Kenapa Loan Rumah Lulus 80 Peratus Sahaja?

Apa nak buat jika loan rumah lulus 80 peratus sahaja daripada harga jualan.

Inilah apa yang selalu berlaku dalam proses mendapatkan loan rumah daripada bank.

Ada yang dapat kelulusan 100 peratus, ada yang dapat 90 peratus dan ada yang dapat 80 peratus sahaja loan rumah.

Margin kelulusan ini sangat sangat bergantung kepada kelayakan pendapatan sesorang pemohon.

Malah lebih menyedihkan lagi adalah loan rumah tidak diluluskan oleh bank sebab kelayakan pendapatan tak lepas.

Pengalaman saya sebelum ini dalam melihat kepada bakal pembeli rumah untuk mendapatkan loan, margin loan rumah sebanyak 80 peratus ini biasanya akan berlaku kepada pemohon yang menjalankan perniagaan sendiri.

Rata rata mereka yang melakukan bisnes hanya akan mendapat 80 peratus sahaja margin loan.

Mungkin pengalaman orang lain berbeza dan kelulusan juga mungkin berbeza mengikut jenama bank masing masing.

Tak pasti kenapa bank hanya bagi 80 peratus sahaja kepada orang yang berniaga.

Untuk pengetahuan anda, bank yang kami gunakan hanyalah bank panel sahaja yang mendapat kelulusan untuk membuat loan rumah mengikut projek, jadi penggunaan bank panel adalah sangat sangat terhad.

Mungkin ada bank lain yang boleh beri pembiayaan loan rumah sehingga 100 peratus ataupun 90 peratus margin loan.

Jadi apabila sering berlaku perkara ini iaitu bank hanya bagi 80 peratus sahaja loan, maka kalau ada bakal pembeli yang berminat untuk beli rumah dan bekerja sendiri saya terpaksa beritahu awal awal bahawa mereka berkemungkinan hanya akan dapat 80 peratus margin loan sahaja.

Jadi mereka akan lebih faham situasi ini di mana mereka terpaksa sediakan minimum sebanyak 20 peratus deposit tunai untuk dibayar kepada pemaju.

Bagi yang mampu mereka akan teruskan untuk membuat tempahan dan pembelian manakala bagi yang tak mampu untuk sediakan deposit sebanyak itu mereka akan surrender tak jadi beli.

Inilah apa yang berlaku apabila bank dah luluskan loan sebanyak 80 peratus tetapi bakal pembeli tak dapat sediakan deposit untuk bayar tunai kepada pemaju.

Selain itu juga situasi ini bukan hanya berlaku kepada yang berniaga sendiri tetapi rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara juga berdepan dengan situasi ini.

Dalam memohon loan rumah daripada bank ada yang mendapat 80 peratus loan dan ada yang tinggi sedikit mendapat 85 peratus loan sahaja.

Untuk yang bekerja diluar negara banyak juga masalah yang berlaku menyebabkan bank agak ketat dalam syarat untuk luluskan loan mereka.

Antara masalah biasa yang diberitahu oleh bank bagi mereka yang bekerja diluar negara adalah masalah:

  1. Gaji tidak masuk dalam akaun bank tempatan.
  2. Status pekerjaan adalah secara kontrak dan tidak tetap.
  3. Jika yang bekerja dalam kapal laut yang berada selama 6 bulan di dalam laut dan 6 bulan di atas darat bank akan minta grantor.

Saya juga ada berjumpa dengan bakal pembeli yang bekerja diluar negara seperti yang bekerja sebagai nurse di Arab Saudi.

Lantikan mereka adalah secara kontrak oleh kerajaan Arab Saudi dan tempoh adalah selama 2 tahun.

Kontrak ini akan di sambung selepas 2 tahun.

Isu tersebut menjadi masalah kepada bank bank tempatan namun hanya ada 1 bank sahaja yang terima untuk buat loan pada masa itu. Mujur loan beliau lulus juga akhirnya.

Banyak lagi rakyat Malaysia yang bekerja diluar yang menghadapi masalah ini.

Jadi jika anda antara golongan yang disebutkan diatas anda mungkin memang kena standby siap siap jumlah deposit yang banyak jika ingin membeli rumah.

Selain itu juga masalah komitmen yang tinggi juga menyebabkan bank hanya luluskan sebanyak 80% sahaja loan rumah.

Untuk atasi masalah ini anda kena sediakan grantor, atau buat joint loan atau anda kena pilih untuk kurangkan komitmen bulanan anda supaya jika anda masuk loan semula harapan untul lulus dengan margin lebih tinggi adalah cerah

Pada pandangan saya anda mengalami masalah di atas anda kena sediakan minimum 20 peratus daripada harga rumah.

Apa yang saya kongsikan ini adalah terhad terhadap apa yang saya alami sahaja dengan beberapa buah bank, mungkin ada bank lain yang boleh memberikan margin loan rumah melebihi 80 peratus keatas.

Dan ianya mungkin berbeza berbanding antara rumah baru yang dibeli daripada pemaju dengan rumah second hand yang di beli daripada pemilik rumah atau daripada ejen hartanah.

Baca lagi berkenaan Mahal Ke Tak Kos Guaman Beli Rumah Second Hand Ni?

Related Posts