Permohonan bantuan rumah PPRT online melalui sistem yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kemajuan desa dan Wilayah.
Menerusi Rancangan Malaysia bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat, skim atau Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia.
Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT ini adalah suatu inisiatif bagi tujuan untuk membantu membasmi masalah kemiskinan luar bandar.
Ianya bertujuan bagi memastkan kumpulan sasar iaitu miskin dan miskin tegar dapat meneruskan kehidupan mereka dengan lebih baik.
Untuk info juga Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT bukan sahaja meliputi pembinaan untuk rumah baru, tetapi ianya juga memberi bantuan untuk baik pulih rumah yang rosak.
Kategori Bantuan Rumah PPRT
Kategori Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT ini terbahagi kepada 2 iaitu:
1: Bantuan Bina Baharu
Pembinaan rumah PPRT ini adalah khusus bagi penerima yang tidak memiliki rumah atau rumah yang diduduki terlalu teruk dan daif serta tidak selamat diduduki dan dibaiki.
2: Bantuan Baik Pulih
Bantuan bagi baik pulih adalah meliputi:
- Selengaraan
- Penambahbaikkan pada rumah
- Requisition
- untuk info skop baik pulih rumah adalah melibatkan kompenan kompenan asas sebuah rumah sahaja dan bahan binaan adalah sama atau setaraf dengan binaan asal
Syarat Permohonan Rumah PPRT
Bagi memohon Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT ini kerajaan telah meletakkan beberapa syarat khusus bagi sesiapa yang layak sahaja.
Bukan semua orang akan dapat bantuan rumah PPRT ini.
Syarat syarat pemohon bantuan rumah PPRT terbahagi kepada perkara perkara berikut:
Kumpulan sasar penerima mestilah:
- Telah disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang telah berdaftar dalam sistem Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih), atau
- Mendapat perakuan dan kelayakan oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri, atau
- Diperakui oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
- Juga diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian
1. Bantuan Bina Rumah Baharu
- mestilah tidak ada mempunyai rumah untuk didiami
- rumah yang sedang diduduki sudah uzur dan tidak selamat diduduki
- rumah yang didiami sudah tidak sesuai lagi untuk dibaiki
- tanah untuk bina rumah PPRT adalah hakkmilik penuh sendiri atau
- memiliki hak sebahagian daripada geran tanah ataupun
- didirikan atas tanah orang lain seperti milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara mestilah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dengan menyertakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah
Contoh Borang Kebenaran Menggunakan Tanah
Borang ini boleh didowload di dalam website kementerian.
2. Bantuan Baik Pulih
- Bantuan baik pulih adalah untuk pemohon yang mempunyai yang uzur dan sangat teruk atau rosak akibat bencana alam dan masih sesuai untuk dibaiki.
- Mestilah mendapat kebenaran menduduki tanah seperti syarat diatas sebelum ini.
Selain syarat diatas untuk layak menerima bantuan Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT, antara kriteria lain yang patut diutamakan untuk memberikan bantuan adalah:
- Warga emas
- Orang kurang upaya OKU
- Keluarga atau ibu/bapa yang mempunyai anak yang ramai
- Mangsa kepada bencana bersaiz skala kecil
- Kawasan keutamaan adalah patut diberikan kepada negeri atau wilayah yang mempunyai ramai golongan miskin tegar
Saiz Dan Luas Rumah PPRT
Untuk info tambahan, saiz dan luas rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT ini adalah seperti didalam jadual berikut.
Kawasan | Jenis Rumah | Keluasan | Jumlah Bilik |
Semenanjung | Sesebuah | 660 kaki persegi | 3 bilik |
Sabah / Sarawak / W.P. Labuan | Sesebuah | 660 kaki persegi | 3 bilik |
Sabah / Sarawak / W.P. Labuan | Rumah Panjang | 715 kaki persegi |
Kadar Bantuan Baik Pulih
Kawasan | Kos Maksimum Baik Pulih |
Semenanjung | RM 13,000 |
Sabah / Sarawak / W.P. Labuan | RM 15,000 |
Cara Memohon Rumah PPRT
Untuk melakukan permohonan bantuan rumah PPRT online, anda perlu masuk ke laman web rasmi Kementerian Kemajuan Desan dan Wilayah di https://www.rurallink.gov.my/
Kemudian pilih pada bahagian “Perkhidmatan” kemudian pilih Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT.
Pada bahagian tersebut klik pada “Permohonan PPRT” kemudian pilih seperti didalam gambar di bawah ini.
Selepas itu anda akan dibawa kepada bahagian permohonan untuk mengisi permohonan anda di dalam sistem Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat
Sila isikan semua maklumat yang diminta antaranya seperti:
- Maklumat tentang pemilikan harta / tanah
- Pendapatan bulanan
- Gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang)
- Gambar rumah semasa (sekiranya ada)
Setelah selesai isi semua maklumat klik hantar dan memohon kepada kementerian.
Selepas anda memohon anda boleh tunggu sehingga permohonan anda diproses untuk diluluskan atau tidak.
Anda juga boleh buat semakan status permohonan rumah pprt dengan menggunakan sistem online ini juga.
Untuk lakukan semakan permohonan anda, anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan anda kemudian klik pada bahagian “Semak”
Keputusan permohonan anda akan dipaparkan. Untuk semak pastikan anda telah memohon secara online terlebih dahulu didalam sistem ini.
Info dan maklumat boleh didapati di https://www.rurallink.gov.my/
Baca juga tentang Permohonan Rumah PRIMA
Spesifikasi rumah PPRT adalah sama sahaja seluruh Malaysia.
Jika tiada tanah anda tidak boleh memohon rumah PPRT ini, anda kena ada tanah terlebih dahulu baru boleh memohon.