Bagaimanakah cara bayaran lppsa kepada pemaju terhadap loan rumah yang di beli menggunakan pinjaman perumahan kerajaan?
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab menguruskan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam.
Hanya kakitangan kerajaan sahaja yang boleh melakukan loan perumahan dengan LPPSA dan hanya kakitangan yang berstatus kerja tetap sahaja yang layak buat loan.
Jika bekerja dengan kerajaan berststus kontrak maka tidak layak untuk buat loan perumahan.
Penubuhan LPPSA yang sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Kementerian Kewangan Malaysia telah berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 Januari 2016.
Peranan utama LPPSA adalah seperti berikut:-
- Untuk menguruskan Kumpulan Wang dan mentadbir kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam mengikut peruntukan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 (Akta 767)
- Untuk menasihati Menteri Kewangan tentang perkara yang berhubungan dengan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam; dan
- Untuk melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan dibuat di bawah Akta 767
Pemaju Hantar Progress Claim Ke LPPSA
Proses bayaran lppsa kepada pemaju adalah sama seperti mana proses bayaran bank juga dalam berkaitan loan perumahan ini.
Untuk mendapatkan bayaran duit rumah, developer hendaklah mengeluarkan surat tuntutan claim dan di hantar kepada lppsa.
Peratusan claim adalah bergantung kepada berapa peratus progress kesiapan unit tersebut telah disiapkan di tapak projek.
Peratusan claim adalah mengikut senarai jadual yang terdapat dalam surat Perjanjian Jual Beli rumah ataupun Sale And Purchase Agreement.
Sebagai contoh jika pemaju dah siapkan sehingga tahap 20% ditapak jadi pemaju hanya boleh claim setakat 20% sahaja daripada harga rumah.
Pemaju tidak boleh claim lebih daripada peratusan siap yang terdapat di tapak projek.
Sebagai contoh mudah jika harga rumah adalah RM 300,000 dan pemaju nak claim 20% mengikut tahap kesiapan di tapak.
Maka jumlah yang mereka boleh claim adalah sebanya RM 60,000.
RM 300,000 x 20% = RM 60,000
LPPSA Terima Dan Proses
Duit claim tersebut akan diperoses oleh pihak lppsa selepas mereka menerima surat tuntutan pembayaran.
Duit akan di masukkan ke dalam akaun peguam hartanah dan peguam akan transfer duit selepas masuk ke dalam akaun pemaju.
Pembeli rumah dengan pinjaman lppsa tidak perlu bayar lagi bulanan rumah walaupun pemaju dah start claim duit rumah.
Ini adalah kelebihan menggunakan pinjaman LPPSA.
Jika menggunakan loan bank untuk beli rumah, pemaju start claim sahaja maka pembeli dah kena buat bayaran bulanan mengikut peratusan yang di claim oleh pemaju kepada bank.
Jadi jika anda bekerja sebagai penjawat awam jangan lepaskan peluang untuk beli rumah dengan menggunakan loan LPPSA kerana ia tidak ditawarkan kepada orang luar khusus untuk penjawat awam sahaja.
Jika anda belum memiliki rumah maka anda boleh segera cari rumah dan buat permohonan loan kepada LPPSA.
Baca juga tentang Cara Kira LAD Rumah dan Cara Bayar LPPSA Dengan Maybank2u
Pembelian rumah melalui skim LPPSA ini pembeli hanya perlu buat bayaran setelah rumah diserahkan oleh pemaju sahaja ataupun selepas tempoh perjanjian jual beli telah tamat.