cara kira lad rumah

Bagaimana cara kira lad rumah disebabkan pemaju telah lambat membuat penyerahan kepada pembeli.

Apa itu lad rumah?

Maksud LAD dalam english adalah (Liquidated Ascertained Damages (LAD) manakala dalam Bahasa Melayu pula bermaksud ganti rugi kelewatan penyerahan milikan kosong.

Senang cerita nak bagi mudah faham bagi yang bukan dalam bidang perumahan, LAD ini ialah jumlah bayaran yang pemaju kena bayar kepada pembeli rumah sebab lewat serah rumah.

Pembeli beli rumah daripada pemaju, dalam perjanjian SNP kena serah 2 tahun selepas sign, tetapi pemaju serah lewat selepas tarikh tersebut.

Dalam undang undang bila berlaku perkara macam ni maka pemaju kena denda dan kena bayar kepada pembeli sebab serah rumah lambat.

Lihat langkah langkah dibawah macam mana nak kira.

Dapatkan Berapa Hari Jumlah Lewat

Sebelum boleh kira berapa jumlah yang pemaju kena bayar kepada pembeli, pertama kali yang penting kena tahu dulu berapa jumlah hari yang pemaju telah lewat serah.

Contoh didalam jadual dibawah adalah situasi bagaimana cara kira jumlah hari yang lewat.

HARGA RUMAHRM 500,000
TARIKH SNP1/1/2021
TARIKH SERAHAN YANG DIJANGKA
(2 TAHUN DARIPADA TARIKH SIGN SNP)
31/12/2022
TARIKH SERAHAN OLEH PEMAJU1/5/2023
TEMPOH KELEWATAN (31/12/2022 sehingga 30/4/2023)120 hari lewat
Jadual 1

Kirakan Dengan Formula Berikut

Lepas dah dapat berapa jumlah hari yang lewat, maka step seterusnya adalah melihat formula pengiraan LAD, bagaimana cara nak kira.

Formula untuk kira berapa jumlah LAD adalah seperti yang ditunjukkan dibawah.

JUMLAH HARGA RUMAH DALAM SNP
x
10%
/
365 hari (setahun)
x
JUMLAH HARI LEWAT
=
JUMLAH LAD
Formula kira LAD

Contoh Cara Pengiraan

Sekarang kita dah tahu perkara perkara berikut:

  • Harga rumah yang dibeli
  • Jumlah hari lewat
  • Formula pengiraan LAD

Jadi langkah seterusnya adalah untuk buat pengiraan untuk mendapatkan jumlah yang sebenar.

Cara pengiraan adalah seperti dibawah, hanya perlu isi maklumat yang dikehendaki sahaja iaitu harga rumah dan juga jumlah hari lewat.

JUMLAH HARGA RUMAH DALAM SNP RM 500,000
x
10%
/
365 hari (setahun)
x
JUMLAH HARI LEWAT (120)
=
RM 16,438.35
Contoh pengiraan LAD rumah

Dari pengiraan di atas dengan:

  • Harga rumah RM 500,000
  • Jumlah hari lewat 120 hari

Maka jumlah yang pemaju kena bayar kepada pembeli tersebut adalah sebanyak RM 16,438.35

Duit sebanyak tu boleh buat macam macam kalau nak masuk rumah baru kan.

Bayaran Oleh Pemaju

Pemaju semestinya lebih tahu hal ini lebih lebih lagi perkara yang melibatkan duit dan reputasi syarikat mereka.

Bayaran yang dibuat oleh pemaju dalam hal ini ada pelbagai ragam dan cara.

Ada pemaju yang terus buat bayaran LAD ni pada masa membuat serahan milikan kosong iaitu masa serah rumah dan kunci.

Sesetengah tu pula ada yang bertangguh dan tidak bayar terus masa serahan dilakukan dan bayar beberapa tempoh selepas itu.

Ada pemaju yang berbincang dengan pembeli untuk buat bayaran secara ansuran dalam beberapa kali sehingga selesai semuanya.

Ada juga yang mengadakan perjumpaan dan buat perbincangan untuk kurangkan bayaran LAD yang sepatutnya dan ditukarkan kepada barang barang lain seperti:

  • TV
  • Aircond
  • Peti ais
  • Grill pintu dan tingkap
  • Kitchen Kabinet
  • Tembok Pagar
  • dan bermacam macam lagi tawaran.

Begitulah antara situasi yang berlaku dalam hal ini dan perkara ini memang berlaku sebab bukan semua pemaju ada duit yang banyak.

Ada pemaju pemaju kecil yang baru bermula, dan ada pemaju yang hanya buat projek dalam saiz projek yang kecil sahaja.

Tak boleh dibandingkan pemaju besar dan pemaju kecil dari sudut kewangan mereka.

Namun dari segi peraturan undang undang kena juga hadapi situasi ini.

Tuntut Di Tribunal

Seterusnya jika pemaju tak nak bayar duit Lad, pembeli rumah seterusnya boleh buat tuntutan di tribunal tuntutan pembeli rumah.

Ini kalau nak fight juga boleh buat tuntutan ini.

Tribunal ini adalah di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Tuntutan hendaklah dibuat tidak melebihi 12 bulan daripada tarikh CCC dikeluarkan. Baca sini apa itu sijil CCC

Maksimum jumlah tuntuan adalah di bawah RM 50,000 sahaja.

Begitulah perkongsian bagaimana nak kira LAD bagi pembeli rumah baru.

Baca juga tentang Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah

Bagaimana cara nak kira LAD rumah?

Anda boleh kira anggaran LAD rumah dengan menggunakan Kalkulator LAD

Bagaimana nak buat tuntutan LAD jika pemaju tidak mahu bayar?

Anda boleh tuntutan ke Tribunal Perumahan untuk mendapatkan hak anda. Boleh baca info disini Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah

Related Posts