

21. Boleh cuba login untuk masuk ke akaun anda menggunakan Username dan Password yang telah di daftarkan tadi.

Daftar Melalui Temporary ID

Cara kedua untuk mendaftar online akaun bank rakyat adalah menggunakan temporary id.

Temporary id ini anda perlu masukkan semasa nak daftar akaun online kemudian perlu tukar kepada Id baru dan password baru anda.

Boleh ikuti langlah langkah dibawah ini.

1. Masuk ke website rasmi online bank rakyat di https://www.irakyat.com.my/

2. Kemudian klik Login

3. Klik Personal Banking

4. Kemudian pilih pada bahagian Register

5. Pada Select Your Account Type pilih pada bahagian “I don’t have any Bank Rakyat Cards, I will register via Temporary ID”

6. Masukkan Temporary ID dan Nombor TAC dan klik Submit

  • Temporary ID boleh didapati dengan buat panggilan di Customer Service Representative di nombor 1-300-80-5454.
  • Nombor telefon anda mestilah nombor yang telah didaftarkan semasa membuka akaun dikaunter bank rakyat.
  • Anda akan terima Transaction Authorization Code (TAC) melalui SMS melalui nombor telefon anda.

7. Seterusnya buat Username anda ( Minimum 6 -12 alphanumeric) Gabunganan nombor, huruf besar dan huruf kecil.

8. Buat password dan confirmkan password akaun anda sekali lagi.

9. Masukkan email address anda yang betul.

10. Dekat bahagian Preferred Name boleh masukkan nama anda

11. Buat Secure Phrase (20 aksara)

12. Tentukan Secure Color ikut kegemaran anda

13. Tandakan pada butang Accept pada persetujuan Terma dan Syarat yang telah ditetapkan oleh Bank Rakyat

14. Kemudian klik Submit, selesai pendaftaran online akaun bank rakyat anda.

Begitulah 2 cara bagaimana nak daftar online banking bank rakyat yang anda boleh buat.

Semoga perkongsian ini akan memudahkan anda untuk mendaftar.

Klik sini kalau nak buat Semakan Baki Akaun Bank Rakyat Online

Baca juga Cara Buat Online Banking Public Bank dan Cara Semak Penyata Bank BSN

Berapa kaedah atau cara untuk daftar online banking Bank Rakyat?

Terdapat 2 cara untuk daftar online banking Bank Rakyat iaitu samada melalui daftar online menggunakan kad ataupun daftar melalui Temporary ID

Apakah nama online banking bagi bank Rakyat?

Portal online banking bagi bank rakyat adalah https://www.irakyat.com.my/

Related Posts