Check Ccris

Bagaimana cara untuk check ccris dan mendapatkan rekod laporannya.

Apakah yang maksud ccris ini dan apakah keperluannya kepada kita.

Ccris dalam bahasa English adalah adalah singkatan daripada maksud Central Credit Reference Information System.

Ia adalah satu bentuk laporan mengenai status atau rekod bayaran pinjaman balik seseorang penghutang.

JIka anda ada membuat hutang dengan bank semua rekod rekod tersebut akan terdapat dalam laporan ccris ini.

Laporan ccris adalah penilaian yang wajib dilakukan oleh bank jika seseorang itu ingin memohon sebarang pinjaman.

Daripada laporan ccris tersebut bank akan menilai profile anda dan melihat bagaimana trend bayaran balik pinjaman anda terhadap hutang hutang yang sedia ada.

Jika anda memang membayar balik bayaran pinjaman hutang anda dengan penuh disiplin maka rekod anda akan cantik dalam laporan ccris.

Namun jika anda ada banyak bayaran hutang bulanan tertunggak maka rekod ccris akan menunjukkan berapa bulan yang telah anda ada tunggakan.

Sebagai contoh jika anda ada loan kereta dan tidak bayar dalam tempoh 3 bulan iaitu daripada Januari hingga Mac maka rekod ccris akan rekodkan dengan angka 1 bagi setiap bulan yang tertunggak.

Jadi kalau 3 bulan maka akan ditandakan dengan angka 3 dan seterusnya. Kalau tak bayar sampai 9 bulan dia akan tulis angka 9.

Jikalau anda membuat bayaran dengan baik dan tidak ada tunggakan rekod laporan ccris akan letakkan angka 0 bermaksud tiada tunggakan.

Dimana nak dapatkan laporan ccris ini?

ECCRIS Bank Negara

Eccris adalah singkatan kepada electronic Central Credit Reference Information System.

Untuk mendapatkan laporan ccris secara online anda boleh gunakan perkhidmatan eccris yang disediakan oleh pihak bank negara Malaysia.

Anda kena daftar dahulu akaun untuk jadi pengguna seblum boleh cek ccris anda dan dapatkan laporan.

Anda boleh daftar di sini Eccris dan ikut arah yang diberikan. Lepas dah berjaya daftar boleh login untuk dapatkan info tentang ccris anda hanya secara online.

AKPK Agensi Pengurusan Kaunseling Dan Pengurusan Kredit

Anda boleh dapatkan laporan ccris anda di setiap cawangan AKPK di setiap negeri.

Pergi ke pejabat cawangan dan beritahu ingin dapatkan laporan ccris.

Apa yang diperlukan hanyalah kad pengenalan dan pengesahan identiti.

Laporan ccris akan diberikan serta merta dan ia adalah percuma.

Pengiraan Duti Setem Pindahmilik Harta

Agensi Pelaporan Kredit

Selain itu juga anda boleh mendapatkan semakan ccris anda melalui agensi yang berdaftar dengan kerajaan untuk sediakan laporan kredit pengguna.

Namun ia adalah berbayar bukan percuma ya.

Jika anda ada budget lebih boleh gunakan khidmat agensi laporan kredit ini.

Mereka bukan sahaja sediakan perkhidmatan tentang ccris malahan banyak lagi perkhidmatan yang melibatkan kewangan yang disediakan.

Antara agensi yang boleh buat semakan ccris adalah:

Begitulah cara macam mana anda nak check ccris anda sama ada melalui online atau offline, percuma atau berbayar.

Untuk cantikkan laporan ccris pastikan sentiasa bayar hutang tepat pada masanya dan pastikan tiada tunggakan.

Kalau Ada CCRIS Ptptn Boleh Apply Loan Rumah Tak?

Berapa lama rekod hutang tertunggak akan terhapus dalam sistem CCRIS selepas selesai buat semua bayaran tunggakan?

Kalau tunggakan hutang 12 bulan, maka 12 bulan juga perlu tunggu untuk rekod CCRIS jadi kosong balik tunggakan tersebut.

Kalau tak bayar PTPTN sangkut dalam CCRIS tak?

Bayaran balik PTPTN akan ada rekod dalam CCRIS jika anda ada tunggakan.

Related Posts