Beli Rumah Atau Kereta Dulu Baca Sini Dan Fahamkan

rumah atau kereta

Nak beli rumah atau kereta dulu mana satu nak pilih ni.

Apabila seseorang baru dapat kerja selepas habis belajar, satu daripada keputusan penting yang perlu dibuat adalah sama ada untuk membeli kereta atau rumah terlebih dahulu.

Ini adalah tajuk yang agak panas kerana ia selalu dibahaskan serta melibatkan faktor-faktor kewangan, keperluan peribadi, dan kesan pada masa jangka panjang.

Jadi pada kali ini kita akan melihat kelebihan dan kekurangan samada membeli kereta atau rumah terlebih dahulu bagi mereka yang baru memulakan kerjaya.

Kelebihan Membeli Kereta Dahulu

1. Memudahkan Pergerakan

Membeli dan mempunyai kereta akan memberikan anda kemudahan untuk bergerak dengan lebih bebas.

Anda boleh pergi kemana mana sahaja dengan mudah ke tempat kerja, mall atau berjalan jalan.

Anda tidak perlu bergantung kepada pengangkutan awam dan juga tidak perlu menumpang orang lain.

2. Tiada Masalah Jarak Pekerjaan

Dengan adanya kereta ia memberi kemudahan kepada anda untuk mencari kerja.

Anda boleh menerima tawaran pekerjaan di lokasi yang jauh tanpa perlu bimbang tentang kemudahan pengangkutan awam yang mungkin terhad.

Anda juga tidak risau daripada segi masa kerana anda tidak perlu menunggu sesiapa untuk melakukan perjalanan.

3. Keselesaan

Kereta memberikan keselesaan dan privasi yang penuh kepada pemiliknya.

Anda tidak perlu berkongsi pengangkutan awam dengan orang ramai dan tidak perlu terkejar kejar masa untuk naik pengangkutan awam.

Dengan adanya kereta pergerakan anda lebih selesa dan menyenangkan.

Kelemahan Membeli Kereta Dahulu

1. Beban Kewangan Awal

Membeli kereta boleh menjadi beban kewangan awal yang besar dalam bajet kewangan anda.

Anda perlu membayar deposit, ansuran bulanan, dan insurans tahunan yang memerlukan komitmen tetap setiap bulan.

2. Menanggung Nilai Penurunan

Kereta cenderung memang akan susut nilai seiring masa yang berlalu.

Ini bermaksud anda mungkin akan mengalami kehilangan wang apabila menjual kereta dalam masa beberapa tahun akibat daripada susut nilai.

Namun jika beli kereta memang nilainya akan turun cuma lebihi cepat atau lambat sedikit.

3. Menjadi Hutang

Jika anda membeli kereta dengan hutang bank maka anda akan memiliki hutang yang perlu diselesaikan selama mana tempoh loan yang diambil.

Ini boleh membataskan kemampuan anda untuk membuat pembelian besar lain dalam masa terdekat kerana DSR anda sudah digunakan.

Lainlah kalau anda beli kereta secara cash atau ibu bapa yang berikan secara percuma.

Kelebihan Membeli Rumah Dahulu

1. Pelaburan Jangka Panjang

Membeli rumah boleh dianggap sebagai pelaburan jangka panjang yang menguntungkan.

Nilai hartanah cenderung meningkat seiring masa yang boleh memberi pulangan yang baik dalam jangka panjang.

Apabila harga rumah telah naik anda boleh buat dua pilihan sama ada ingin menjualnya ataupun membuat refinance.

Lagipun harga rumah semakin lama semakin mahal, jika beli awal dapatlah beli dengan kadar semasa berbanding kena beli masa akan datang dengan harga lagi tinggi.

2. Ada Rumah Yang Tetap

Rumah memberikan stabiliti tempat tinggal yang penting kepada pemiliknya.

Anda tidak perlu risau tentang pemilikan hartanah kerana anda sudah menjadi tuan rumah kepada rumah tersebut.

Anda tidak perlu risau dan takut kerana tiada sapa yang meminta anda berpindah seperti duduk rumah sewa.

3. Potensi Pendapatan Sampingan

Anda boleh menyewakan sebahagian daripada bilik bilik dalam rumah anda untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

Ini boleh membantu anda menangani kos-kos kehidupan harian daripada pendapatan yang dijana.

Boleh sewakan bilik perhead kepada kawan kawan dan kenakan sewa kepada mereka.

Kelemahan Membeli Rumah Dahulu

1. Beban Kewangan Hutang Awal Yang Besar

Membeli rumah terlebih dahulu memerlukan komitmen dan beban kewangan awal yang besar kepada pekerja.

Pembeli perlu sediakan duit yang banyak untuk membeli rumah seperti bayaran deposit, yuran guaman, dan lain-lain.

2. Komitmen Jangka Panjang

Rumah adalah komitmen jangka panjang. Anda perlu membayar ansuran pinjaman rumah selama bertahun-tahun, dan ini boleh mengikat anda dalam situasi kewangan tertentu.

Biasanya loan rumah maksimum adalah seama 30 tahun.

Jika anda memang dah bersedia untuk buat bayaran loan yang banyak maka terserah kepada anda.

3. Lebih Privasi

Jika anda rumah anda sendiri kehidupan anda lebih ada privasi kerana anda tinggal dalam rumah sendiri dan menguasai sepenuhnya.

Berbanding jika menyewa privasi agak kurang jika anda sewa perbilik dan duduk dalam rumah yang lebih ramai.

Bila kerja hari hari letih maka kita perlukan masa untuk rehat tanpa gangguan sesiapa.

Kesimpulan

Keputusan antara membeli kereta atau rumah terlebih dahulu adalah subjektif dan bergantung kepada keperluan peribadi serta keadaan kewangan individu.

Bagi sesetengah orang, membeli kereta dahulu adalah pilihan yang bijak untuk kemudahan pergerakan dan lebih fleksibel.

Sementara itu, ada yang berpandangan mungkin memilih membeli rumah kerana ia merupakan pelaburan jangka panjang yang stabil dan untuk mengelakkan untuk beli dengan lebih mahal masa hadapan.

Jadi tak kisah mana satu nak pilih rumah atau kereta dahulu yang penting ia bergantung kepada matlamat kewangan anda dan keperluan peribadi anda.

Freehold vs Leasehold Manakah Yang Lebih Bagus

Apakah pelaburan jangka panjang yang lebih baik, kereta atau rumah?

Rumah sering dianggap sebagai pelaburan jangka panjang yang lebih baik kerana nilainya cenderung meningkat seiring masa.

Adakah saya boleh menyewakan sebahagian daripada rumah saya?

Ya, anda boleh menyewakan sebahagian daripada rumah anda untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

Mana yang lebih penting, membeli rumah atau kereta terlebih dahulu?

Keutamaan bergantung kepada keperluan dan keadaan individu. Bagi kebanyakan orang, membeli rumah mungkin menjadi keutamaan utama kerana ia merupakan pelaburan jangka panjang yang memberikan kestabilan kediaman, manakala kereta mungkin boleh ditangguhkan pembeliannya.

Apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan?

Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan termasuk keadaan kewangan peribadi, keperluan pengangkutan, lokasi tempat tinggal dan kerja, kos pemilikan dan penyelenggaraan, serta keutamaan jangka masa panjang.

Related Posts