Tribunal tuntutan pembeli rumah TTPR telah ditubuhkan pada tarikh 1 Disember 2002 melalui pindaan dalam Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118].
Tujuan utama ia ditubuhkan adalah bagi mendengar dan mengendali tuntutan pembeli rumah dan pengurusan strata secara mudah, murah dan cepat.
Badan ini adalah gabungan antara Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah dan Pengurusan Strata.
Fungsi Tribunal Pembeli Rumah
Antara fungsi utama ribunal ini adalah seperti:
- Sebagai tempat pilihan alternatif bagi menyelesaikan masalah tentang projek perumahan iaitu jualbeli antara pembeli rumah dengan pemaju perumahan.
- Menjadi perantara untuk menentukan jenis tuntutan dan permasalahan yang berlaku daripada perjanjian jual beli yang dibuat antara pembeli rumah dan Pemaju Perumahan berdaftar dengan KPKT.
Jenis Tuntutan Yang Dibenarkan
Bukan semua perkara boleh didengari oleh tribunal ini dan jenis tuntutan yang dibenarkan difailakn terbahagi kepada 2.
Tuntutan Teknikal
Masalah kepada kecacatan hasil kerja oleh pemaju perumahan iaitu defect yang berlaku kepada rumah yang dibeli seperti dinding berlubang, cat kotor, suis plug senget dan sebagainya.
Masalah kepada kecacatan bahan binaan iaitu rumah dibina dengan tidak mengikut pelan dan spesifikasi yang dijanjikan oleh pemaju seperti terkandung dalam SNP.
Tuntutan Bukan Teknikal
Selain daripada tuntukan teknikal ia pembeli juga boleh membuat tuntutan selain daripada masalah teknikal.
Pembeli boleh menuntut duit LAD Liquidated Ascertained Damages akibat daripada pemaju lambat membuat serahan milikan kosong tidak mengikut tarikh yang dijadualkan.
Pengiraan LAD boleh baca di sini Cara Kira LAD Rumah
Meminta apa apa pemulangan deposit dan lain-lain tuntutan yang berlaku daripada transaksi perjanjian jual dan beli antara pembeli dengan pemaju.
Tuntutan tidak melebihi RM50,000.
Memastikan semua aduan diberi maklum balas sekurang-kurangnya dalam tempoh 14 hari bekerja.
Tribunal Pengurusan Strata
Tribunal rumah terbahagai kepada dua, yang pertama seperti yang diterangkan diatas manakala yang kedua pula adalah bagi perumahan jenis strata.
Fungsi Tribunal Pengurusan Strata adalah untuk menyelesaikan masalah berkaitan isu-isu pengurusan strata.
Pihak yang boleh memohon melakukan tuntutan adalah:
1 | Pemaju |
2 | Pembeli rumah |
3 | Pemilik rumah asal |
4 | Perbadanan Pengurusan (MC) |
5 | Badan Pengurusan Bersama (JMB) |
6 | Perbadanan Pengurusan Subsidiari |
7 | Ejen Pengurusan |
8 | Siapa siapa orang yang berkepentingan dengan kebenaran Tribunal |
Jumlah amaun tuntutan tidak melebihi RM250,000 bagi tuntutan jenis ini.
Jenis jenis permohonan yang berada di luar bidang kuasa dan tidak boleh difailkan kepada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah antaranya ialah seperti masalah:
- Projek perumahan terbengkalai dan pemaju tidak buat rumah
- Berkaitan fitnah antara dua pihak
- Penipuan jualbeli oleh ejen hartanah
- Tuntutan kembali hartanah
- Masalah yang berkaitan dengan pusaka dan wasiat
- Berkaitan nama baik (goodwill)
- Rahsia perniagaan (trade secret) atau hak harta intelek
- Masalah antara pemilik rumah dengan penyewa
- Perkhidmatan yang diberikan oleh peguam hartanah
- Kesilapan rekabentuk rumah oleh perunding pemaju
- Masalah kesahihan (validity) Perakuan Siap dan Pematuhan
Cara Memohon Dan Lokasi Tribunal Perumahan
Jika anda pembeli rumah dan a ada menghadapi masalah masalah yang disebtkan diatas adalah boleh buat permohonan kepada tribunal ini.
Muat turun Borang 1 print, kemudian isi dan hantar serta buat bayaran proses permohonan ke kaunter TTPR, boleh download di website KPKT.
Anda kena hadir ke pejabat mereka apabila tiba hari perbicaraan.
Untuk buat tuntutan ke tribunal anda boleh hubungi pejabat mereka seperti berikut untuk pertanyaan. Ada di 4 lokasi sahaja.
Lokasi Tribunal Perumahan Dan Pengurusan Strata Di Malaysia
1. Ibu Pejabat (Putrajaya) | Tribunal Perumahan Dan Pengurusan Strata (TPPS) Aras 3, No. 51, Presint 4, Persiaran Perdana, 62100 Putrajaya. Tel : 03-8891 3284 |
2. Zon Utara | Aras 7, Zon B Wisma Persekutuan, Seberang Perai Utara, 13200 Jalan Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang Tel :04-575 9022 /7899/7866 |
3. Zon Timur | Tingkat 5-6, Bangunan Darul Takaful (Maidam), Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu Tel :09-6228023/9046 |
4. Zon Selatan | Tingkat 20, Menara Ansar, No.65, Jalan Trus, 80000 Johor Bahru, Johor Tel : 07-222 8069/8096 |
Website | Layari https://www.kpkt.gov.my/ bahagian tribunal untuk maklumat lanjut |
Sumber rujukan KPKT bahagian Tribunal
Serahan Milikan Kosong atau Vacant Possession adalah menyerahkan kunci serta rumah kemudian pembeli boleh terus masuk dan buat defect.
Anda boleh membuat pengiraan di sini Kalkulator LAD