Laporan penilaian hartanah adalah laporan yang diperlukan oleh bank jika pembeli ingin buat loan rumah.
Laporan penilaian akan disediakan oleh penilai hartanah berdaftar swasta.
Pihak pembeli rumah akan dikenakan untuk bayar yuran pennilai hartanah tersebut.
Kalau buat loan kerajaan anda kena gunakan penilai kerajaan di jabatan penilaian dan perkhidmatan harta. jpph negeri
Laporan penilaian ini hanya diperlukan jika anda beli rumah:
- Subsale iaitu rumah second hand yang dibeli daripada tuan tanah.
- Rumah yang telah siap oleh pemaju dan telah dapat ccc tapi belum terjual.
Biasanya harga yang terdapat dalam laporan penilaian tersebut adalah harga semasa dalam pasaran yang ditentukan oleh penilai menggunakan kaedah perbandingan dengan hartanah yang sama di kawasan tersebut.
Apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah satu projek yang saya lalui di mana ianya masih dalam pembinaan.
Biasanya bila pembeli nak beli rumah dalam pembinaan kita memang tak mention pun bahawa pembeli kena sediakan laporan penilaian.
Sebab biasanya yang kena sediakan laporan penilaian ini adalah sekiranya pembeli mahu membeli rumah second hand daripada pemilik rumah asal dengan membuat loan bank.
Namun untuk kes projek ini, apabila pembeli nak masuk loan dan lulus, tiba tiba bank minta pembeli buat laporan penilaian rumah.
Untuk pengetahuan anda jika rumah yang di beli masih dalam pembinaan,ianya tidak memerlukan laporan penilaian.
Apabila semak dengan bank baru mereka cerita sebab sebenar bank minta sedia valuation report.
Rupa rupanya mereka buat begitu disebabkan projek ini telah lambat siap daripada jadual asal. Jadi bank agak takut dan rasa tak secure dengan harga yang dijual dan perlu dibuktikan dengan laporan penilaian rumah.
Biasanya mengikut lesen atau permit yang diluluskan kepada pemaju perumahan, pembinaan hendaklah disiapkan dalam tempoh 2 tahun sahaja.
Jadi projek perumahan ini ketika itu pada ingatan saya ianya sudah lebih 3 tahun belum siap.
Pemaju boleh renew permit jika projek tidak siap dalam tempoh 2 tahun yang dibenarkan.
Tempoh permit yang baru yang diberikan adalah 1 tahun sahaja.
Projek yang tak siap selepas 2 tahun, syarikat pemaju akan dipantau oleh KPKT dan mereka kena berikan laporan projek daripada masa ke semasa.
Jadi isu ini jarang jarang terjadi bila bank minta sediakan laporan penilaian sedangkan rumah masih dalam pembinaan.
Jadi pembeli terpaksa tambah duit untuk sediakan laporan penilaian.
Mujur pembeli tidak banyak karenah dan boleh juga bertolak ansur untuk membayar yuran penilaian tersebut kepada pihak penilai hartanah swasta yang dilantik oleh bank.
Jadi jika anda ingin membeli rumah yang masih dalam pembinaan anda perlu semak dahulu bila tarikh mula pembinaan dan bila tarikh dijangka siap sesuatu projek.
Anda boleh lihat tarikh kelulusan permit di dalam flyers yang diiklan oleh pihak pemaju perumahan.
Daripada situ anda boleh lihat berapa lama sudah seseuatu projek itu telah berjalan.
Baca juga Cara Semak Harga Tanah Semasa