cara mendapatkan bank statement cimb

Cara mendapatkan bank statement CIMB dimana anda boleh lakukan dengan menggunakan kaedah online sahaja melalui laman website cimbclicks.

Kali ini saya akan share bagaimana cara nak dapat penyata atau bank statement CIMB didalam akaun bank anda.

Seperti juga bank bank lain, bank CIMB juga menyediakan platform online bagi memudahkan pengguna atau pendeposit mereka untuk melihat akaun bank mereka pada bila bila masa sahaja.

Statement bank memang akan diperlukan oleh penyimpan wang bagi kegunaan mereka dalam mendapatkan apa apa pinjaman seperti pinjaman rumah ataupun pinjaman kereta.

Jadi bagi pengguna bank CIMB pastikan anda sudah daftar akaun online anda di cimbclicks bagi memudahkan anda untuk menyemak akaun dan juga mendapatkan statement bank anda.

Jika belum ada akaun dan daftar cimbclicks boleh rujuk artikel ini untuk panduan anda Cara Register Cimb Click

Cara Dapatkan Penyata Bank CIMB

Kali ini kita akan lihat cara untuk dapatkan cimb bank statement online dengan cara yang mudah mengikut step by step seperti langkah di bawah.

Untuk mendapatkan penyata atau bank statement CIMB anda boleh ikuti langkah langkah berikut:

  1. Layari website online https://www.cimbclicks.com.my/
  2. Masukkan User ID anda kemudian klik login
  3. Pastikan Secure word anda adalah betul Do not proceed if this is not your SecureWord kemudian tekan login
  4. Kemudian pilih Select View/Download E-statement
  5. Kemudian sistem akan paparkan statement, anda boleh pilih ikut bulan yang anda kehendaki
  6. Klik download icon untuk muat turun statement anda ke laptop atau phone

Manakala kaedah yang kedua pula anda boleh lakukan seperti berikut iaitu download E-statement melalui bahagian “Services”:

  1. Masukkan User Id anda dan password macam biasa.
  2. Kemudian di dalam website cimb klik pada bahagian Services
  3. Selepas itu klik pada View E-Statement
  4. Pilih bulan manakah statement atau penyata yang anda inginkan
  5. Kemudian klik icon download untuk muat turun statement cimb anda
  6. Selesai dapatkan penyata atau statement bank anda

Boleh Lakukan Online Banking Tanpa Had Masa

Begitulah bagaimana cara mendapatkan bank statement cimb yang anda boleh lakukan dengan mudah hanya secara online.

Malahan anda boleh lakukan bila bila masa sahaja tidak kira waktu walaupun pada hari bank bercuti.

Namun kalau sistem online banking cimb ada masalah masa itu memang pengguna tidak boleh buat apa sebab sistem tengah down dan perlu masa untuk bagi pihak bank baiki sistem mereka semula kemudian baru boleh guna balik.

Anda sebagai pengguna boleh memiliki lebih daripada satu akaun bank mengikut undang undang di Malaysia.

Jadi tidak ada masalah jika anda ada banyak akaun bank. Jika belum ada akaun bank dengan CIMB maka bolehlah ke mana mana cawangan terdekat mereka untuk buat pembukaan akaun.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda yang sedang cari cara nak dapatkan penyata atau bank statement CIMB.

Baca juga Cara Dapatkan Bank Statement Maybank

Bagaimana nak download CIMB bank statement?

Untuk download statement bank CIMB anda perlu klik pada simbol anak panah download yang terdapat di dalam website cimbclicks.

Bagaimana cara print statement bank CIMB?

Untuk print statement bank CIMB anda perlu download dulu penyata ke laptop, kemudian baru boleh print.

Related Posts