Sekarang ini pemilik sudah boleh buat semakan cukai tanah secara online untuk melihat bil mereka.
Tidak perlu lagi kepada surat cukai yang dikeluarkan oleh pejabat tanah, para pemilik tanah juga boleh cek melalui online sahaja.
Kebanyakan pejabat pejabat tanah di Malaysia ini sudah ada menyediakan perkhidmatan carian semakan online.
Ini bagi memudahlan pemilik tanah tanpa perlu hadir ke pejabat tanah untuk semak dan bayar cukai tanah mereka.
Tempoh Pembayaran Cukai Tanah
Pemilik pemilik rumah atau tanah berdaftar dengan pejabat tanah perlu membuat bayaran cukai tanah setiap tahun pada 1 Januari hingga 31 Mei.
Setahun sekali sahaja perlu bayar dan jika tidak membuat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan makan pemilik tanah akan didenda.
Selain itu juga pejabat tanah juga ada juga menawarkan diskaun kepada pembayar cukai yang membayar awal.
Cara Semak Cukai Tanah Online
Selain semak cukai tanah di kaunter hasil pejabat tanah sekarang dah boleh buat semakan online.
Antara maklumat maklumat yang diperlukan untuk semak cukai tanah secara online adalah seperti:
- Nombor hakmilik
- Nombor geran
- Mukim
- Daerah
- Nombor akaun
Untuk membuat semakan cukai tanah boleh layari website pejabat tanah setiap negeri.
- Perlis https://ptg.ptgps.gov.my/
- Kedah https://ptg.kedah.gov.my/
- Pulau Pinang https://ptg.penang.gov.my/
- Perak https://ptg.perak.gov.my/
- Kuala Lumpur https://www.ptgwp.gov.my/
- Selangor https://ptg.selangor.gov.my/
- Melaka https://ptg.melaka.gov.my/
- Negeri Sembilan https://e.ptgns.ns.gov.my/
- Pahang https://ptg.pahang.gov.my/
- Johor https://ptj.johor.gov.my/
- Terengganu http://ptgweb.terengganu.gov.my/
- Kelantan http://ptg.kelantan.gov.my/
- Sabah https://jtu.sabah.gov.my/
- Sarawak https://landsurvey.sarawak.gov.my/
Masuk ke website utama pejabat tanah setiap negeri dan lihat pada bahagian semakan cukai tanah atau pembayaran cukai tanah.
Masuk keruangan tersebut dan buat carian untuk tanah atau rumah anda.
Contoh Cara Semak Cukai Tanah Selangor
Sebagai contoh bagaimana nak semak bil cukai tanah secara online kita cuba lihat cara nak buat semakan di negeri Selangor
Anda boleh buat carian hakmilik tanah dan juga hakmilik strata.
Layari https://ptg.selangor.gov.my/ pilih “Perkhidmatan Atas Talian”
Kemudian pilih “Semakan dan bayaran cukai tanah dan cukai petak”
anda akan dibawa masuk ke laman E-semak dan E-bayaran dan boleh mulakan carian cukai tanah anda.
Carian menggunakan nombor akaun pemilik
Pemilik tanah boleh membuat semakan dengan menggunakan nombor akaun bil cukai tanah.
Nombor akaun boleh semak dan terdapat di resit cukai tanah yang dikeluarkan oleh pejabat tanah.
Carian melalui maklumat hakmilik
Untuk carian cukai tanah melalui hakmilik anda perlukan butiran seperti:
- Id Hakmilik
- Nombor hakmilik
- Daerah
- Mukim,bandar,pekan
- Jenis hakmilik
Senarai jenis hakmilik seperti di dalam gambar
Tips kepada anda untuk yang tak tahu kat mana nak cari maklumat maklumat sseperti yang diminta di dalam sistem.
Apa yang anda perlu lakukan adalah lihat pada bil cukai tanah yang ada sebelum ini.
Semua maklumat maklumat ada di situ.
Jika tidak ada bil cukai tanah anda kena rujuk kepada geran asal atanh anda.
Di dalam geran terdapat semua maklumat yang ada kecuali nombor akaun, sebab nombor akaun diletakkan pada resit cukai tanah sahaja.
Mungkin akan datang pejabat tanah akan upgrade letak nombor akaun cukai tanah di dalam geran pula, mana tahukan.
Lepas dah buat carian anda boleh terus buat bayaran melalui setiap portal tersebut secara online sahaja, lepas bayar jangan lupa download dan simpan resit bayaran cukai tanah anda.
Semoga membantu anda dengan tulisan ini.
Lihat juga cara nak baca geran tanah dan Kalkulator Cukai Pintu
Cukai tanah hanya perlu dibayar setahun sekali sahaja
Dalam peruntukkan undang undang tanah memang Pihak Berkuasa boleh rampas tanah yang tidak dibayar cukai