permohonan rumah prima

Bagaimana anda boleh lakukan permohonan rumah Prima atau Pr1ma yang terdapat disekitar negeri di Malaysia ini.

Skim perumahan Prima ini telah ditubuhkan bagi menyediakan perumahan perumahan yang mampu dimiliki oleh kebanyakkan rakyat Malaysia.

Projek projek perumahan dibawah Prima ini terdapat diseluruh Malaysia dan dipecahkan kepada wilayah wilayah berikut.

WILAYAHNEGERI
WILAYAH UTARAPERLIS
KEDAH
PULAU PINANG
PERAK
WILAYAH TENGAHSELANGOR
KUALA LUMPUR
PUTRAJAYA
WILAYAH SELATANNEGERI SEMBILAN
MELAKA JOHOR
WILAYAH TIMURPAHANG
TERENGGANU
KELANTAN
WILAYAH BORNEOSABAH
SARAWAK

Syarat Kelayakan Memohon Rumah Prima

Bagi tujuan memohon rumah dibawah projek perumahan Prima ada beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Prima.

Tidak semua orang layak untuk memohon rumah Prima ini kerana ia dibina dengan khusus bagi golongan tertentu sahaja.

Antara syarat syarat kelayakan bagi memohon rumah prima ini antaranya ialah:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang sah
  • Berstatus bujang atau berkahwin
  • Umur mestilah berumur 21 tahun ke atas
  • Pendapatan bulanan isi rumah sama ada individu atau gabungan suami dan isteri mestilah antara RM 2,500 hingga maksimum RM 15,000 sahaja (Pendapatan Kasar)
  • Hanya layak membeli sebagai rumah pertama atau rumah kedua sahaja
  • Rumah PR1MA mesti diduduki oleh pemilik dan sewaan kepada orang lain adalah tidak akan dibenarkan “ini adalah syarat tambahan yang dikenakan oleh pihak Prima”

Untuk memohon rumah prima perkara utama yang perlu dilakukan adalah mendaftar akaun pengguna di laman website prima

Anda boleh daftar secara percuma sahaja walaupun belum ingin membeli rumah lagi pada masa ini.

Tujuan pendaftaran pengguna ini adalah bagi tujuan untuk membuat permohonan membeli rumah secara online apabila anda sudah ada pilihan projek yang anda berminat.

Selepas dah daftar barulah boleh memohon projek mana yang anda ingin cuba beli nanti.

Selesai pendaftaran anda akan diberikan nombor rujukan prima atau lebih kurang macam nombor siri macam tu.

Cara Mohon Rumah Pr1ma

Bagi memohon rumah prima anda boleh ikuti langkah berikut:

1: Daftar online sebagai pengguna akaun Prima

2: Anda akan dapat maklumat jika ada pelancaran apa apa projek Prima yang baharu di lokasi yang anda pilih

3: Anda boleh lakukan permohonan secara online. Anda juga boleh hubungi rakan jualan yang dilantik oleh Prima untuk melihat unit yang masih ada. Senarai rakan jualan dan projek prima boleh lihat di sini https://www.pr1ma.my/pr1ma-properties/spl/sales-partners-list/bm

4: Proses pengundian untuk pemilihan unit dilakukan bagi pemohon yang layak. Anda boleh lihat unit yang anda berminat

5: Jika dah berjaya dapatkan mana mana unit rumah Prima, proses seterusnya adalah mendapatkan pinjaman perumahan daripada bank atau LPPSA.

6: Kalau pinjaman perumahan dah lulus maka pembeli akan sign surat Perjanjian Jual Beli (SNP) dengan peguam hartanah yang dilantik oleh Prima

7: Selepas semuanya selesai tunggu hingga rumah yang anda beli siap dan urusan serahan kunci dan rumah akan dilakukan oleh pihak Prima selepas sijil CCC telah dikeluarkan.

Begitulah secara ringkasnya bagaimana permohonan rumah prima boleh dilakukan oleh anda semua.

Berapa Harga Dan Bayaran Bulanan Rumah Prima

Harga rumah setiap projek rumah Prima adalah berbeza mengikut jenis rumah dan juga lokasi pembinaan projek rumah tersebut.

Mengikut sumber prima harga rumah mereka adalah berharga dalam lingkungan RM100,000 sehingga RM400,000 seunit.

Anda boleh semak harga rumah Prima disini Semak Harga Rumah Prima

semakan rumah prima

Didalam gambar diatas anda boleh semak harga rumah prima mengikut lokasi yang anda berminat.

Manakala untuk mengira anggaran berapa bayaran bulanan rumah tersebut anda boleh kira dengan menggunakan calculator yang telah disediakan di sini House Loan Calculator

Skim perumahan Prima ini adalah satu skim yang dibuat oleh kerajaan bagi membolehkan rakyat medapatkan rumah pada harga dikira pada harga yang mampu milik.

Inisiatif oleh kerajaan ini adalah sangat sangat baik dan sangat membantu bagi rakyat yang ingin memiliki rumah untuk mereka duduki.

Jadi kepada anda semua anda kalau belum ada rumah jangan lepaskan peluang ini.

Cubalah try untuk dapatkan rumah prima ini mana tahu ada rezeki anda untuk memiliki rumah.

Sumber adalah daripada website utama pr1ma.my segala terma dan syarat anda boleh rujuk di website rasmi Prima.

Lihat juga Permohonan Bantuan Rumah PPRT Online

Dimanakah nak dapatkan info tentang rumah Prima?

Untuk mendapatkan semua info tentang rumah Prima anda boleh layari Pr1ma.my

Berapakah kena bayar untuk tempahan atau booking unit rumah Prima?

Jumlah yuran tempahan yang perlu dibayar ialah sebanayak RM500

Related Posts