snp rumah

Apakah yang maksud Snp rumah dan apa keperluan kepada dokumen ini.

SNP atau S&P adalah singkatan kepada perkataan Sale And Purchase Agreement

Jadi shorterm ringkas selalu orang sebut S&P sahaja.

Makna SNP Rumah

Sale and Purchase Agreement adalah bermaksud dokumen Surat Perjanjian Jualbeli ketika membeli rumah.

Sama ada anda beli rumah dengan berhutang atau cash memang kena sediakan snp ini.

Dokumen perjanjian ini disediakan oleh peguam hartanah berdaftar yang dilantik samada oleh pembeli atau pun penjual.

Tujuan Dokumen SNP

Perjanjian Jualbeli rumah ini perlu disediakan bagi tujuan pembelian dan penjualan rumah.

Ia adalah bukti sebagai persetujuan jual beli rumah antara pembeli dan penjual.

Sekarang tak boleh jual beli pakai mulut kena ada perjanjian baru ada bukti dari segi undang undang.

Kalau jadi apa apa senang untuk dibawa tindakan undang undang ke mahkamah.

Isi Kandungan SNP

Dokumen perjanjian jual beli ini mengandungi perkara perkara yang melibatkan perundangan disebabkan adanya transaksi jual beli rumah ini.

Contoh Muka Depan SNP Rumah

Dibawah ini adalah antara isi isi kandungan Sale And Purchase Agreement:

  1. Muka Depan
    1. Tarikh perjanjian jual beli
    2. Nama penjual
    3. Nama pembeli
    4. Nama dan alamat peguam hartanah
  2. Mode of payment (kaedah bayaran)
  3. Asas Penjualan
  4. Dokumentasi
  5. Loan Application
  6. Release Payment
  7. Default by vendor and purchaser
  8. Effect of non registration
  9. Private kaveat
  10. Government acquisition
  11. Vacant possession (serahan milikan kosong)
  12. Production of receipts
  13. Time of performance
  14. Cost legal fee and disbursement
  15. Knowledge or Acquiescence
  16. Applicable Law
  17. Term of definitions
  18. CONSISTENT IRREVOCABLE UNDERTAKING BY THE VENDOR(S) AND THE PURCHASER(S) TO THE SOLICITORS AND/OR OTHER PARTY(IES) AS SOLELY DETERMINED BY THE SOLICITORS
  19. Miscellaneous
  20. THE FIRST SCHEDULE
    1. Tarikh agreement
    2. Maklumat penjual
    3. Maklumat pembeli
    4. Maklumat hartanah
  21. THE SECOND SCHEDULE
    1. Harga jualan
    2. Deposit
    3. Baki bayaran
    4. Completion date
    5. Extend completion date
    6. Forfeitable Deposit (if applicable)
  22. Tandatangan
    1. Pembeli
    2. Penjual
    3. Peguam Hartanah
    4. Cop peguam

Kesimpulan

Itu adalah antara senarai senarai isi kandungan snp tidak termasuk detail penerangan, kalau detail lagi panjang.

Satu dokumen snp boleh ada lebih kurang sampai 30 muka surat.

Dokumen snp ini akan diberikan kepada pembeli dan penjual untuk simpanan mereka.

Manakala pada bahagian peguam pula mereka akan ada satu salinan.

Semua salinan tersebut adalah yang original.

Jiika membeli rumah dengan loan bank, dah siap perjanjian pinjaman barulah snp baru dibuat pada kebiasaannya.

Sebab detail mestilah sama antara perjanjian pinjaman dengan perjanjian jual beli.

Jadi kalau anda beli rumah pastikan anda jangan sign dulu snp selagi mana loan tak lulus dan anda tak sign lagi dokumen perjanjian pinjaman dengan bank.

Selain itu kandungan snp antara pembelian rumah yang masih dalam pembinaan dengan rumah yang telah siap adalah berbeza.

Anda boleh rujuk dengan peguam hartanah anda untuk maklumat lanjut.

Apa Perlu Buat Jika Snp Rumah Hilang?

Lepas sign snp apa perlu buat?

Baca sini untuk proses selanjutnya Proses Selepas Loan Rumah Lulus

Apa itu snp dan spa?

Sebenarnya ia adalah perkara yang sama. SNP Sale & Purchase Agreement. N tu sebenarnya &.
Manakala SPA Sale Purchase Agreement

Related Posts