semak harga rumah online

Bagaimana cara nak semak harga rumah online sama ada untuk menjual ataupun membeli rumah.

Setiap masa, pasaran hartanah berubah dari tahun ke setahun. Permintaan untuk rumah tidak pernah susut sebab ia merupakan satu keperluan dalam hidup manusia.

Semua manusia perlukan rumah untuk duduk siang dan malam sama ada kita menyewa ataupun duduk rumah sendiri.

Sebelum anda ingin menjual rumah ataupun membeli rumah, antara perkara utama yang perlu dilakukan terlebih dahulu adalah untuk mengetahui harga pasaran rumah tersebut.

Untuk permulaan bagi mengetahui harga rumah secara anggaran dengan mudah adalah dengan melakukan sendiri secara online sahaja.

Jadi dekat mana nak semak harga rumah secara online ini?

Portal Mudah.my

Paling mudah sekali untuk tengok purata harga rumah yang dijual adalah dengan menggunakan website marketplace mudah.my.

Disini anda boleh mengetahui berapa harga rumah yang sedang dijual didalam pasaran sama ada oleh pemilik sendiri ataupun melalui ejen hartanah.

Anda tentukan dulu apa jenis rumah anda dan juga lokasi rumah anda.

Anda masuk ke website mudah.my kemudian pilih pada bahagian property.

semak harga rumah online di mudah.my

Pada bahagian ini anda boleh gunakan tool carian ini untuk tapi data yang anda inginkan.

  1. Bahagian Ad Type

Anda boleh pilih sama ada subsale, new property ataupun auction

  • Bahagian All Property Type

Anda boleh pilih sama ada apartment, houses, commercial property ataupun land

  • Bahagian loakasi anda boleh masukkan negeri anda dan juga boleh letakkan specific kawasan tempat rumah anda

Dah siap semua setting tersebut kemudian tekan butang search.

Hasil yang saya buat carian seperti yang saya ingin lakukan telah menunjukkan ada 11 property di kawasan yang sedang dijual di dalam kawasan dan jenis rumah yang saya pilih.

Jadi dari sini ada boleh survey anggaran berapa harga rumah yang sedang dijual sekarang di kawasan anda.

Anda juga boleh lakukan perkara yang sama bagi semua website jual beli yang ada dalam Malaysia, ini dalah sebagai satu contoh sahaja.

Anda boleh lakukan pencarian di website website jual beli hartanah yang lain juga sama seperti di atas untuk melihat harga jual rumah di dalam pasaran.

Untuk melihat website website tersebut saya sudah senaraikan di website ini. Anda boleh klik sini Senarai Website Jual Beli Rumah untuk melihat senarai tersebut.

cara semak harga rumah online

Apa yang penting untuk anda faham adalah harga yang dijual dipasaran yang anda lihat nanti bukanlah semestinya ia harga pasaran semasa sesuatu rumah di kawasan tersebut.

Tujuan kita buat semakan harga rumah online ini adalah untuk sebagai panduan awal berapa harga yang sedang ditawarkan dalam pasaran.

Tanya Penilai Hartanah Berdaftar

Untuk tahu dengan lebih tepat harga pasaran rumah adalah dengan bertanya kepada pihak jurunilai berdaftar di kawasan anda.

Anda hanya perlu telefon mereka dan bertanya berapa harga pasaran rumah di kawasan anda.

Pengalaman saya free sahaja jika ingin bertanya secara verbal harga rumah, kalau nak buat laporan penilaian baru kena bayar.

Selain itu anda juga boleh bertanya kepada ejen hartanah yang ada di kawasan setempat anda, mereka juga boleh membantu mengenal pasti harga rumah di kawasan anda.

Ejen hartanah juga akan bertanya kepada penilai hartanah berdaftar untuk kenal pasti harga.

Portal brickz.my

Untuk laman website brickz.my adalah berbeza pula penggunaan dan tujuannya.

Disini akan menunjukkan transaksi pembelian yang telah berlaku di dalam sesuatu kawasan.

Anda boleh semak juga berapa transaksi jual beli yang telah berlaku yang telah lepas pada tahun tahun sebelumnya.

transaksi harga rumah di brickz.my

Portal ini berbayar namun anda boleh lihat juga data pembelian di sini namun ianya adalah terhad.

Data data didalam brickz.my juga boleh membantu anda untuk anda tahu berapa harga yang patut anda jual dan beli supaya ianya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda membuat carian harga rumah.

Adakah dengan menyemak harga rumah sendiri online ini dikira sah,

Tujuan semakan ini adalah untuk melihat harga anggaran semasa sahaja, untuk mendapatkan harga yang sah dan diperakui dalam undang undang anda kena lantik penilai hartanah untuk sediakan laporan penilaian hartanah.

Adakah cara atau kaedah lain untuk semak harga rumah?

Anda boleh call penilai hartanah swasta dan buat pertanyaan tentang harga rumah yang anda ingin tahu.

Related Posts