Bagaimana cara semak kwsp bagi semua ahli pencarum untuk tengok berapa jumlah baki duit semasa yang ada dalam akaun.
Kwsp atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah satu badan di mana para pekerja perlu membuat caruman setiap bulan hasil daripada gaji mereka.
Caruman adalah wajib dilakukan dan ia adalah satu undang undang dalam sektor pekerjaan.
Peratus caruman KWSP adalah sekitar 11% daripada pendapatan bulanan pekerja.
Tujuan Kwsp ditubuhkan adalah bagi membolehkan pekerja atau ahli mempunyai simpanan pada hari tua mereka.
Akaun kwsp terbahagi kepada 2 iaitu akaun pertama dan akaun kedua.
Selepas umur 55 tahun barulah boleh diambil semua duit yang ada didalam akaun pertama Kwsp anda.
Manakala akaun kedua boleh dikeluarkan atas sebab sebab dan keperluan yang dibenarkan tanpa perlu tunggu umur sehingga 55 tahun.
Sekarang ini untuk cek baki akaun Kwsp boleh dilakukan sama ada dengan dengan online dan offline.
Jadi kita ada dua pilihan untuk semak baki akaun, namun sangat digalakkan untuk daftar i akaun untuk semak secara online.
Namun masih ada daripada kalangan ahli yang tidak boleh cek secara online sebab belum ada i akaun.
Namun tidak mengapa jika tidak ada i akaun kwsp masih boleh cek duit kwsp anda.
Kali ini kita lihat beberapa cara semak kwsp yang anda boleh gunakan.
Semakan Penyata Kwsp Online I Akaun
Untuk membuat semakan penyata kwsp secara online perkara pertama sekali adalah kena ada i akaun.
Kena daftar dulu i akaun baru boleh guna perkhidmatan kwsp secara online ini.
Register I Akaun Kwsp Online
Cara daftar i akaun kwsp secara online boleh ikuti langkah langkah dibawah tanpa perlu ke kaunter buat dari handphone atau laptop sahaja.
1.Masuk ke website kwsp https://www.kwsp.gov.my
2.Lihat pada bahagian “Log Masuk”
3. I akaun Ahli
4. Klik Register Now
Masukkan maklumat berikut:
- Nombor Kad Pengenalan atau Passport
- EPF nombor (nombor ahli KWSP)
- Nombor Telefon Bimbit
- Klik setuju pada Term and Condition
- Tekan Submit
5. Anda akan terima SMS pasword / kata laluan sementara.
6. Masuk semula ke website kwsp seperti step di atas, pilih I akaun Member Login
7. Pada bahagian USer ID masukkan Nombor Kwsp anda
8. Masukkan password yang diterima melalui sms tadi
9. Klik tanda setuju pada Term and Condition
10. Seterusnya buat:
- User ID yang baru (8 hingga 16 digit. Boleh campur huruf dan nombor)
- Password/kata laluan baru (8 – 20 alphanumeric digit)
- Confirmkan password
- Pilih Online Image
- Cipta “Secret Phrase” (Maksimum 10 huruf)
11. Selesai dan berjaya cipta i akaun dan seterusnya boleh login dan guna.
I Akaun Kwsp Login
Selepas dah berjaya daftar i akaun kwsp online seterusnya anda boleh login ke i akaun untuk check statement anda.
1.Masukkan User ID
2. Pastikan Security Image betul
3. Masukkan Password
4. Lepas berjaya masuk paparan akan tunjukkan terus berapa baki duit kwsp semasa anda yang ada.
Semak Penyata
Bagi membuat semakan penyata anda boleh semak penyata 2 tahun terkini di dalam i akaun.
1.Pilih My Account
2. Pada bahagian statement pilih nak view tahun bila kemudian klik search
3. Sistem akan tunjukkan maklumat berikut:
- Jumlah simpanan semasa
- Ringkasan akaun 1 dan akaun 2 berapa jumlah terkini dan juga berapa jumlah duit keluar dan masuk
- Transaksi caruman semasa setiap bulan jika ada
- Pengeluaran duit jika ada
- Pelarasan dan caruman tertunggak jika ada
Download Penyata KWSP
Selepas anda dah buat semakan kwsp anda seperti di atas dalam bahagian paparan yang sama pada bawah sekali anda boleh download statement kwsp anda.
Boleh pilih sama ada nak download:
- Summary Statement
- atau Detail Statement
Pilih salah satu atau nak download kedua duanya sekali pun boleh kemudian tekan Download.
Anda kena download 2 kali untuk setiap satu statement.
Dah siap download boleh print kwsp statement daripada laptop anda.
Jenis Jenis Pengeluaran KWSP yang dibenarkan.
Cara Cek Baki KWSP Tanpa I Akaun Melalui Kiosk
Jika anda nak tahu cara check baki kwsp tanpa i akaun, kaedah biasa yang utama di gunakan ialah buat semakan penyata di kiosk kwsp.
Anda boleh cek penyata kwsp melalui ic dengan menggunakan kiosk ini
Kiosk ini ada di semua cawangan Kwsp berhampiran anda.
Anda boleh sama ada nak buat semakan sahaja ataupun nak print penyata.
1.Masukkan Kad pengenalan anda ke dalam kiosk
2.Pilih bahasa
3.Letakkan ibu jari kanan untuk sahkan identiti
4.Semak penyata
5.Pilih Cetak penyata
6.Keluarkan mykad anda
7.Sila ambil penyata anda
8.Selesai buat semakan dan print statement kwsp anda di kiosk
Selain itu jika anda tidak boleh gunakan kiosk anda boleh juga terus ke kaunter.
Pihak pekerja kwsp akan bantu urusan anda sama ada menggunakan kiosk atau di kaunter
Untuk info lain Berapa Lama Proses Pengeluaran KWSP Untuk Membeli Rumah?
Cara Keluarkan Duit KWSP Untuk Bayar Bulanan Rumah
Rujukan kwsp
Pengguna tidak dibenarkan semak penyata melalui live chat di website Kwsp. Boleh semak melalui i akaun, di kiosk atau dikaunter cawangan Kwsp
Juga tidak dibenarkan kerana Penyata KWSP adalah sulit dan pihak KWSP terikat dengan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA)
Untuk tukar nombor telefon bagi kemudahan TAC perlu dibuat di kiosk atau kaunter KWSP sebab perlu kepada pengesahan Kad Pengenalan
Nombor ahli Kwsp 8 angka