perjanjian sewa rumah

Apakah perkara perkara penting yang perlu ada di dalam satu surat perjanjian sewa rumah?

Dalam kehidupan ini bukan semua orang mampu memiliki rumah sendiri walaupun sebuah.

Manakala ada pula orang yang mampu memilik banyak rumah dan lebih daripada sebuah rumah.

Apapun itu adalah rezeki masing masing dalam kehidupan ini.

Jadi bila situasi ini berlaku maka akan berlakulah permintaan untuk sewa rumah bagi orang yang tidak ada rumah.

Dalam proses menyewakan rumah oleh pemilik antara perkara yang utama perlu disediakan adalah dokumen sewaan ataupun juga dikenali dengan Tenancy Agreement.

Jadi apakah antara perkara penting atau isi kandungan yang perlu ada dalam perjanjian sewa rumah ini.

Maklumat Rumah Sewa dan Pemilik

Perkara utama sekali adalah maklumat berkenaan hartanah ataupun rumah yang hendak disewa tersebut.

Fizikal bangunan yang hendak disewakan mestilah mempunyai maklumat lengkap bagi memastikan rumah tersebut wujud dan sah dimilik oleh tuan rumah tersebut.

Antara maklumat yang perlu ada adalah seperti:

  1. Alamat rumah sewa
  2. Nama tuan rumah
  3. Nombor Kad Pengenalan
  4. Nombor Telefon

Butiran Peribadi Penyewa

Maklumat penyewa hendaklah diambil dengan lengkap dan secara terperinci.

Pastikan maklumat bakal penyewa adalah benar supaya anda tidak tertipu.

Tapi bakal penyewa yang anda kehendaki untuk mendiami rumah anda.

Antara maklumat yang perlu disediakan oleh bakal penyewa adalah:

  • Nama Penuh
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Alamat Tetap
  • Pekerjaan
  • Alamat Tempat Kerja
  • Nombor telefon pejabat
  • Email

Tarikh Dan Tempoh Sewaan

Bilakah tarikh penyewa anda akan mula boleh masuk menyewa hendaklah ditentukan dan di persetujui antara penyewa dan tuan rumah.

Ini adalah kerana tarikh mula sewa perlu ditentukan supaya ia dapat dikira bilkah mula dan berakhirnya tempoh sesuatu sewaan.

Tuan rumah juga perlu nyatakan berapa lama tempoh untuk menyewa rumah dalam sesuatu perjanjian.

Tetapkan sama ada ingin bagi sewa selama berapa tahun, contohnya jika ingin sewakan selama 2 tahun.

Maka perjanjian tersebut akan berakhir dalam tempoh 2 tahun dan kalau ingin terus sewa boleh renew dengan sign perjanjian baru.

Kadar Sewaan Bulanan Rumah

Berapa sewa rumah yang perlu dibayar oleh penyewa rumah hendaklah ditulis dengan jelas.

Nyatakan berapa jumlah amaun sewa sebulan yang perlu penyewa bayar jika ingin sewa rumah anda.

Kadar sewaan rumah ini hendaklah selari dengan harga sewa semasa anda iklankan rumah sewa anda.

Jangan pula harga sewa masa iklan harga lain, masa nak sediakan dokumen perjanjian harga lain pula.

Kalau harga jadi lebih rendah tidak mengapa, kalau harga lebih tinggi daripada yang diiklankan pasti penyewa tidak bersetuju bila berubah rubah harga macam ni.

Pastikan tetatpkan kadar sewa anda mengikut apa yang anda mahu dan ada penyewa yang mampu bayar harga tersebut.

Jadual Pembayaran Sewa

Penyewa juga kena tahu dan faham bila dia nak kena bayar sewa rumah kepada tuan rumah setiap bulan.

Adakah nak kena bayar awal bulan, hujung bulan atau ikut suka nak bayar janji bayar.

Tuan rumah boleh tentukan bilakah masa penyewa kena bayar sewa rumah.

Sebagai contoh penyewa hendaklah menjelaskan bayaran sewa rumah sebelum 6 haribulan pada setiap bulan .

Anda boleh nyatakan tarikh akhir bila penyewa rumah perlu bayar duit sewa rumah kepada anda.

Senang kalau ada tarikh jadual bayaran macam ni supaya penyewa boleh faham bila mereka nak kena bayar setiap bulan.

Pembayaran Deposit

Pembayaran deposit adalah amat penting bagi tuan rumah jika nak sewakan rumah.

Ini adalah menjaga kepentingan tuan rumah terhadap rumah sewa yang hendak diberikan sewa tersebut.

Selain itu juga pembayaran deposit ini adalah sebagai bukti komitmen kepada penyewa sama ada mereka benar benar berminat atau tidak untuk sewa rumah anda.

Deposit yang boleh diambil adalah dikenali sebagai Sekuriti Deposit dan Utility.

Biasanya ada yang mengamalkan pembayaran deposit 2 bulan sewa dan 1 bulan bayaran bil air dan elektrik.

Malahan ada juga yang buat deposit 1 bulan sewa dan juga 1 bulan bayaran bil air dan elektrik.

Majoriti biasanya kenakan depodit 2+1 iaitu 2 bulan bayaran sewa dan 1 bulan bayaran air dan elektrik.

Deposit ini dipulangkan selepas penyewa telah tamat sewa ikut perjanjian dan tidak ingin sambung lagi.

Tanggungjawab Penyewa Rumah

Penting bagi tuan rumah untuk menyatakan apa jua tanggungjawab kepada penyewa ketika menyewa rumah.

Apa penyewa perlu patuhi dan apa yang penyewa tidak boleh lakukan selagi mana ia tidak bertentangan dengan undang undang dalam negara ini.

Antara tanggungjawab yang boleh dinyatakan dalam perjanjian kepada penyewa adalah seperti

  • Mesti bayar sewa rumah dalam tempoh tarikh yang telah ditetapkan
  • Membayar bil bil kegunaan penyewa seperti bil air dan juga elektrik
  • Tentukan jenis jenis kerosakan atau jumlah kerosakan yang boleh dituntut kepada tuan rumah atau penyewa yang kena bayar sendiri untuk pembaikan.
  • Memastikan rumah sentiasa dalam keadaan bersih dan baik serta terjaga
  • Memastikan semua kelengkapan seperti perabot dan peralatan lain diguna dan dijaga dengan baik.
  • Sampah sampah hendaklah dibuang ke tempat pembuangan sampah
  • Dilarang menyewakan rumah kepada pihak ketiga tanpa kebenaran tuan rumah
  • Tidak dibenarkan membuat apa apa kerja penambahan terhadap ruang rumah tanpa kebenaran.
  • Dibenarkan memelihara haiwan peliharaan selagi mana tidak membuat kekotoran kepada rumah dan mendatangkan masalah kepada jiran jiran
  • Tidak menjadikan rumah sebagai store atau tempat simpanan barang barang yang melanggar undang undang
  • Tidak menggunakan alamat rumah sewa untuk kegiatan yang salah disisi undang undang
  • Menjadikan rumah sebagai tempat lepak dan membuat bising sehingga ganggu jiran sekeliling.
  • Dilarang menjadikan rumah sewa sebagai tempat perniagaan atau bengkel

Itu adalah antara apa yang boleh dinyatakan apakah yang boleh dilakukan dan juga yang tak boleh dilakukan sebagai penyewa.

Sebagai tuan rumah anda boleh letak mengikut apa keperluan kepada rumah anda.

Hak Dan Tanggungjawab Tuan Rumah

Begitu juga untuk pihak tuan rumah, didalam pperjanjian ini boleh juga dinyatakan apa apa tugas tuan rumah kepada penyewa dan terhadap rumah yang di sewakan.

Antara hak dan tanggungjawab tuan rumah adalah seperti:

  • Membayar cukai tanah, cukai pintu dan bil bil lain yang dikenakan kepada tuan tanah.
  • Tuan rumah boleh membuat sebarang pemeriksaan mengejut jika didapati berlaku apa apa aktiviti yang menyalahi undang undang berlaku di dalam rumah
  • Mengembalikan deposit kepada penyewa selepas tamat tempoh penyewaan
  • Tuan rumah berhak menamatkan kontrak penyewaan sekiranya didapati penyewa melanggar apa jua syarat yang telah dipersetujui didalam perjanjian.
  • Sekiranya ada bil-bil yang tertunggak sebelum pihak penyewa keluar rumah maka duit deposit tersebut akan digunakan untuk menjelaskan bil tersebut dan bakinya akan dikembalikan.
  • Sekiranya ada kerosakan pada rumah yang tidak dibaiki sebelum keluar rumah, tuan rumah berhak gunakan duit deposit untuk melakukan pembaikan, baki deposit akan diberikan selepas tolak kos repair rumah jika masih ada.

Itu antara apa keperluan dan tanggungjawab sebagai pihak tuan rumah, anda boleh letakkan apa jua syarat sebab anda tuan rumah dan jika selagi tidak melanggar undang undang.

Senarai Inventori

Jika anda ingin membuat sewan rumah beserta perabot dan peralatan yang lain, maka anda kena sediakan senarai barang barang yang anda sediakan dalam rumah sewa tersebut.

Antara kelengkapa yang biasa disediakan sekali dalam rumah sewa adalah seperti:

  • Katil
  • Tilam
  • Bantal
  • Almari
  • Television
  • Aircond
  • Mesin basuh
  • Peti ais
  • dan lain lagi lagi

Ini adalah penting supaya tuan rumah dan penyewa tahu apa kelengkapan yang disediakan didalam rumah sewa.

Bila ada senarai kelengkapan peralatan seperti ini mudah bagi tuan rumah untuk cek semula berapa jumlah yang ada dan bagaimana keadaannya semua perlatan tersebut bila penyewa hendak keluar nanti.

UNITKELENGKAPAN / INVENTORIJUMLAH
Contoh Senarai Inventori atau Kelengkapan Rumah

Tandatangan Dua Pihak

Bila dah buat perjanjian maka selepas dah setuju kenalah sign kedua dua belah pihak.

Sekarang janji mulut orang dah tak pakai sebab akan timbul 1001 masalah kalau main janji mulut ni.

Jadi penyewa rumah dan tuan rumah hendaklah sign perjanjian antara dua pihak ini supaya masing masing jelas dan faham serta terima semua syarat syarat yang telah ditetapkan.

Dalam tempat sign ni seeloknya perlu ada:

  • Nama Penuh
  • Kad Pengenalan
  • Tandatangan

Untuk tambahan boleh sediakan ruangan tambahan bagi saksi untuk sign sebagai orang ketiga yang melihat kepada perjanjian ini.

Matikan Setem Di LHDN

BIla dah siap semua dokumen perjanjian dan sipa ditandatangani oelh penyewa rumah, tuan rumah dan saksi maka proses seterusnya adalah untuk matikan setem di Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN.

Tujuan anda kena matikan setem dan bayar duti setem perjanjian sewaaan rumah ini adalah supaya dokumen ini sah dan laku jika anda nak bawa masuk ke mahkamah.

Jika anda nak heret penyewa anda yang langgar perjanjian maka dokumen perjanjian yang nak dikemukakan di mahkamah hendaklah ada bukti pembayaran duti setem dan di coph oleh LHDN.

Anda sebagai tuan rumah jangan lupa untuk matikan setem perjanjian ini untuk persediaan jika berlaku apa apa pada masa hadapan yang tidak diingini.

Tak rugi bayar duti setem dan tak mahal mana pun.

Begitulah antara apa yang anda boleh ketahui tentang isi isi kandungan yang terdapat didalam sesuatu perjanjian sewa rumah.

Anda boleh buat sendiri dan boleh guna template template tenancy agreement yang ada namun jika anda nak perjanjian yang lebih kemas dan terperinci anda boleh upah peguam untuk sediakan bagi pihak anda.

Walaupun ianya satu perjanjian antara tuan rumah dan penyewa rumah namun kita masih ada budi bicara untuk selesaikan masalah jika berlaku perkara yang tidak kita ingini.

Baca juga jika nak sewakan rumah Bagaimana Cara Sewakan Rumah?

Kalkulator Kadar Keuntungan Sewa nak kira berapa peratus untung anda.

Adakah boleh sewakan rumah tanpa perlu sediakan dokumen perjanjian sewa?

Jika anda percaya kepada penyewa maka tidak perlu kepada perjanjian sewa, lagipun perjanjian sewa bukan dokumen wajib untuk anda sediakan dalam menyewakan rumah.

Adakah pendapatan sewa boleh dijadikan income untuk submit loan bank?

Bank boleh mengambil kira pendapatan sewa untuk submit loan namun pastikan anda ada semua bukti pembayaran sewa setiap bulan.

Related Posts