Semakan cukai tanah Johor online dan melakukan pembayaran terus yang boleh dilakukan oleh pengguna melalui sistem yang diperkenalkan ini.

Pihak kerajaan negeri Johor telah memperkenalkan satu sistem semakan dan pembayaran secara online untuk negeri Johor.

Website yang dibina untuk tujuan ini adalah dinamakan sebagai Johorpay

Melalui portal online Johorpay ini pengguna boleh melakukan pelbagai semakan dan juga membuat pembayaran atas talian.

Antara perkhidmatan semakan dan pembayaran yang disediakan adalah bagi perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun.

Sistem Johopay ini juga akan diperluaskan bagi perkhidmatan sektor sektor swasta pula pada masa hadapan seperti didalam rancangan mereka.

Antara pembayaran yang boleh dilakukan oleh Johorpay ini seperti bayaran untuk:

  • Cukai tanah
  • Hasil bukan cukai tanah
  • Lesen halal Jabatan Agama Islam Negeri Johor
  • Perkhidmatan bagi Pihak Berkuasa Tempatan
  • lain lain perkhidamatan bayaran akan ditambah dari masa ke semasa

Manakala pembayaran dalam talian boleh dilakukan dengan cara berikut:

  • FPX
  • Kad Kredit / Debit
  • American Express
  • lain lain kemudahan akan ditambah pada masa akan datang

Daftar Akaun Johorpay

Untuk mengetahui cara semak cukai tanah Johor dan melakukan pembayaran menggunakan sistem Johorpay ini, perkara pertama sekali adalah kena daftar sebagai pengguna sistem Johorpay ini.

Proses pendaftaran adalah sangat mudah anda hanya perlu ikut arahan arahan yang disediakan didalam sistem Johorpay ini.

Untuk mendaftar anda pergi ke halaman utama Johorpay dan klik pada bahagian “Daftar Baru”

semakan cukai tanah johor online

Selepas klik pada bahagian “Daftar Baru” anda akan diminta untuk pilih untuk buka akaun sebagai apa.

Pilihan yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Individu Warganegara
  • Individu bukan Warganegara
  • Syarikat

Semasa anda hendak buka akaun Johorpay ini anda diberi pilihan untuk buat pengesahan samada menggunakan SMS nombor TAC atau pengesahan menggunakan email.

Seterusnya anda akan diminta untuk isi maklumat berikut.

isi maklumat johorpay

Antara maklumat yang perlu di isi adalah seperti:

  • Nombor Kad pengenalan
  • Nama penuh
  • Email
  • Nombor telefon
  • Kata laluan/Password

Selepas dah isi tekan butang hantar.

Siap pendaftaran anda untuk buka akaun di Johorpay. Pengesahan akan dihantar kepada anda samada melalui email atau nombor telefon.

Apabila dah berjaya daftar akaun Johorpay anda boleh login masuk dan buat semakan cukai tanah anda.

Dalam dashboard akaun Johorpay anda anda pilih pada “Pembayaran”.

Kemudian pilih “Agensi”

Pilih pada bahagian “Cukai Tanah”

Anda boleh buat carian menggunakan nombor hakmilik hartanah anda ataupun melalui nombor kad pengenalan.

Online Payment Cukai Tanah Johor

Selepas dah dapat hasil carian cukai tanah yang anda kehendaki seterusnya anda boleh pilih mode pembayaran dalam talian yang telah disenaraikan diatas tadi.

Teruskan langkah pembayaran secara online melalui sistem perbankkan yang anda gunakan.

Selepas dah selesai buat pembayaran, resit pembayaran cukai tanah akan dihasilkan didalam sistem dan anda boleh simpan resit tersebut untuk rujukan anda sebagai bukti pembayaran.

Selesai buat semakan cukai tanah johor online dan juga melakukan bayaran secara terus.

Sekarang semua bayaran cukai tanah dah boleh dibuat secara online sahaja, jadi tak perlu lagi beratur dipejabat tanah untuk membuat bayaran.

Baca sini cara buat Bayaran Cukai Tanah Online Guna Jompay

Berapa kalikah bayaran cukai tanah perlu dibayar?

Cukai tanah hanya perlu dibayar setahun sekali sahaja.

Apakah akan berlaku jika tidak membayar cukai tanah?

Tanah anda boleh dirampas jika tidak membayar cukai pintu namun ia akan melalui proses undang undang terlebih dahulu yang telah ditetapkan. Pihak pentadbir tanah tidak boleh dengan mudah merampas tanah hakmilik anda.

Related Posts