Kali ini kita lihat pula apakah jenis jenis pengeluaran Kwsp yang dibenarkan untuk di buat oleh semua pencarum.
Walaupun duit caruman Kwsp hanya boleh diambil ketika sampai umur bersara, namun pencarum adalah dibenarkan ambil duit tersebut daripada akaun kedua dan akaun satu bagi tujuan tertentu.
Tujuan pengeluaran ini adalah bagi memudahkan ahli pencarum untuk menyelesaikan masalah masalah berbangkit berkaitan kehidupan mereka.
Pihak Kwsp telah membuat penilaian apakah bentuk atau jenis tujuan atau sebab untuk duit dikeluarkan mengikut keperluan semasa.
Pengeluaran yang dibenarkan untuk akaun 2 adalah seperti berikut.
Pengeluaran Umur 50 tahun
Apabila sampai umur 50 tahun anda dibenarkan untuk keluarkan duit kwsp anda yang ada dalam akaun kedua.
Tujuan pengeluaran ini adalah untuk persediaan persaraan anda sebelum masuk umur 55 tahun.
Anda hanya dibenarakan untuk keluarkan sekali sahaja bagi tujuan pengeluaran ini.
Boleh dikeluarkan semua duit yang ada ataupun sebahagian sahaja.
Biaya Pendidikan
Pencarum boleh keluarkan duit untuk menampung perbelanjaan pendidikan.
Pendidikan adalah sangat penting pada masa sekarang dan dengan inisiatif ini dapat meringankan beban pencarum.
Dengan adanya pendidikan yang bagus dapat membantu pencarum dan ahli keluarga meningkatkan tahap ekonomi mereka.
Pencarum boleh keluarkan duit untuk tujuan pendidikan bagi pihak:
- Diri sendiri
- Pasangan suami isteri
- Anak anak
- Ibu bapa
Pembiayaan adalah dibenarkan bagi pusat pendidikan di dalam negara ataupun diluar negara yang diluluskan.
Kos yang dibenarkan adalah untuk:
- Membayar yuran pengajian
- Membuat bayaran baki hutang pinjaman pendidikan
- Yuran asrama dan penginapan
- Penerbangan pertama sehala bagi pelajar tahun pertama
Boleh dikeluarkan pada setiap semester atau tahun pengajian
Pembelian Rumah
Rumah adalah sangat penting untuk berlindung setiap hari dan meneruskan kehidupan.
Dengan harga rumah yang semakin lama semakin tinggi ramai orang yang tidak mampu membeli rumah.
Dengan kos untuk beli rumah yang memerlukan pembayaran 10% deposit dan caj caj yang lain membuatkan usaha membeli rumah menjadi semakin sukar.
Oleh itu pencarum dibenarkan untuk membuat pengeluaran bagi tujuan pembelian rumah sama ada beli dengan:
- Pemaju perumahan
- Pemilik rumah (rumah subsale)
- Membeli rumah lelong
Syarat syarat pengeluaran adalah:
- Membeli rumah kediaman sahaja
- Beli rumah dengan loan atau bayar cash
- Baki minimum dalam akaun kedua adalah RM 500
- Tidak pernah membuat pengeluaran perumahan
- Pernah membuat pengeluaran tapi dah jual rumah tersebut
Boleh buat keluaran secara individu ataupun berpasangan atau ahli keluarga
Jumlah yang boleh dikeluarkan adalah seperti berikut:
Beli Rumah Dengan Loan | Perbezaan di antara harga rumah dengan pinjaman + 10% daripada harga rumah ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 (Mana lebih rendah) |
Beli Rumah Cash | Harga rumah + tambahan 10% ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 (Mana lebih rendah) |
Pembinaan Rumah
Selain pengeluaran untuk membeli rumah, pengeluaran juga boleh dilakukan jika ingin membina rumah.
Pengeluaran ini dibenarkan sama ada:
- Membina rumah dengan pembelian tanah atau
- Bina rumah atas tanah sendiri sedia ada
Jumlah yang boleh dibuat pengeluaran adalah seperti berikut:
Jika buat loan beli tanah dan buat rumah | Perbezaan di antara kos pembinaan rumah dengan pinjaman + 10% daripada kos pembinaan ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 (mana yang lebih rendah) |
Hanya buat rumah atas tanah sendiri sedia ada | Kos pembinaan + tambahan 10% ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 (mana yang lebih rendah) |
Pembayaran Baki Pinjaman Perumahan
Selain itu juga duit kwsp boleh dikeluarkan bagi tujuan untuk;
- Membuat bayaran untuk mengurangkan baki pinjaman perumahan dan juga
- Membuat settlement/melangsaikan loan rumah
Rumah tersebut mestilah telah didaftarkan nama di atas nama pemohon.
Jumlah yang boleh dikeluarkan:
Jumlah baki pinjaman perumahan ATAU Semua simpanan Akaun 2 (mana yang terendah dan tidak kurang RM500) |
Membayar Ansuran Bulanan Pinjaman Rumah
Selain tujuan membeli rumah dan membina rumah pencarum juga dibenarkan untuk mengeluarkan duit kwsp bagi tujuan untuk membayar ansuran bulanan loan rumah yang dibeli.
Komitmen yang tinggi yang ditanggung oleh pencarum dapat dibantu dengan adanya pengeluaran ini.
Sedikit sebanyak setiap bulan dapat menjimatkan duit gaji sedia ada untuk tujuan yang lain.
Jumlah amaun yang boleh dikeluarkan adalah:
Jumlah baki pinjaman perumahan ATAU Kesemua simpanan di dalam Akaun 2 |
Untuk bacaan lanjut tentang pengeluaran jenis ini anda boleh baca di sini Cara Keluarkan Duit KWSP Untuk Bayar Bulanan Rumah
Perumahan Flexible
Tujuan kebenaran keluaran kwsp jenis ini adalah bagi meningkatkan had kelayakan pinjaman perumahan.
Ini adalah bagi meningkatkan tahap kelulusan boleh lulus loan daripada bank jika ingin membeli rumah.
Kaedah untuk pengeluaran ini adalah seperti didalam gambar berikut
Membeli Rumah Prima
Perumahan Prima adalah satu inisiatif atau skim perumahan yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat untuk memilik rumah.
Syarat untuk membeli rumah prima adalah berumur 21 tahun keatas.
Manakala pendapatan isi rumah perseorangan atau gabungan (suami & isteri) mestilah antara RM2,500 hingga RM15,000 sebulan gaji kasar atau pendapatan kasar).
Rumah Prima hanya boleh dibeli sebagai rumah pertama atau rumah kedua sahaja.
Kaedah pengeluaran adalah seperti didalam gambar
Mengerjakan Haji
Untuk pencarum yang beragama Islam berita baiknya adalah anda dibenarkan untuk membuat pengeluaran bagi mengerjakan haji iaitu rukun Islam kelima.
Pengeluaran ini adalah hanya boleh dilakukan jika simpanan dalam tabung haji anda tidak mencukupi.
Selain itu syarat yang utama juga anda hanya pergi haji dengan kebenaran dan melalui tabung haji sahaja dan tidak pernah membuat pengeluaran untuk tujuan ini.
Jumlah yang boleh dikeluarkan adalah perbezaan jumlah kos haji dengan baki simpanan akaun Lembaga Tabung Haji.
Maksimum amuan pengeluaran adalah RM3,000.00 ataupun semua baki Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah)
Perbelanjaan Perubatan
Selain harga rumah yang semakin meningkat kos untuk menjaga kesihatan jaga semakin meningkat.
Bermacam macam penyakit yang berlaku sekarang dan dihadapi oleh manusia.
Kos ubat ubatan juga semakin mahal dipasaran terbuka.
Pihak Kwsptelah membenarkan ahli yang ada kesihatan bagi membuat pengeluaran daripada Akaun 2.
Ia bertujuan bagi membiayai kos perubatan:
- penyakit kritikal
- keperluan peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan
- serta rawatan kesuburan.
Syarat tambahan untuk pengeluaran ini adalah:
- Majikan tidak tanggung sepenuhnya kos perubatan
- Penyakit dan Peralatan perubatan yang hanya diluluskan oleh Kwsp sahaja
- Tidak mengambil rawatan alternatif
Jumlah keluaran yang dibenarkan adalah Jumlah kos rawatan sebenar atau keseluruhan simpanan dalam Akaun 2 (mana yang lebih rendah).
Simpanan Melebihi 1 Juta
Rezeki dan pendapatan setiap pencarum adalah tidak sama ada yang banyak dan ada yang sikit.
Kwsp membuka ruang kebenaran bagi tujuan ini supaya anda boleh uruskan duit lebihan yang ada bagi tujuan sendiri.
Jika duit Kwsp anda mempunyai jumlah 1juta maka anda boleh keluarkan duit anda daripada kaedah ini.
Jumlah pengeluaran yang dibenarkan adalah amaun yang lebih daripada 1 juta tersebut.
Manakala pengeluaran kwsp akaun pertama pula adalah seperti berikut dan boleh dikeluarkan semua jumlah simpanan.
Pengeluaran Umur 55 Tahun
Jika sudah sampai umur 55 tahun ia sudah dikira sudah memasuki zon persaraan.
Pada umur ini akaun Kwsp 1 dan 2 akan digabungkan menjadi satu.
Pada masa ini pencarum sudah boleh keluarkan sama ada semua duit simpanan ataupun sebahagian sahaja simpanan.
Sekiranya anda masih teruskan bekerja pada umur ini dan masih membuat caruman, duit akan dimasukkan ke Akaun Emas dan hanya boleh ambil pada umur 60 tahun sahaja.
Pengeluaran Duit Pada Umur 60 Tahun
Jika anda teruskan bekerja sehingga umur 60 tahun dan terus mencarum duit tersebut hanya boleh dikeluarkan pada masa umur anda mencapai 60 tahu.
Proses pengeluaran dan tujuan adalah sama seperti mana dengan pengeluaran duit pada umur 55 tahun sebelum ini.
Penjawat Awam Yang Mendapat Status Pencen
Jika anda bekerja dengan kerajaan dan kemudian anda mendapat status pencen dan tetap maka anda layak ambil keluar duit Kwsp.
Anda boleh keluarkan semua duit yang ada sama ada dalam akaun 1 ataupun akaun ke 2.
Pengeluaran hanya boleh dilakukan sekali sahaja.
Namun jumlah yang boleh dikeluarkan adalah jumlah simpanan Kwsp selepas ditolak dengan pengembalian syer kepada kerajaan.
Kehilangan Upaya Mental atau Fizikal
Setiap penyakit yang datang kepada manusia adalah ujian dan ketentuan daripada Allah.
Apatah lagi hilang keupayan mental dan fizikal dan tidak normal seperti orang lain seperti akibat daripada kemalangan, penyakit kronik dan sebagainya.
Bagi pencarum yang hilang upaya kekal, tidak bekerja dan penyakit tersebut telah disahkan oleh pegawai perubatan makan anda boleh keluarkan semua duit Kwsp anda.
Selain itu juga pihak Kwsp akan memberikan RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk membantu meringankan beban kehidupan anda atas dasar keperihatinan daripada Kwsp.
Meninggalkan Negara
Bagi mana mana pencarum yang ingin meninggalkan negara bagi sama ada anda:
- Memang asal Warganegara Malaysia/PR yang telah melucutkan taraf kewarganegaraan/PR
- Ekspatriat/pekerja asing yang bukan lagi kerja di negara ini atau ingin keluar Malaysia
Maka anda yang bertujuan demikian boleh keluarkan semua duit caruman Kwsp anda.
Kematian Ahli Pencarum
Dan yang terakhir sekali adalah apabila sampai ajal seseorang pencarum.
Apabila Malaikat Maut telah datang menjemput untuk menemui Tuhannya maka terhentilah segala proses dengan akaun Kwspnya.
Tiada lagi harta dan wang ringgit apabila nyawa dicabut.
Sebab itu Kwsp suruh letak penama untuk uruskan akaun anda apabila anda mati dan tak sempat ambil dan guna duit anda masa hidup.
Apabila pencarum mati penama yang dinamakan untuk urus duit pencarum akan keluarkan duit kwsp anda dan buat pembahagian harta pusaka.
Duit tersebut bukanlah hakmilik penama sepenuhnya, tujuan letak penama adalah hanya untuk uruskan pengeluaran duit pengeluaran sahaja.
Penama tu pulak jangan dok sapu semua duit Kwsp tu sebab ia bukan hak anda.
Selain itu Kwsp akan beri Bantuan Kematian kepada waris sebagai tanda simpati kepada waris simati (atas budi bicara KWSP).
Sumbangan bayaran sebanyak RM2,500 akan dibayar sekali sahaja kepada
“tanggungan ahli” yang layak seperti (balu/duda, anak, atau ibu bapa ahli tertakluk kepada status perkahwinan ahli”.
Begitulah jenis jenis pengeluaran Kwsp yang dibenarkan kepada pencarum yang anda boleh pohon sekarang.
Untuk maklumat lanjut sila ke cawangan Kwsp berhampiran anda.
Sumber daripada KWSP
Anda boleh buat anggaran kiraan di sini Kalkulator Pengeluaran KWSP Beli Rumah
Duit KWSP boleh dikeluarkan selain daripada senarai diatas jika ada arahan daripada kerajaan seperti contoh I-Citra dan I-Sinar