
Bagaimana cara pengiraan duti setem dilakukan untuk mengetahui berapa jumlah cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan.
Duti setem ialah cukai yang dikenakan oleh kerajaan keatas dokumen atau surat cara yang mempunyai kesan perundangan, komersil atau kewangan seperti yang terdapat di bawah Jadual Pertama, Akta Setem 1949.
Keperluan duti setem dokumen atau surat cara hendaklah disetemkan dengan sempurna supaya ia nanti boleh diterima pakai sebagai bukti di mahkamah untuk hal hal perundangan.
Ada dua jenis duti setem iaitu duti tetap dan duti ad valorem.
DUTI TETAP dikenakan tanpa ada kaitan dengan balasan atau amaun yang dinyatakan dalam surat cara.
Contoh surat cara: Surat kuasa wakil, perkara-perkara persatuan bagi syarikat, nota janji hutang, polisi insurans, surat cara pendua dan sebagainya
Manakala DUTI AD VALOREM adalah duti yang dikenakan berdasarkan balasan yang dinyatakan dalam dokumen / surat cara atau nilai pasaran.
Contoh surat cara: Surat cara pindah milik harta tanah, pindah milik saham, perjanjian pindah milik perniagaan, perjanjian sewa, perjanjian pinjaman dan sebagainya.
Jom kita lihat cara nak kira duti setem ni dan berapa kadar peratus yang dicaj
Duti Setem Perjanjian Jualbeli Rumah
Kalau anda sebagai pembeli rumah anda akan dikenakan bayaran duti setem sebab beli rumah.
Maksudnya cukai beli rumah lebih kurang macam tu.
Surat cara yang dikenakan duti disenaraikan di bawah Jadual Pertama Akta Setem 1949 beserta kadar duti yang berkenaan.
Kadar duti bagi pindah milik harta Butiran 32(a) Akta Setem 1949
Setiap RM100 atau sebahagian daripada nilai belian atau nilai pasaran harta pada tarikh pembelian / pindah milik yang mana lebih tinggi.
Ini adalah kadar peratus bayaran duti setem yang dikenakan mengikut harga rumah:
HARGA | KADAR PERATUS |
RM100,000 yang pertama | 1% |
RM100,001 hingga RM500,000 yang berikut | 2% |
RM500,001 hingga RM1,000,000 yang berikut | 3% |
RM1,000,001 dan ke atas | 4% |
Sebagai contoh kiraan berapa nak kena bayar duti setem kita lihat harga pembelian rumah dengan harga RM 400,000
HARGA | KADAR PERATUS | JUMLAH BAYARAN |
RM100,000 yang pertama | 1% | RM 1,000 |
RM100,001 hingga RM500,000 yang berikut (RM 300,000 X 2%) | 2% | RM 6,000 |
TOTAL RM 7,000 |
Beli rumah harga RM 900,000
HARGA | KADAR PERATUS | JUMLAH BAYARAN |
RM100,000 yang pertama | 1% | RM 1,000 |
RM100,001 hingga RM500,000 yang berikut (RM 400,000 X 2%) | 2% | RM 8,000 |
RM500,001 hingga RM1,000,000 yang berikut (RM 400,000 x 3%) | 3% | RM 12,000 |
TOTAL RM 21,000 |
Duti Setem Perjanjian Pinjaman
Selain kena bayar cukai untuk dokumen jual beli rumah, pembeli rumah juga perlu bayar duti setem perjanjian pinjaman yang dibuat dengan bank.
Kadar peratus caj untuk perjanjian pinjaman adalah:
KADAR PERATUS DUTI SETEM DOKUMEN PERJANJIAN PINJAMAN ADALAH 0.5% DARIPADA HARGA JUALAN |
Sebagai contoh kiraan jika harga rumah seperti pengiraan di atas sebelum ini iaitu RM 400,000 dan RM 900,000
HARGA RUMAH | JUMLAH BAYARAN |
RM 400,000 X 0.5% | RM 2,000 |
RM 900,000 X 0.5% | RM 4,500 |
Boleh nampak tak berapa yang pembeli kena sedia jika hendak membeli rumah.
Namun sekarang jika beli rumah baru ada pakej yang tak perlu bayar duti setem cuma anda kena pandai cari dan pilih tawaran yang ada di pasaran.
Nak semak ccris baca sini Cara Check Ccris
Sumber LHDN
Anda boleh kira anggaran terlebih dahulu di sini Kalkulator Duti Setem Perjanjian Jual Beli dan Kalkulator Duti Setem Perjanjian Pinjaman rujuk LHDN untuk maklumat lanjut
Dalam bahasa untuk mudah faham duti setem adalah cukai yang kena bayar jika beli hartanah