cara cek duit dalam bank online

Cara cek duit dalam bank online yang saya akan kongsikan ini adalah kaedah untuk tahu baki yang masih ada tanpa perlu pergi ke ATM mesin.

Zaman sekarang semua benda nak online daripada order barang, makanan hinggalah transfer duit pun boleh buat online.

Pengguna boleh buat bila bila masa sahaja transaksi hanya dengan menggunakan handphone.

Antara perkara yang anda boleh buat secara online melibatkan akaun bank anda ialah seperti:

Sekarang ini cuma tinggal nak ambil duit sahaja perlu ke mesin ATM lain lain perkara boleh dibuat secara online sahaja.

  • membuat pindahan wang ke akaun bank orang lain
  • membuat pembayaran bil bil
  • membuat tempahan tiket online
  • membeli topup telefon
  • dan lain lain lagi

Perkara yang penting adalah anda kena ada internet banking terlebih dahulu baru boleh cek duit online.

Jika belum ada boleh daftar segera.

Saya nak share cara nak check duit dalam bank secara online melalui 3 buah bank.

Semak Duit Bank Islam Secara Online

1.Langkah pertama layari ke bankislam.biz untuk login akaun.

2.Klik pada Internet Banking Login

3.Masukkan User ID

4.Klik Login

5.Semak Private Image dan Private Word pastikan betul semasa seperti daffar

6.Tekan Yes

7.Masukkan Password

8.Klik Login

9.Lepas login kedalam akaun anda klik pada bahagian Account Summary

10.Seterusnya pada bahagian ini anda akan dipaparkan:

  • Account Number (apa nombor akaun bank anda)
  • Account Type ( saving akaun atau current akaun)
  • Product Type 
  • Status akaun aktif atau tidak
  • Available Balance ( berapa baki semasa duit anda ada dalam akaun sekarang)

Selesai semak baki akaun dan tahu berapa jumlah duit anda yang ada terkini.

Cek Duit Online Public Bank

Seterusnya lihat pula bagi pengguna online banking public bank.

1.Pergi ke pbebank.com

2. Klik Login

3. Pilih Pbe

4. Masukkan User ID kemudian klik Next

5. Semak Personal Login Phrase pastikan betul dan klik Yes

6. Masukkan Password kemudian klik Login

7. Lepas dah masuk pilih pada bahagian Account

8. Paparan akan tunjukkan maklumat berikut:

  • Account Nombor
  • Account Type
  • Currency
  • Available Balance
  • Current Balance

Baki akaun anda boleh dilihat bahagian tadi.

Check Baki Duit Online Maybank

Untuk Maybank pula cara nak cek duit boleh ikuti langkah berikut.

1.Masuk ke Maybank2u

2. Masukkan Username kemudian klik Login

3. Semak Security Image dan Security Phare pastikan betul kemudian klik Yes

4. Masukkan Password tekan Login

5. Sistem akan paparkan:

  • Jenis akaun
  • Nombor akaun
  • Baki duit dalam akaun

6. Kemudian klik pada bahagian Saving Account

7. Maklumat berikut akan dipaparkan:

  • Available Balance
  • Current balance
  • One day float
  • Two day float
  • Cheque Clearing

Selesai cek baki akaun anda.

Jadi begitulah cara cek duit dalam bank secara online yang anda boleh lihat contoh.

Untuk semua bank lain sama sahaja cara nak buat semakan online, step dia lebih kurang sahaja.

Apa yang penting adalah anda kena daftar dan ada internet banking online barulah boleh guna dan cek duit secara online.

Semak juga Cara Bayar Bil Air Online dan Cara Bayar Bil Elektrik Online

Berapa lama masa diambil untuk aktifkan internet banking?

Anda boleh terus guna selepas akaun online banking berjaya didaftarkan

Adakah dikenakan fee tambahan secara tahunan jika menggunakan internet banking sesebuah bank?

Tidak ada sebarang fee dikenakan untuk menggunakan sistem online banking yang disediakan oleh bank. Anda hanya kena bayar fee jika membuat transaksi yang perlukan kepada fee sahaja. Sila rujuk terma dan syarat sebelum membuat sebarang transaksi

Related Posts