cara semak penyata bank bsn

Cara semak penyata bank BSN Bank Simpanan Nasional secara online yang anda boleh lakukansebagai pengguna.

Ada pelbagai cara untuk anda dapatkan penyata bank atau statement bank BSN sama ada melalui online ataupun secara terus.

Kali ini kita akan lihat bagaimana nak dapatkan penyata bank ini dengan cara cara yang disenaraikan dibawah ini.

Cara Dapatkan Bank Statement BSN Melalui Mesin ATM

Untuk pengguna Bank Simpanan Nasional anda boleh mendapatkan penyata bank akaun anda melalui mesin ATM yang disediakan di pejabat cawangan mereka.

Penyata bank dalam bentuk resit bank ini dikenali dengan nama mini statement yang mana anda akan diberikan penyata terus daripada mesin ATM.

Untuk melakukan hal ini anda perlu hadir ke cawangan BSN berhampiran anda.

Lakukan langkah langkah berikut:

  1. Masukkan kad debit anda kedalam mesin ATM
  2. Pilih bahasa yang anda ingin gunakan Bahasa Melayu atau Bahasa English
  3. Masukkan nombor pin kad debit bank anda
  4. Kemudian klik yes
  5. Pilih pada bahagian menu Urusan Lain
  6. Pilih Penyata Mini atau Mini Statement
  7. Mesin akan maklumkan bahawa pengguna akan dicaj RM 0.50 bagi setiap penyata yang dikeluarkan. Duit akan ditolak terus didalam akaun pengguna
  8. Untuk teruskan urusniaga tekan Yes
  9. Penyata mini atau bank statement akan keluar daripada mesin ATM dan urusan selesai

Semak Penyata Bank BSN Online

Selain boleh mendapatkan penyata bank di mesin ATM, pengguna Bank Simpanan Nasional juga boleh dapatkan statement bank secara online di laman MYBSN.

Untuk menggunakan perkhidmatan ini anda perlulah mendaftarkan dulu sebagai pengguna di portal online MYBSN. Baca cara daftar disini Cara Buat Online Banking BSN

Jika tidak ada akaun maka anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan ini.

Untuk mendapatkan penyata kewangan secara online anda boleh lakukan langkah langkah berikut:

  1. Layari laman utama MYBSN di https://www.mybsn.com.my/
  2. Masukkan Username anda
  3. Kemudian klik pada butan Login
  4. Sahkan security image anda
  5. Masukkan password akaun internet banking BSN
  6. Klik pada “Account Overview”
  7. Kemudian pilih pada bahagian E-Statement
  8. Pilih pada bahagian Account Name
  9. Klik pada Transaction History
  10. Kemudian anda boleh print dan download bank statement ada

Selesai kaedah bagaimana cara semak penyata bank BSN dan anda boleh download terus ke laptop atau phone anda jika anda mempunyai BSN internet banking secara online.

Selain itu juga mungkin bagi sesetengah pengguna seperti warga emas yang kurang tahu menggunakan mesin ATM atau perbankkan online mereka boleh dapatkan terus penyata bank di kaunter.

Terus walk in ke cawangan Bank Simpanan Nasional dan dapatkan nombor giliran dan beritahu kepada petugas kaunter bank yang anda ingin mendapatkan statement bank.

Meraka akan semak akaun bank anda dan print statement bank kepada anda.

Begitulah secara ringkas bagaimana cara mendapatkan penyata bank BSN dengan mudah bagi anda sebagai pengguna bank ini.

Baca juga tentang Bank Rakyat Online Banking Registration

Bagaimana cara print mini statement BSN di atm mesin?

Anda boleh pilih pada bahagian Mini Statement pada skrin mesin ATM untuk dapatkan mini penyata anda. RM 0.50 akan ditolak daripada akaun bank anda.

Bagaimana cara nak buat BSN statement download?

Didalam website online banking BSN anda tekan simbol download pada pada bahagian statement yang anda kehendaki, ia akan terus download ke laptop anda.

Related Posts