Apabila seseorang ingin menjual atau membeli rumah, mereka akan mencari secara online di dalam
website jual beli rumah di Malaysia.
Sekarang mudah sangat untuk mencari rumah tanpa anda perlu keluar rumah pun dah boleh cari di dalam internet.
Hampir semua maklumat anda boleh dapat di dalam website jual rumah tersebut.
Maklumat seperti harga, lokasi, jenis rumah, berapa buah bilik, dan disertakan dengan gambar rumah yang sebenar.
Pembeli boleh dapatkan rumah untuk dijual di seluruh Malaysia melalui website jual beli rumah ini.
Website website ini memberi anda gambaran tentang jumlah jualan rumah di dalam kawasan anda dan boleh membantu anda menentukan sama ada rumah yang anda ingin di cari sesuai dengan harga ataupun tidak.
Semua jenis rumah ada dijual sama ada rumah baru daripada pemaju perumahan ataupun rumah subsale yang dijual oleh ejen hartanah dan juga melalui owner sendiri.
Website hartanah ialah medium yang paling biasa dan mudah untuk mencari hartanah yang berpotensi untuk dibeli atau disewa.
Sesetengah website hartanah adalah percuma manakala ada yang berbayar.
Bagi anda yang ingin mencari rumah anda tidak dikenakan apa apa bayaran, anda hanya boleh gunakan secara percuma sahaja.
Namun bagi anda yang ingin menjual rumah contohnya jika anda perunding hartanah anda perlu ada akaun dengan setiap website ini dan perlu bayar untuk mula beriklan.
Anda boleh pilih mana mana website yang menawarkan harga pengiklanan yang sesuai dengan bajet anda.
Ada yang perlu bayar secara tahunan dan ada yang perlu bayar mengikut jumlah iklan yang yang anda iklankan. maksudnya setiap kali anda nak iklan baru anda kena bayar.
Cuma di awal permulan anda kena beli nilai kredit dan kemudian akan ditolak setiap kali anda post iklan anda.
Apabila membeli hartanah pelaburan, adalah penting untuk melakukan penyelidikan di beberapa website terlebih dahulu sebelum membuat keputusan muktamad anda.
Senarai website website jual beli rumah.
Dibawah ini adalah senarai website website yang terdapat di di dalam negera.
Website ini bertujuan untuk mengiklankan rumah yang ingin dijual dan juga untuk dibeli.
Antara di dalam semua senarai ini antara tiga website yang paling top sekali berkenaan jual beli rumah ini adalah, propertyguru, iproperty dan juga mudah.my.
Website ini mengandungi ramai pelawat dan setiap bulan mencecah jutaan trafik yang masuk ke dalam website ini.
Jadi jika anda ini menjual ataupun membeli rumah, anda boleh buat carian dengan mana mana website yang disenaraikan di bawah ini.
Anda boleh layari website ini 24 jam setiap hari.
https://www.propertyguru.com.my/
https://www.propertyqueen.com.my/
Anda juga boleh beriklan dan cari rumah di Facebook Marketplace yang mana ia adalah percuma sahaja sama ada ingin menjual atau membeli rumah.