semak baki duit dalam akaun maybank

Jika anda baru nak semak baki duit dalam akaun maybank boleh baca seterusnya di sini.

Nak cek baki duit dalam akaun sememangnya menjadi keperluan pada masa sekarang lebih lebih lagi semua orang wajib ada akaun bank.

Kalau anda seorang pekerja mesti wajib ada akaun bank untuk tujuan kemasukan gaji daripada majikan anda.

Tak kisah bank mana yang anda gunakan namun yang pastinya memang setiap pekerja wajib ada sekurang kurangnya satu akaun bank.

Jadi kali ini kita nak lihat pula bagaimana bagi pengguna bank Maybank untuk cek baki duit dalam akaun bank.

Semak Baki Akaun Maybank2u Online

Sekarang ini pemilik akaun boleh semak baki akaun maybank secara online dengan menggunakan perkhidmatan online banking Maybank2u.

Maybank adalah antara bank yang terawal di Malaysia yang memperkenalkan perkhidmatan online banking melalui platform Maybank2u.

Dengan adanya perkhidmatan online melalui Maybank2u ini maka proses untuk buat semakan baki duit dan lain lain transaksi adalah menjadi lebih mudah.

Untuk menggunakan perkhidmatan Maybank2u ini pemilik akaun perlu daftar dulu sebagai pengguna untuk menggunakan perkhidmatan ini.

Mudah sahaja untuk daftar sebagai pengguna Maybank2u hanya perlu dilakukan secara online sahaja daripada rumah.

Lepas dah berjaya daftar barulah boleh guna perkhidmatan Maybank2u ini.

Untuk membuat semakan berapa baki duit yang masih ada dalam akaun menggunakan Maybank2u boleh ikuti langkah langkah di bawah ini.

1.Masuk ke laman website rasmi Maybank2u

2. Kemudian masukkan Username anda

3. Pastikan security phrase dan gambar adalah betul seperti yang anda daftarkan sebelum ini, kemudian tekan “Yes”

4. Seterusnya masukkan Password anda.

5. Pada bahagian Account klik “Saving Account”

6. Paparan di skrin dalam sistem akan tunjukkan berapa Available Balance iaitu berapa baki duit semasa yang ada dalam akaun bank anda.

7. Jika dah selesai klik Logout untuk keluar daripada akaun bank Maybank2u anda.

Selesai buat semakan baki duit dengan menggunakan kaedah online Maybank2u melalui website.

Cek Baki Akaun Maybank Di ATM Mesin

Bagi yang tidak ada akaun Maybank2u secara online anda boleh cek baki seperti kebiasaan di mana mana ATM mesin berdekatan anda.

Pergi ke mesin ATM Maybank berdekatan dengan anda:

1.Masukkan kad Maybank anda

2. Pilih tetapan bahasa yang ingin digunakan

3. Kemudian masukkan nombor pin kad akaun maybank anda

4. Selepas itu pada paparan skrin pilih pada bahagian “Pertanyaan Baki”

5. Pilih akaun bank anda.

6. Jumlah baki duit dalam akaun Maybank anda akan dipaparkan.

7. Selesai semak baki duit anda, jika mahu keluar tekan butang “Batal” untuk keluar.

Begitulah antara kaedah bagaimana nak semak baki duit dalam akaun Maybank sekiranya anda baru menjadi pengguna Maybank ataupun dah lama.

Terserah bagaimana cara anda nak buat semakan baki akaun maybank yang penting ianya sesuai dan selesa dengan keperluan diri anda.

Lihat juga cara Cek Balance Public Bank

Macam mana nak tahu orang transfer duit ke akaun Maybank?

Cara yang pertama adalah semak transaksi duit keluar masuk di dalam akaun melalui Maybank2u dan yang kedua jika transfer duit menggunakan kaedah Duitnow anda akan dapat notifikasi melalui sms ke handphone anda.

Berapa baki minimum kena ada dalam akaun Maybank?

Untuk maintain akaun bank kena ada baki dalam RM 20

Related Posts