Sudah buat permohonan di kaunter namun tertanya tanya juga berapa lama proses pengeluaran KWSP untuk membeli rumah daripada akaun kedua.
Jika anda membeli rumah atau pertama kali ingin membeli rumah anda sepatutnya menggunakan kemudahan pengeluaran daripada akaun kedua KWSP untuk membayar wang deposit pembelian rumah.
Biasanya wang deposit rumah adalah 10% daripada harga pembelian rumah jika anda hanya mendapat 90% margin kelulusan loan rumah daripada bank.
Jadi dengan adanya kemudahan pengeluaran ini dapatlah membantu meringankan beban anda jika anda tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk pembelian rumah.
Tujuan pengeluaran duit simpanan ini dibenarkan adalah bagi membantu para pencarum sekurang kurangnya memiliki sebuah rumah untuk persaraan mereka nanti.
Berapa Lama Proses Pengeluaran Duit KWSP Untuk Membeli Beli Rumah?
Biasanya pihak KWSP menetapkan tempoh untuk mendapat duit selepas permohonan pengeluaran di buat adalah dalam tempoh 21 hari bekerja.
Namun mengikut pengalaman saya terhadap pembeli pembeli rumah yang sebelum ini membuat pengeluaran KWSP ini ada yang duit dah masuk ke akaun bank mereka dalam tempoh 1 minggu sahaja.
Jadi maksudnya paling cepat anda boleh dapat duit pengeluran tersebut adalah dalam tempoh seminggu dan paling lambat pon dalam tempoh 21 hari seperti mana yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.
Duit akan dimasukkan terus kedalam akaun bank anda seperti mana anda anda masukkan dalam borang pengeluaran tersebut semasa hantar permohonan.
Cara keluarkan duit kwsp untuk beli rumah yang details anda hanya perlu ke kaunter KWSP untuk dapatkan borang pengeluaran.
Siapa Yang Layak Memohon?
- Ahli Pencarum yang bertaraf Warganegara Malaysia
- Pencarum KWSP Bukan Warganegara
- Ahli pencarum mestilah belum mencapai umur maksimum 55 Tahun pada tarikh permohonan
- Ahli pencarum hendaklah mempunyai simpanan dalam Akaun 2 KWSP (minimum RM 500.00)
Dokumen Untuk Pengeluaran KWSP
- Borang pengeluaran kwsp akaun 2 untuk rumah (Borang 9C (AHL) (D5)
- Salinan kad pengenalan diri (jika bukan pemegang Mykad kena sediakan dokumen pengenalan diri)
- Salinan Maklumat Akaun Bank (Sila bawa penyata bank semasa/ statement bank akaun simpanan anda)
- Biasanya KWSP akan minta salinan SNP (Perjanjian Jual Beli Rumah) (Sila rujuk ke KWSP untuk maklumat ini)
- Borang KWSP 3 (pindaan) – jika pengecaman cap ibu jari ahli gagal di kaunter / permohonan melalui pos
Berapa Jumlah Yang Boleh Di Keluarkan?
Minimum pengeluaran KWSP untuk beli rumah adalah 10% daripada harga jualan rumah atau semua simpanan akaun 2 jika baki simpanan kurang daripada jumlah 10% daripada harga rumah. Sila rujuk gambar di bawah untuk maklumat lanjut.
Untuk maklumat yang lebih tepat tentang jumlah pengeluaran ini anda boleh rujuk ke KWSP berdekatan anda.
Apakah Syarat Syarat Pengeluaran?
Syarat syarat pengeluaran kwsp untuk beli rumah anda boleh rujuk infografik dibawah.
Jadi bagi anda yang ingin membeli rumah dan bercadang ingin membeli pada masa hadapan maka anda boleh pertimbangkan untuk keluarkan duit KWSP akaun kedua ini.
Sedikit sebanyak sangat sangat membantu anda dalam proses membeli rumah.
Oleh itu anda sekurang kurangnya sekarang dah tahu berapa lama duit kwsp masuk ke bank akaun anda untuk tujuan pembelian rumah.
Baca Cara Semak Kwsp dan juga Cara Mengeluarkan Duit Kwsp Kalau Sudah Muflis
Pemohon kena jual rumah pertama terlebih dahulu baru boleh buat pengeluaran kali kedua.
Syarat wajib untuk keluarkan duit KWSP pembelian rumah adalah nama mesti ada dalam S&P Surat Perjanjian Jualbeli Rumah.