
Bagaimana cara register cimb click bagi anda yang pertama kali baru buka akaun dengan mereka.
Jika anda baru membuka akaun dengan cimb bank anda semestinya belum mempunyai akaun online cimbclicks.
Bagi memudahkan kepada pengguna akaun cimb anda digalakkan untuk mendaftar cimbclicks ini.
Nanti senang apa apa urusan boleh dilakukan secara online dari mana mana sahaja lokasi anda.
Dengan adanya sistem online banking ini anda boleh semak duit baki anda, buat pemindahan wang, buat pembayaran bil, membeli belah secara online dan bermacam macam lagi.
Lagi pun perkhidmatan ini adalah percuma untuk digunakan tanpa sebarang kos.
Register Melalui Website Cimbclicks
Bagi anda yang baru buka akaun dengan cimb dan mahu menggunakan perkhidmatan online boleh register melalui website rasmi iaitu cimbclicks.com.my.
Untuk mendaftar pertama kali cimbclicks boleh ikut langkah langkah dibawah.
1.Layari website cimbclicks
2. Klik pada Register untuk linkkan kad bank anda.
3. Pilih ATM Debit atau Credit Kad
4. Masukkan 16 nombor kad bank dan masukkan nombor pin kad bank anda.
5. Nombor TAC 6 angka akan dihantar ke SMS nombor handphone yang anda telah daftarkan semasa pembukaan akaun di kaunter.
6. Masukkan nombor TAC yang anda terima dan klik Continue
7. Kemudian masukkan maklumat akaun untuk pendaftaran:
- User ID
- Password
- Mother Name
- Email Address
- Secure Word
Klik pada Agree and Submit
8. Jika dah berjaya daftar akaun cimbclicks, anda akan menerima SMS pemberitahuan pendaftaran akaun sudah berjaya dilakukan.
Lepas dah berjaya daftar anda dah boleh masuk ke akaun cimbclicks anda.
Daftar Melalui Cimbclicks Mobile App
Selain anda boleh mendaftar melalui website cimbclicks anda juga boleh daftar pertama kali akaun cimb online dengan menggunakan cimb mobile app.
Untuk mendaftar melalui cara ini anda boleh ikuti langkah langkah di bawah:
1.Download Cimbclicks mobile app di App Store atau Google Play
2. Buka aplikasi Cimbclicks
3. Pilih Register User
4. Masukkan 16 angka nombor kad debit atau kad kredit cimb anda.
5. Kemudian masukkan nombor pin kad ATM anda, klik Next
6. Anda akan menerima One Time Activation code melalui SMS.
7. Masukkan kod yang diterima melalui SMS dan klik continue.
8. Masukkan maklumat berikut:
- User ID
- Password (8 hingga 20 karekter)
- Mother Name
- Secure Word ( 4 hingga 10 karekter)
Klik Continue, selesai pendaftaran dan boleh terus login ke akaun cimbclikcs anda.
Begitulah bagaimana 2 cara cara register cimb click untuk anda sebagai pengguna akaun cimb untuk mula buat pendaftaran cimbclicks secara online.
Anda boleh pilih mana mana cara di atas untuk membuat pendaftaran mengikut keselesaan anda.
Baca juga tentang cara Semak Baki Akaun Bank Islam Melalui Online
Jika berlaku perkara ini seeloknya terus pergi ke cawangan Cimb berhampiran anda untuk selesaikan masalah ini.
Nombor akaun CIMB ada 10 digit