Kerosakan Rumah Sewa Siapa Yang Tanggung [Suatu Pengalaman]

kerosakan rumah sewa siapa yang tanggung

Apabila kita duduk menyewa, jika berlaku kerosakan rumah sewa siapa yang tanggung segala kos pembaikan.

Penyewa nak tanggung kos ataupun tuan rumah yang kena tanggung kos pembaikan.

Adalah kebiasaan majority daripada kita pernah duduk menyewa rumah tak kiralah sama ada semasa belajar ataupun semasa dah bekerja.

Bukan sahaja orang bujang yang perlu menyewa sebab bekerja jauh daripada family, orang yang dah bekeluarga pun ada yang menyewa.

Semua orang akan menyewa dulu sebelum mampu untuk membeli rumah sendiri apabila sampai masa yang sesuai dan duit dah cukup.

Kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang hal masalah rumah sewa, jika rumah ada kerosakan siapa yang perlu tanggung kos pembaikan tersebut.

Apabila kita dah duduk lama sangat sesuatu rumah sewa macam macam hal kerosakan boleh berlaku di dalam rumah.

Kerosakan Yang Biasa Terjadi Keatas Rumah Sewa

Perkara biasa yang selalu berlaku kerosakan adalah seperti:

  • Bumbung bocor
  • Paip pecah
  • Lampu rosak
  • Siling pecah
  • Tile pecah
  • Tingkap pecah
  • Pagar Rosak
  • Tombol pintu rosak

Dan bermacam macam lagi hal yang boleh berlaku. Lain orang lain pengalamannya.

Saya ingin kongsikan pengalaman saya sendiri ketika saya duduk menyewa sebuah rumah sebelum ini.

Rumah tu adalah rumah teres dan dah agak lama dibina. Jadi apabila rumah lama ni macam macam hal boleh berlaku.

Tuan rumah tu baru beli rumah ni dan kami adalah orang yang pertama yang masuk menyewa.

Tak pasti sebelum ini siapa yang duduk sama ada tuan rumah sebelum ini ataupun ada penyewa.

Rumah tu kami masuk kosong sahaja tak ada apa apa perabot, katil, peti ais, tv dan kelengkapan yang lain.

First sekali bilik yang saya duduk tu pintu dia tak ada tombol dan pintu macam ada pecah kalau tak silap saya, pintu kayu.

Bincang Dengan Tuan Rumah

Jadi mahu tak mahu kenalah tukar. Jadi bila tanya tuan rumah tentang kerosakan yang nak kena repair apa yang dia jawab “repair dulu nanti tolak duit sewa”.

Lebih kurang begitulah jawapan dia ketika itu. Maksudnya kalau ada apa apa kerosakan penyewa boleh buat dulu sendiri, nanti kos repair boleh tolak sewa bulanan.

Lepas dah duduk lama sedikit macam macam lah rosak sehinggakan pintu pagar depan pun rosak sebab dah lama berkarat.

Saya juga yang cari tukang sendiri dan gantikan yang baru.

Seingat saya menyewa rumah tu kami tak ada sebarang perjanjian sewa dan saya hanya pernah jumpa sekali sahaja dengan tuan rumah, selepas itu langsung tak pernah jumpa.

Duit sewa bulanan hanya bank in ke akaun dia sahaja setiap bulan.

Pastikan anda simpan resit segala kos pembaikan yang dilakukan.

Kalau tuan rumah ada tukang sendiri mereka akan akan guna tukang mereka dan penyewa tidak perlu buat bayaran apa apa.

Jadi kita kena faham bahawa apa yang rosak dan diperbaiki tersebut akan kekal menjadi hak tuan rumah jadi tuan rumahlah yang kena tanggung kos repair segala kerosakan.

Yang penting adalah tahap kepercayaan antara tuan rumah dengan penyewa kena lah baik.

Sehinggakan kalau ada tunggakan cukai tanah atau cukai pintu pun tuan rumah tolong minta kita bayar, nanti tolak bayaran sewa bulanan. Ini adalah kes kes yang terpencil sahaja, kalau tak boleh nak tolong bayar bagitahu siap siap dariapda awal.

Cara Cari Rumah Sewa

Fahami Hak Penyewa dan Hak Tuan Rumah

Jadi jika anda sebagai penyewa ataupun tuan rumah yang menyewakan rumah anda kena tahu hak hak anda mengikut undang undang.

Janganlah anda duduk menyewa kemudian keluar daripada rumah tersebut bawa sekali lampu yang anda ganti tapi dah tolak duit sewa sebelum ini, itu tak baik, menipu namanya.

Yang penting adalah pada masa awal pertemuan nak menyewa tu kedua dua pihak kena faham bagaimana nak berurusan jika hal hal ini berlaku.

Kalau terangkan lebih awal lebih mudah di tambah pula sekarang ini kalau nak menyewa kena sign perjanjian sewa untuk jaga kedua dua belah pihak.

rumah sewa rosak

Jadi pastikan anda baca segala terma terma didalam perjanjian sewaan tersebut sebelum anda sign untuk setuju menyewa sesebuah rumah.

Jadi nanti kalau ada apa apa berlaku hanya perlu rujuk semula di dalam perjanjian sewa disamping melakukan rundingan antara kedua dua belah pihak.

Info tambahan tentang Apakah Maksud Full Loan Rumah

Bilakah tarikh bayaran sewa rumah perlu dilakukan?

Biasanya penyewa akan diminta membuat bayaran pada awal bulan selepas gaji masuk, namun bayaran sewa juga boleh bergantung mengikut tarikh kemasukan penyewa.

Berapa deposit sewa rumah yang biasa dikenakan?

Biasanya pemilik rumah akan kenakan deposit dengan 2 bulan sewa dan 1 bulan deposit untuk api air sebelum kemasukan.

Related Posts