tips beli rumah pertama usia muda

Jika anda seorang yang masih di awal usia pekerjaan, maka anda boleh mengambil tips beli rumah pertama usia muda ini sebagai panduan jika belum memilik apa apa hartanah.

Membeli rumah pada usia muda ini ada beberapa kelebihannya seperti dapat maksimumkan tempoh loan rumah dan bayaran takaful adalah tidak tinggi berbanding orang yang berusia.

Jika anda masih muda dan bekerjaya serta masih tidak mempunyai apa apa hutang seperti kereta, maka anda boleh menjadikan rumah sebagai pembelian pertama anda.

Harga rumah semakin lama semakin tinggi tidak kiralah sama ada rumah baru ataupun rumah lama, harga hari ke hari semakin meningkat naik.

Antara sebab harga rumah naik adalah disebabkan oleh peningkatan harga tanah dan juga harga binaan yang sering naik mengikut peredaran masa.

Jadi jika anda memilih untuk membeli rumah pada usia muda itu adalah antara langkah terbaik bagi anda.

Jika anda ingin membeli rumah pada usia muda dan di awal kerjaya anda perlu lakukan beberapa perkara untuk mencapai misi tersebut.

Mendapatkan Pekerjaan

Perkara utama sekali apa yang anda perlu lakukan adalah menjana pendapatan. Jika anda baru habis belajar anda boleh teruskan usaha untuk medapatkan pekerjaan pertama anda.

Daripada pekerjaan ini anda boleh hasilkan pendapatan bulanan dan daripada pendapatan itu anda harus simpan untuk membayar deposit rumah.

Daripada awal lagi anda sudah kena ada tabung simpanan untuk pembelian rumah. Simpanan ini adalah untuk membayar deposit dan segala kos yang terlibat dalam proses pembelian rumah.

Pastikan anda target untuk dapatkan simpanan dengan jumlah 15% daripada harga rumah yang anda beli.

Jika anda ingin beli harga rumah RM 100,000 maka anda kena ada simpanan sekurangnya RM 15,000 sebagai kos pembelian rumah.

Jadi disini anda kena lihat berapa gaji anda dan berapa harga rumah yang anda ingin beli.

Daripada situ anda sudah boleh buat anggaran berapa jumlah duit yang anda perlu tolak daripada gaji anda untuk dijadikan sebagai duit untuk beli rumah.

Buat Simpanan

Selain itu anda kena tentukan juga berapa lama anda nak simpan duit sehingga boleh dapat kumpul duit untuk beli rumah.

Sebagai contoh mudah katakan gaji bersih anda adalah RM 2,000, nak beli rumah berharga RM 100,000 dalam tempoh setahun.

simpan duit beli rumah

Jadi kita cuba lihat bagaimana pengiraannya.

Dengan gaji RM 2000, nak beli rumah harga RM 100,000 dalam tempoh setahun.

Jumlah nak kena dapatkan simpanan sebanyak 15% @ RM 100,000 adalah RM 15,000.

Jadi anda kena bahagi RM 15,000 / 12 bulan = RM 1250 sebulan kena simpan.

Jika anda target dalam tempoh 2 tahun untuk beli rumah.

RM 15,000 / 24 bulan = RM 625 sebulan

Jika anda target dalam tempoh 3 tahun untuk beli rumah.

RM 15,000 / 36 bulan = RM 417 sebulan

Begitulah jangkaan dan anggaran apa yang anda kena lakukan pada duit gaji anda untuk dijadikan simpanan sebagai kos untuk membeli rumah.

Itulah adalah perkiraan semata mata duit daripada gaji anda sahaja dan ianya tidak termasuk lagi duit di dalam akaun 2 KWSP.

Duit simpanan akaun 2 KWSP juga boleh dikeluarkan untuk tujuan bagi membeli rumah sebagai pembayaran deposit.

Jaga Debt Service Ratio

Pada masa ini anda perlu jaga betul betul Debt Service Ratio (DSR) anda.

Jika anda boleh kekalkan tanpa ada apa loan sehingga anda dapat beli rumah pertama anda ianya adalah sangat baik.

Dalam tempoh anda simpan duit untuk beli rumah tiba tiba anda buat loan beli kereta maka DSR anda akan terganggu.

Jika gaji anda banyak tidak ada masalah jika anda nak beli rumah dan kereta dalam satu masa.

Namun jika gaji yang agak terhad elok focus kepada satu satu jenis loan terlebih dahulu.

Pada masa ini anda banyak kena berkorban bagi mencapai tujuan anda untuk beli rumah pada usia muda.

Anda mungkin terpaksa naik motor terlebih dahulu buat masa ini untuk pergi kerja dan sebagainya dan melupakan impian untuk dapatkan kereta baru.

Ataupun jika anda sangat perlukan kereta anda boleh beli kereta terpakai dulu.

Beli yang murah murah yang anda boleh bayar secara cash.

Seboleh boleh nya elakkan berhutang terlebih dahulu sehingga anda berjaya dapat beli rumah.

Di saat in juga anda mungkin kena hadkan perbelajaan harian dan bulanan anda. Jangan guna apa yang tak perlu. Anda kena korbankan kehendak anda pada masa ini.

Anda boleh sebenarnya lakukan perkara ini kerana ketika ini anda mungkin masih bujang dan tak perlu fikir komitmen lain lagi.

Badan juga masih kuat ketika ini jika ingin membuat kerja sambilan bagi menambah pendapatan anda.

Masa ini juga mungkin kena duduk menyewa di bilik yag kecil dengan kos yang sesuai dengan loakis anda bekerja.

Jika anda duduk dengan keluarga anda ia dalah satu kelebihan.

Jika anda tidak mahu sediakan duit deposit untuk pembayaran rumah dan rasa terlalu lambat untuk kumpul duit tersebut, maka anda boleh cuba dapatkan pembelian rumah dengan membuat loan penuh.

Mohon Skim Bantuan Perumahan

Banyak bank yang menyediakan skim beli rumah dengan 100% loan yang anda boleh cuba apply.

Dengan skim skim ini anda boleh jimat tanpa perlu bayar deposit rumah, namun anda perlu bayar lebih sedikit duit ansuran bulanan berbannding jika anda buat loan 90% sahaja.

Apapun terpulang kepada pilihan dan tahap kewangan anda.

Tips beli rumah pertama usia muda ini memang nampak ringkas namun anda perlu lihat kepada objektif utama iaitu mendapatkan simpanan yang cukup untuk beli rumah.

Apa yang penting adalah anda boleh jana pendapatan dan anda simpan duit untuk beli rumah mengikut bajet harga rumah dan target berapa tahun yang boleh capai.

Di samping itu anda kena jaga DSR anda.

Setkan matlamat anda dan disiplinkan menyimpan setiap bulan.

Jika anda nak beli rumah dengan cepat tanpa bayar deposit anda boleh gunakan pilihan kedua iaitu dengan mengunakan skim 100% loan rumah.

Apa pun pilihan anda terserah kepada anda.

Adakah gaji RM 1500 boleh beli rumah?

Bagi menjawab persoalan tersebut boleh baca di sini Agak agak gaji RM 1500 lepas tak beli rumah

Apakah kelebihan skim rumah pertamaku?

Antara kelebihan skim rumah pertamaku adalah anda boleh buat loan rumah sehingga 100% dan tak perlu bayar deposit 10% mengikut kelayakan bakal pembeli.

Related Posts