Belajar Bagaimana Cara Nak Beli Rumah Lelong Dari Orang Yang Berpengalaman?

cara nak beli rumah lelong

Sebenarnya bagaimana cara nak beli rumah lelong yang pemiliknya gagal untuk bayar pinjaman kepada bank.?

Adakah ianya semudah masuk ke bilik dewan lelongan dan berlawan bid dengan pembida pembida yang lain.

Cara beli rumah lelong adalah tidak sama dengan cara anda beli rumah subsale ataupun rumah yang dibina daripada pemaju.

Prosedur beli rumah lelong adalah proses yang berbeza sama sekali dan mempunyai risiko dan juga kelebihannya tersendiri.

Tidak kisah samada anda cara beli rumah lelong tanpa ejen ataupun anda sendiri yang masuk membida dan membuat pembelian.

Antara proses beli rumah lelong yang lain yang anda kena tahu adalah seperti bagaimana cara buat bank draft untuk deposit rumah lelong dan juga bagaimana cara beli setem hasil di pejabat pos dan lain lain lagi.

Selain itu juga anda kena tahu beza maksud lelongan awam dengan lelongan mahkamah.

Apa Itu Rumah Lelong?

Rumah lelong adalah rumah yang diambil tindakan lelongan ke atas pemiliknya oleh bank kerana gagal membayar hutang bulanan rumah.

Berapa bulan tunggakan rumah akan dilelong oleh bank? Bank boleh mengambil tindakan lelongan rumah ke atas pemilik atau peminjam setelah mereka gagal untuk membayar hutang bulanan dan tunggakan yang telah berjumlah antara 6 bulan hingga 7 bulan.

Maksudnya jika tak bayar hutang selama 6 bulan hingga ke 7 bulan maka tindakan untuk proses lelongan rumah akan boleh dilakukan mengikut undang undang.

Rumah ini ketika sesi lelongan dijalankan mungkin pemilik telah tinggalkan dengan keadaan ia kosong ataupun mereka masih mendiami rumah tersebut.

Malahan mungkin juga telah rosak teruk sebab lama ditinggalkan seperti pintu lekang, tiada bumbung, tingkap pecah dan lebih teruk lagi menjadi semak dengan tumbuhan terbiar.

Aktiviti pembelian rumah lelong ini semakin menjadi lebih popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana harganya yang rendah dan kekurangan persaingan yang membolehkan pembeli baharu membuat pulangan pelaburan yang ketara dan lebih tinggi.

Mana tidaknya Kadang kadang harga lelongan boleh kurang hampir 20 peratus hingga 30 peratus daripada harga pasaran semasa.

Ramai orang ingin membeli rumah lelong ini kerana faktor harga yang lebih rendah daripada harga pasaran semasa.

Lebih ramai orang ingin membeli hartanah yang telah dilelong supaya mereka boleh memperbaikinya dan menjualnya semula untuk mendapatkan keuntungan.

Ada juga yang menjadikan rumah lelongan tersebut sebagai meraih pulangan sewa secara bulanan.

Bagaimana untuk mencari rumah lelong?

Antara cara untuk mencari rumah lelong adalah dengan mencari terus daripada pihak pelelong berlesen.

Anda boleh cari pelelong hartanah berdaftar di kawasan terdekat dengan anda untuk dapatkan senarai lelongan dari masa ke semasa.

Selain itu anda boleh juga dapatkan daripada laman web rumah lelong yang terdapat didalam negara ini.

Beli Rumah Lelong Atau Rumah Baru Mana Lebih Baik?

Ini terpulang kepada objektif anda membeli sesuatu rumah adakah anda hendak duduk atau anda nak buat pelaburan.

Lihat juga kepada kemampuan kewangan anda jika anda mampu dan ada lebihan tunai maka anda boleh juga mencuba beli rumah lelong ini.

Jika beli rumah baru harga lebih tinggi sedikit namun anda dapat sebuah rumah yang baru.

Namun jika beli rumah lelong harga mungkin boleh dapat dibawah pasaran namun anda kena terima keadaan rumah tersebut dengan seadaanya.

Jika rosak maka kena lalukan pembaikan barulah boleh duduk dengan sempurna.

Apa pun pilihan anda kedua keduaanya antara rumah lelong dan rumah baru ini ada kelebihannya masing masing.

Tips Beli Rumah Lelong

Buat semakan harga pasaran

Semak dulu dengan penilai hartanah berdaftar harga pasaran rumah sebenar sebelum anda membuat keputusan untuk beli mana mana rumah lelongan.

Adakah harga tersebut betul betul dibawah pasaran ataupun hampir dekat sama dengan harga pasaran.

Berapa peratuskah harga dibawah pasaran tersebut. Ini bagi membantu anda semasa anda masuk bid nanti supaya anda tak beli rumah pada harga melebihi pasaran.

Fahami proses pembelian rumah lelong

Belajar dan faham terlebih dahulu bagaimana proses beli rumah lelong dan cara pelaburan hartanah lelong.

Dengan anda belajar anda baru faham dan boleh buat keputusan sendiri sama ada berbaloi atau tidak untuk masuk lelongan rumah tersebut.

Apa perlu dilakukan sebelum nak beli rumah lelong

Sebelum lelongan, semasa lelongan dan juga selepas lelongan.

Fahami risiko rumah lelong

Anda kena faham bahawa beli rumah lelong ini boleh ada risikonya, boleh jadi untung boleh jadi rugi juga.

Memang kita banayk dengar cerita tentang untung sahaja, namun kena terima hakikat bahawa kerugian besar juga boleh terjadi jika tersalah cara.

Semak kelayakan loan anda.

Sebelum masuk untuk membeli rumah lelong pastikan anda boleh lepas untuk buat loan dengan pendapatan sedia ada anda.

Semak dengan bank berapa loan anda layak dapat adan berapa harga rumah yang sesuai dengan kemampuan loan perumahan anda.

Jangan asyik leka bid pada hari lelongan tanpa tahu had harga rumah dan kemampuan loan anda.

Kesimpulannya, membeli rumah lelong adalah antara pelaburan yang berbaloi dan hebat kerana harga biasanya lebih rendah dan lebih mudah untuk mendapatkan pembiayaan.

Namun anda kena tahu dan buat dengan cara yang betul tanpa melakukan kesilapan.

Membeli rumah lelong boleh menjadi idea yang baik untuk sesiapa sahaja yang mempunyai jumlah wang yang lebih besar untuk dilaburkan dan mahukan pulangan daripada pelaburan dalam hartanah lelong ini.

Ingin tahu pengalaman membeli rumah lelong oleh orang yang telah berpengalaman dalam bidang ini boleh dapatkan info di sini.

Ketahui juga cara cara nak beli rumah lelong online di sini.

Apakah hukum beli rumah lelong?

Hukumnya harus sebab peminjam telah gagal membayar mengikut kontrak dan pihak pihak pemberi pinjaman boleh buat lelongan dan menjual kepada pembeli baru.

Related Posts