Semak Baki Akaun Bank Islam Melalui Online

semak baki akaun bank islam melalui online

Bagaimana cara nak semak baki akaun bank islam melalui online jika kita sebagai pengguna.

Nama Bank Islam tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia terutama sekali bagi rakyat yang beragama Islam.

Bank Islam ditubuhkan untuk memberi peluang pilihan kepada orang Islam di Malaysia yang pentingkan produk produk perbankan yang patuh syariah.

Semestinya ia mendapat sokongan yang baik daripada umat Islam apabila bank Islam ditubuhkan.

Bank Islam di tubuhkan pada tahun 1983 dan berpangkalan di Malaysia.

Saya juga adalah pengguna kepada bank Islam di mana saya juga mempunyai akaun simpanan dengan bank Islam.

Untuk penulisan kali ini kita hendak melihat bagaimana nak buat semakan baki duit dalam akaun bank Islam.

Check Akaun Bank Islam Online

Untuk tujuan cek baki akaun bank Islam secara online ini apa yang perlu dilakukan adalah mesti mendaftar online internet banking Bank Islam terlebih dahulu.

Jika dah daftar sebagai pengguna barulah boleh nak check baki akaun bank Islam hanya daripada handphone sahaja.

Jadi bagi anda yang belum ada internet banking Bank Islam boleh terus daftar segera, hanya perlu buat daripada rumah sahaja di laman website bank Islam.

Bagi yang dah ada akaun internet banking bank Islam boleh lihat langkah langkah dibawah untuk buat semakan baki akaun secara online.

1.Layari laman web rasmi internet banking bank Islam iaitu bankislam.biz

2. Selepas dah masuk ke website klik pada bahagian “Internet Banking”

3. Masukkan User ID anda kemudian klik Login

4. Pastikan Private Image and Private Word anda adalah betul seperti semasa anda daftar pertama kali online banking bank Islam.

5. Kalau dah confirm klik Yes

6. Kemudian masukkan Password anda dan klik Login

7. Selepas anda dah berjaya masuk ke akaun, lihat pada paparan bahagian “My Account”

8. Klik My Account dan lihat pada Account Summary

9. Maklumat akaun dan berapa baki akaun anda akan ditunjukkan.

10. Jika dah selesai semak baki akaun bolek tekan Logout untuk keluar daripada akaun anda.

Selesai semak baki akaun bank Islam anda secara online, begitu mudahkan dengan adanya teknologi terkini pada masa sekarang.

Semak Baki Akaun Bank Islam di ATM Mesin

Selain daripada anda boleh semak secara online anda boleh juga buat semakan macam biasa di mesin ATM berhampiran anda.

Pergi kemana mana cawangan Bank Islam terdekat dan dapatkan ATM mesin.

1.Masukkan kad bank Islam anda.

2. Pilih bahasa yang ingin digunakan

3. Kemudian masukkan nombor pin kad bank Islam anda.

4. Pilih Bank Islam dan pilih Pertanyaan Baki

5. Baki akaun dalam bank Islam anda akan ditunjukkan

6. Jika perlukan resit boleh print resit untuk rujukan anda.

Itulah antara langkah langkah atau cara cara bagaimana nak semak baki akaun bank Islam melalui online dan juga di ATM mesin.

Semoga ianya dapat membantu anda membuat semakan baki akaun selepas ini.

Baca juga cara nak Semak Baki Duit Dalam Akaun Maybank

Bagaimana nak semak nombor akaun bank Islam?

Untuk semak nombor akaun bank Islam anda boleh masuk ke bankislam.biz dan lihat pada bahagian Myaccount, disitu akan dipaparkan nombor akaun bank anda.

Apakah website untuk melakukan bank Islam online transfer?

Untuk melakukan online transfer anda perlu daftar sebagai pengguna online bank Islam di bankislam.biz dan boleh lakukan transaksi selepas selesai pendaftaran.

Related Posts