Adakah Duit Booking Rumah Boleh Dapat Balik?

duit booking rumah dapat balik

Persoalan yang banyak bermain dikalangan pembeli rumah adalah adakah duit booking rumah dapat balik selepas dah bayar.

Kalau first time beli rumah mesti nak tahu juga tentang hal ini lebih lebih lagi melibatkan duit.

Maksud Booking Dan Tujuannya

Maksud booking ialah bayaran duit tempahan yang dibayar oleh bakal pembeli untuk tempah unit rumah.

Tujuan kena bayar duit booking adalah untuk lock unit sesuatu rumah atau hartanah yang ingin dibeli.

Maksudnya dengan pembayaran duit booking, unit tersebut tidak akan dibuka kepada orang lain sehinggalah keputusan permohonan loan rumah diketahui.

Ataupun dalam ertikata yang lain anda menempah lot tersebut.

Tidak kiralah sama ada anda beli rumah dengan ejen hartanah ataupun dengan pemaju hartanah.

Selepas booking, pembeli akan membuat permohonan loan rumah.

Pada pengalaman saya sebelum ini duit booking rumah boleh dapat balik sekiranya pembeli gagal mendapatkan sebarang loan rumah daripada mana mana bank.

Dalam situasi yang lain jika loan dah lulus tapi pembeli tak jadi beli maka duit booking tersebut tidak akan dipulangkan kembali.

Berapa Jumlah Booking Kena Bayar

Biasanya jumlah booking yang diambil oleh ejen hartanah adalah sebanyak 3% daripada harga jualan rumah.

Jika harga rumah adalah RM 100,000 maka pembeli kena bayar RM 3,000 sebagai duit booking.

Berbeza pula dengan pemaju perumahan, berdasarkan pemerhatian saya ada pemaju yang mengambil booking serendah RM 500.

Ada juga yang ambil booking sebanyak RM 3000, RM 5000 dan sebagainya, namun tidak sampai kepada 10% daripada harga rumah.

Ada sesetengahnya tidak ambil booking langsung, pembeli terus boleh buat loan dan pilih lot yang berkenan.

Melihat kepada situasi ini boleh dikatakan pemaju perumahan boleh mengambil booking dalam jumlah yang berbeza beza.

Pastikan semasa anda bayar duit booking rumah anda akan diberikan resit bayaran.

Selain itu juga semasa proses untuk booking anda dikehendaki untuk isi “Borang Booking Rumah”.

Semasa ini borang ini pastikan anda baca semua perkara yang terdapat didalam borang tersebut jika terdapat terma terma tambahan di dalam borang itu.

Jika nak mudah sila terus tanya kepada mereka adakah duit booking akan dapat balik jika loan tak lepas?

Anda kena simpan baik baik dua perkara tersebut untuk digunakan pada masa depan jika loan tidak lulus.

Minta Decline Letter

Jika loan tidak lulus bank akan keluarkan satu surat yang dinamakan sebagai “Decline Letter” iaitu menyatakan bahawa permohonan loan rumah anda tidak berjaya.

Maka dengan surat daripada bank tersebut boleh diberikan kepada pemaju untuk sebagai bukti loan tidak lulus. Biasanya pemaju akan minta surat ini daripada bank sebelum nak buat refund booking.

Sama ada anda beli rumah daripada pemaju, ejen hartanah atau terus daripada owner, pastikan anda teliti perkara ini dengan lebih sahih sebelum bayar duit booking kepada mana mana pihak.

Ini adalah sebahagian daripada pengalaman saya sahaja dan mungkin tak sama bagi pengalaman orang lain.

Bagaimana cara buat loan rumah dengan bank?

Anda boleh kunjungi cawangan bank yang berdekatan dan bawa dokumen yang diperlukan seperti slip gaji, statement bank beserta info rumah yang ingin di beli.

Adakah boleh pemaju tidak pulangkan wang booking jika loan tidak lulus?

Tidak boleh.

Adakah perlu minta resit jika kita mahu bayar booking beli rumah?

Ya, anda sebagai pembeli yang bijak wajib meminta resit pembaran booking.

Related Posts