cara jual rumah tanpa agen

Bagaimanakah kaedah kaedah atau cara jual rumah tanpa agen jika anda ingin melakukannya sendiri.

Dalam erti kata yang lain anda ingin menjual dengan sendirinya rumah anda tanpa melibatkan mana mana pihak ketiga.

Sebenarnya jika sesiapa pun ingin menjual rumah sebenarnya mereka boleh sahaja menjual dengan sendirinya tanpa melantik mana mana agen hartanah untuk menjual bagi pihak mereka.

Mungkin bagi sesetengah orang mereka berpendapat jika mereka boleh jual sendiri maka mereka akan dapat jimat untuk membayar fee atau pun komisyen kepada agen hartanah.

Komisen Ejen Jual Rumah

Untuk makluman anda semua komisyen agen hartanah adalah sebaganyak 3.18 % termasuk cukai daripada harga jualan rumah.

Sebagai contoh jika anda ingin menjual rumah anda dengan harga RM 200,000 maka komisyen agen hartanah yang anda perlu bayar adalah sebanyak RM 6,360 termasuk cukai.

RM 200,000 x 3.18 = RM 6,360

Jadi di sini anda boleh jimat sebanyak RM 6360 jika berdasarkan perkiraan di atas.

Namun jika anda hanya lihat kepada penjimatan tersebut anda perlu juga lihat seterusnya kepada kerja kerja jualan yang anda terpaksa lakukan sendiri.

Berbeza jika anda melantik mana mana agen hartanah semua kerja kerja jualan, dapatkan loan dan peguam akan mereka uruskan tanpa anda perlu fikir dan tidak akan mengganggu anda.

Anda perlu pilih jika anda nak jual rumah sendiri maka anda kena buat kerja kerja tersebut.

Tetapi jika anda serah kepada agen hartanah anda hanya perlu bayar komisyen kepada mereka tetapi anda tak perlu buat apa apa kerja.

Kelebihan jual rumah tanpa agen

  • Anda boleh jimat bayar komisyen kepada agen hartanah
  • Anda boleh uruskan semua proses penjualan daripada awal hingga akhir.
  • Semua perkara di dalam kawalan anda.

Kekurangan jika jual rumah sendiri

  • Perlu uruskan semua kerja, maka banyak kerja kerja yang anda perlu lakukan sendiri.
  • Sukar untuk dapatkan pembeli.
  • Anda terpaksa uruskan sendiri inspection rumah jika ada orang yang ingin datang melihat. Bayangkan jika ada 5 orang nak datang melihat anda kena uruskan semuanya sendiri.
  • Anda kena uruskan rundingan sendiri dan perlu tahu juga serba sedikit tentang proses loan rumah, lawyer dan sebagainya.
  • Anda perlu semak sendiri nilai pasaran rumah anda, jika tersilap semak pasti anda akan kerugian.
  • Rumah anda kurang dapat dilihat di dalam market kerana kurangnya aktiviti iklan dan marketing yang dilakukan.
  • Anda mungkin akan mengambil masa yang lama untuk mendapat pembeli rumah anda.

Cara Jual Rumah Sendiri

Prosedur jual rumah tanpa agen ini sebenarnya sama sahaja jika anda jual sendiri cuma sedikit perbezaan sahaja.

Langkah langkah yang anda perlu lakukan untuk jual rumah sendiri adalah:

  • Semak nilai pasaran rumah anda, berapa market value sekarang. Semak dengan penilai hartanah swasta berdaftar.
  • Selepas dah tentukan harga nak jual anda boleh mula iklankan rumah anda sendiri.
  • Buat banner “rumah untuk dijual” dan letak dihadapan rumah anda.
  • Tangkap gambar rumah anda cantik cantik luar dan dalam.
  • Iklankan di dalam wasap group penduduk jika ada.
  • Iklankan di wasap status anda.
  • Iklankan di akaun media social anda seperti facebook, Instagram, twitter, tiktok.
  • Iklankan di facebook group penduduk setempat.
  • Iklankan di facebook marketplace
  • Iklankan di website jualan rumah seperti mudah.my. Anda boleh cari yang percuma sahaja.

Proses Selepas Dapat Bakal Pembeli Rumah

Selepas ada orang menghubungi anda dan mereka berminat nak tengok rumah, anda kena aturkan hari dan masa untuk mereka melawat rumah anda.

jual rumah sendiri

Anda juga kena beritahu mereka supaya semak kelayakan loan sendiri di mana mana bank yang mereka berminat.

Jika anda ada lawyer sendiri anda boleh lantik lawyer tersebut, jika tiada maka anda kena cari ataupun anda boleh minta pembeli sendiri yang cari lawyer, terpulang kepada anda.

Kalau bakal pembeli dah setuju dan berkenan nak beli maka anda kena minta mereka bayar booking  sebagai tanda jadi beli.

Kalau dah ada lawyer boleh bayar booking duit tersebut kepada lawyer dan lawyer akan keluarkan resit.

Jumlah booking ini bergantung kepada anda nak ambil berapa, kalau agen hartanah biasanya mereka ambil 3% daripada harga rumah.

Jadi bila anda jual sendiri jumlah nya adalah subjektif namun janganlah sehingga membebankan pembeli pula.

Sebab kalau bayar booking kepada anda, anda tidak ada resit cuma bergantung kepada slip bayaran bank sahaja sebagai bukti.

Perkara ini tidak ada masalah bergantung kepada kepercayaan pembeli kepada anda.

Seeloknya ada carilah lawyer siap siap untuk dilantik supaya proses bayaran duit akan menjadi lebih mudah.

Kalau loan tak lepas nak kena refund duit booking itu semula.

Jadi selepas booking pembeli akan masuk loan, jika loan lepas dan lulus maka lawyer akan teruskan kerja seterusnya sehinggalah selesai sign Perjanjian Jual Beli dan sehingga selesai tukar nama di dalam geran.

Kesimpulan

Jadi begitulah secara asasnya proses jual rumah tanpa ejen, tidak lah susah dan tidak lah senang juga.

Jika harga rumah yang anda jual tu kena dengan harganya maka cepatlah anda dapat pembeli, jika harga rumah agak tinggi maka agaka mengambil masa juga untuk mendapatkan pembeli.

Perkara ini bergantung sejauh mana agresifnya anda membuat iklan untuk menjual rumah anda.

Lebih banyak channel dan medium yang anda gunakan maka lebih banyak orang nampak iklan rumah anda.

Jika anda berhasrat untuk menjual rumah sendiri tanpa agen di doakan semoga anda berjaya melakukannya sehingga selesai.

Bolehkah melantik perunding hartanah di samping kita juga menjual sendiri rumah kita?

Ya boleh tidak ada masalah.

Related Posts